Bab 7

711 24 1
                                        

Sejam selepas Subuh, Nusyirah melangkah turun dengan perlahan, hati masih lagi berdegup dengan sisa pelukan hangat suaminya. Fatteh... pagi tadi lain benar sikapnya. Sentuhan dia bukan lagi kasar dan tergesa seperti semalam, tapi penuh sabar, penuh rasa. Ciumannya di ubun-ubun sebelum dia terlelap semula bagai ada sesuatu yang hendak dipujuk dalam diam.

"Kenapa kau baik sangat hari ni, Fatteh...?" bisiknya sendiri. Tapi dia tahu, Fatteh. Hatinya walau liar tetap mencari tempat untuk tenang. Dan mungkin... tenangnya adalah dirinya.

Langkahnya perlahan menuju ke ruang makan. Bau nasi lemak dari dapur memang membunuh rasa kantuk yang masih bersisa. Tapi suara dari meja makan... jauh lebih tajam daripada bau sambal yang sedang mendidih di atas dapur.

“Ooo… awalnya menantu kesayangan Arafah ni bangun. Muka berseri-seri, tapi mata tu... macam tak cukup tidur je, Syirah.”

Suara Makcik Zulaikha menyambut ketibaannya seperti racun manis di pagi hari. Ketawa kecil kedengaran selepas itu.

Belum sempat dia duduk, Aisyah mencelah, “Yelah… orang kerja shift malam... biasalah, esoknya jadi macam ni. Letih tapi puas.”

Ketawa mereka bersatu. Tersusun. Jahat.

Nusyirah tarik kerusi perlahan. Duduk. Cuba bertenang. Tapi hati dia dah mula bergelojak. Dia cuma tunduk, tangan mencapai sudu. Sambal dalam mangkuk dia kacau perlahan, buat-buat sibuk. Tapi tangan sebelah lagi menggenggam kain baju kurungnya menahan marah dan rasa malu yang menghentak dada.

“Syirah makan pedas ke? Orang kampung memang tahan pedas ke?” suara Aisyah bergema lagi. Lidah dia lebih tajam dari cili api.

Nusyirah angkat muka, senyum nipis. “Daripada mulut yang pedas, baik makan sambal. Sekurangnya kenyang... tak menyakitkan.”

Makcik Zulaikha mendengus. “Berani menjawab sekarang, ya? Baru dua bulan kahwin dah pandai lawan orang tua.”

“Orang tua yang jenis cucuk cucuk, memang patut kena balas cucuk jugak,” jawab Nusyirah perlahan, tapi cukup jelas.

Belum sempat Makcik Zalikha membalas, langkah kaki lelaki kedengaran menuruni tangga.

“Bisingnya pagi-pagi…”

Fatteh muncul. Wajah masih kusut. Rambut serabai. Baju T-shirt putih yang longgar senget sebelah bahu. Kain pelikat yang Nusyirah pakaikan tadi tergantung longgar di pinggang. Tapi mata dia tajam. Seperti helang yang baru sedar sarangnya diganggu.

Dia berdiri tegak di hujung meja. Suasana tiba-tiba senyap. Semua tunduk kecuali Nusyirah. Dia hanya menunduk sebab tak mampu berdepan renungan suaminya.

“Tak reti diam ke korang ni? Rumah orang buat macam rumah sendiri. Pagi-pagi dah macam pasar borong.”

“Kami... gurau dengan isteri KESAYANGAN kamu je, Fatteh.” Makcik Zulaikha menjawab, cepat-cepat menekankan perkataan ‘kesayangan’.

“Gurau kepala hotak kau.” Dahi dia berkerut. Suara dia makin rendah, makin mencengkam. “Kalau gurau bunyi macam nak telan bini aku hidup-hidup, baik tak payah. Aku tak suka orang kurang ajar.”

Dia bergerak perlahan ke arah meja makan. Setiap langkah dia berat tapi kemas. Macam singa mengendap mangsa. Mata tak lepas pandang dari mereka berdua.

“Lagi satu... rumah ni rumah siapa, hah?”

Aisyah tunduk. Bibir dia pucat. “Rumah... Ummi abang…”

“Jadi?” Fatteh dah berdiri di belakang Aisyah. Suara dia betul-betul dekat telinga. “Kau menumpang rumah Ummi aku, tapi sedap hati kutuk isteri orang kat meja makan ni? Syirah tu bini aku. Bukan bibik. Kau faham tak maksud bini?”

𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚 𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤𝐧𝐲𝐚 Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang