Bab 19

399 9 0
                                        

Pintu bilik tertutup rapat. Bunyi langkah kaki Fatteh makin menjauh, meninggalkan sepi yang dingin, hanya diisi oleh desiran penghawa dingin dan dengusan nafas Nysa yang bergelut dengan debaran di dadanya.

Tubuh Nysa bergerak perlahan di atas katil, tangannya menggenggam cadar dengan erat. Wajahnya pucat, matanya terbuka luas, tetapi kini ada sesuatu yang lain ketakutan bercampur bingung.

“Kenapa kau cederakan diri aku…” Suaranya bergetar, nyaring dalam kesunyian bilik itu.

Suara lain muncul, halus tapi menggigit, seolah timbul dari ruang gelap dalam mindanya.

“Diri kau?”
Suara itu ketawa kecil, sinis.
“Ini kita, Nusyirah. Kita… yang sebenar.”

Nusyirah menutup telinga, menggigit bibir. “Jangan panggil aku macam tu! Kau tak sepatutnya buat ni depan Fatteh! Aku dah janji… aku dah janji nak tahan! Aku akan diam!”

“Tahan?”

Nada itu berubah, garau tapi tenang. “Sampai bila, hah? Sampai semua orang pijak kepala kau? Sampai Aisyah humban maruah kau depan semua orang? Kau nak terus tunduk? Kau nak terus jadi budak baik yang menangis bila kena hina?”

Nusyirah menepis suara itu dengan tangan, wajahnya memerah.
“Aku… aku boleh hadap sendiri! Aku tak perlukan kau, Nysa!”

“Kau?!” Suara itu menjerit perlahan tapi dingin.
“Kau cuma kuat bila aku izinkan. Kau lemah! Kau menangis bila orang sentuh luka kau! Kau tunduk bila mereka hina kau! Tapi bila aku ambil alih… semua diam. Semua takut. Kau fikir kau boleh lakukan semua ini mampu sendiri? Kau cuma budak kecil yang takut pada dunia!”

Suara itu menekan setiap huruf seperti palu, perlahan tetapi pasti memecah ruang di dalam kepala Nusyirah. Kata-kata itu masuk, meresap ke tulang, dan setiap ingatan lama yang cuba dilupakannya tiba-tiba hidup.

“Kau takut, kan?” Suara itu menurun menjadi berbisik, tetapi bisikan itu lebih tajam daripada apa-apa jeritan. “Kau ingat masa dia tarik tudung kau? Kau ingat masa dia ambik maruah kau? Ingat bagaimana suami tak guna kau tu arah kau buat macam macam? Kau kena tunduk, kan? Kau belajar simpan semua luka tu dalam dada supaya orang lain selesa.”

Nusyirah menggenggam cadar sampai pelapik jari hampir putih. Jantungnya berdegup seperti mahu pecah, mulutnya kering, dan ada rasa maut kecil seperti sesuatu ingin pecah di tekak bukan kerana fizikal, tetapi kerana malu yang berkobar-kobar. Dia teringat wajah Fatteh malam itu dia teringat suara yang menasihatinya supaya “sabar” kata itu seperti racun yang disaluti madu.

“Kau ingat kau pernah berdiri sendiri?” suara itu menambah, kali ini meniru nada empati yang palsu. “Kau cuba. Tapi setiap kali kau melangkah, kau rasa tumit kau terbelit. Kau cuba bercakap, tapi suara kau pecah. Kau cuba marah, tapi tangan kau gemetar. Kau cuba melawan, tapi siapa yang nak percaya? Semua orang lebih suka kau jadi patung kecil yang senyap.”

Air mata Nusyirah menitis tanpa dia sedar. Bukan lagi hanya dari kesakitan tapi dari pengakuan bahawa semua itu benar. Kepala dia berputar, memori demi memori meluncur seperti slaid yang tak diingini setiap hinaan, setiap ejekan, setiap kali dia dipaksa senyum bila hatinya retak. Rasa ingin menjerit memuncak, tetapi mulutnya terasa penuh kapas suaranya hilang entah ke mana.

“Dan kau tahu apa yang paling pahit?” Suara itu melambung kembali, kini dengan nada yang penuh kemenangan. “Kau masih mahu mereka simpati. Kau masih nanti-nantikan permohonan maaf yang takkan datang. Kau masih minta mereka terima kau. Itulah kelemahan kau kau sayang pada orang yang lukakan kau. Kau harap mereka ubah, padahal mereka cuma tunggu kau runtuh lagi.”

Nusyirah menggigit lidahnya sampai terasa pahit, cuba menahan jeritan yang mahu meletup. Hatinya dipatuk oleh rasa bersalah bersalah kerana berharap, bersalah kerana masih mengharapkan belas kasihan dari orang yang tak peduli. Betapa bodohnya dia, bisik dalam dirinya. Betapa hina dan lemah.

𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚 𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤𝐧𝐲𝐚 Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang