Nusyirah berdiri kaku di hadapan tingkap tinggi rumah agam itu. Pagi masih muda, sinar mentari baru menyinggah dedaunan di laman hadapan. Tapi dalam dadanya, gelap. Sesak. Rumah itu terlalu indah untuk jiwa yang telah reput seperti dia. Dinding berukir, langsir berbaldu, siling bertatahkan kristal semua itu bagaikan sangkar mewah yang memenjarakan dirinya tanpa belas.
Tiba-tiba...
"Kau buat apa berdiri depan tingkap macam patung tu?!"
Sergahan itu bergema, kuat, membelah kesunyian. Jantung Nusyirah hampir gugur.
Tengku Muhammad Fatteh.
Dia berdiri di ambang pintu dengan pandangan mata tajam, seperti singa lapar memerhati mangsanya. Tubuhnya tegap, wajahnya tenang tapi di balik tenang itu, tersimpan ribuan racun. Bertongkat tangan di sisi, lelaki itu melangkah masuk dengan gaya berkuasa. Nafas Nusyirah laju. Tangannya mula menggigil.
"Saya... saya tengok luar, bang." Suaranya perlahan, seolah memohon izin untuk terus bernafas.
"Tengok luar? Kau rasa rumah aku ni penjara ke?!" Suara Fatteh meninggi.
"Bukan... saya cuma..."
"Cuma apa?! Jangan nak jawab macam-macam! Aku tak tanya pendapat kau!"
Tanpa amaran, rambut Nusyirah ditarik kasar dari belakang. Kepala dia terdongak ke atas, lehernya tegang. Sakit yang menggigit kulit kepalanya membuatkan dia terjerit kecil.
"Saya cuma tengok luar,damai, tenang." Suara Nusyirah sedikit kuat
"Damai? Tenang? Dalam hidup kau... tak akan pernah ada benda tu. Faham?! Kau hidup untuk jadi hamba aku. Hamba!"
Dia menolak kepala Nusyirah ke hadapan. Dahi wanita itu terhentak ke cermin tingkap dengan bunyi dentuman yang nyaring. Cermin bergetar. Darah mula mengalir dari luka kecil di dahinya.
Fatteh ketawa kecil. Sinis. Pedih di telinga.
"Darah? Baru sikit. Jangan drama sangat."
Dia meraih kolar baju isterinya, menyentap tubuh kecil itu dan menolaknya ke arah meja makan berhampiran.
"Kau dah masak belum?" soalnya tajam.
"Saya... saya baru nak siapkan. Saya fikir abang keluar lewat tadi."
PLAK!
Satu tamparan hinggap di pipi kanan.
PLAK!
Sebelah kiri pula.
"Kau fikir? Sejak bila aku bagi kau hak untuk fikir?!" jeritnya.
Nusyirah rebah ke lantai. Tapi Fatteh tak berhenti. Dia menghampiri dapur. Dilihatnya periuk atas dapur masih belum menyala.
"Ni ke lauk kau? Ni?! Benda busuk ni kau nak bagi aku makan?"
Dia mencampak periuk itu ke lantai. Kuah kari tumpah, tumpahannya kena kain langsir dan dinding.
"Kau ni memang tak reti nak ikut cakap aku ke sial?!"
Nusyirah merangkak perlahan, cuba mencapai periuk yang jatuh. Tapi kaki Fatteh hinggap ke perutnya.
"Kau jangan berani sentuh apa-apa! Kau hina aku dengan masakan kau!"
"Abang, maaf... saya cuba... saya masak cepat-cepat..."
"Mulut kau jangan berbunyi! Aku menyampah dengar suara kau!"
Dia mengheret Nusyirah ke ruang tamu dengan menarik rambutnya. Tubuh wanita itu meleret di lantai. Air mata Nusyirah menitis tanpa henti, bibirnya pecah, pipinya lebam. Tapi suaminya bukan suami, suaminya binatang yang tak pernah puas.
"Bang... tolonglah... Syirah sakit... abang, tolong..."
"Kau terima sakit tu! Kau layak menderita faham? Sebab aku orang miskin kau anak yatim kau tak ada apa-apa, kau tak ada sesiapa dekat dunia ni kecuali aku, jadi berhak untuk buat apa sahaja dekat kau faham?"
Dia menghempaskan tubuh Nusyirah ke sofa kulit. Kemudian dia mencengkam rahang wanita itu.
"Kau tahu kenapa aku ambik kau jadi bini aku?"
Nusyirah menggeleng perlahan.
"Sebab aku nak tunjuk... macam mana rasa hidup dalam neraka." Dia senyum, jahat.
"Aku boleh beli perempuan mana-mana.Aku ulang sekali lagi, kau anak yatim piatu. Takde siapa peduli. Kau takde sesiapa. Kau takde harga diri. Kau barang. Aku ulang, barang! Aku boleh buat apa aku suka."
Dia menolak kepala Nusyirah ke bawah. Menyuruhnya sujud di kakinya.
"Cium kasut aku. Tanda hormat kau pada 'tuan' kau."
"Abang... jangan hina saya macam ni..." rayunya perlahan.
PLAK! Dia menampar lagi. Kali ini dengan belakang tangan.
Nusyirah ambil pisau bunuh suami kau.
Bisikan itu bergema di kepalanya namun dia tidak menghiraukannya.
"Cium atau aku lempang sampai bibir kau senget!"
Dengan terketar-ketar, dalam esak tangis dan maruah yang hancur, Nusyirah tunduk dan cium kasut lelaki itu. Air matanya jatuh ke lantai.
"Bagus. Pandai pun. Lepas ni jangan berlagak macam tuan rumah. Kau pembantu. Pelayan. Pelacur aku yang halal!"
Kau bodoh Nusyirah kau sayangkan manusia yang buat kau seperti anjing yang tunduk pada tuan.
Dia berdiri, lalu meludah ke muka Nusyirah.
"Malam nanti, aku akan datang ke bilik. Kau tunggu. Tapi sebelum tu... bersihkan semua ni. Kalau aku nampak setitik kari atas lantai lagi, aku akan cabut kuku kaki kau satu-satu."
Fatteh menuju ke pintu, tapi sebelum keluar, dia sempat berkata:
"Kau tak nak kan? Aku cabut kuku kaki kau satu persatu, aku rogol kau, aku seksa kau? Kau tak nak kan?"
Dengan laju Nusyirah menggelengkan kepalanya, biarkan dia dihina sekalipun, asalkan mahkota wanita dia masih terjaga.
Pintu dihempas kuat. Nusyirah terduduk di atas lantai. Lemah. Terhuyung-hayang. Tapi dia masih bernafas. Masih hidup.
Dan selagi dia hidup... dia akan tunggu peluang. Untuk bebas. Atau membunuh.
WARNING
Semua hak cipta karya ini adalah milik Nurryysa, dan ia dilindungi di bawah Akta Hak Cipta 1987 (Malaysia).
Dilarang meniru, menyalin, mengubah, memuat naik semula, menjual semua, atau mendedahkan karya ini kepada mana-mana pihak tanpa izin bertulis daripada penulis.
Penulis turut memegang hak moral terhadap karya ini, termasuk hak diiktiraf sebagai penulis asal dan menolak sebarang pindaan yang menjejaskan integriti karya.
Mana-mana individu yang meniru, menjual semula, atau menyebarkan karya ini tanpa kebenaran boleh dikenakan:
Tindakan undang-undang di bawah Akta Hak Cipta 1987 (Akta 332).
Denda sehingga RM25,000 bagi setiap salinan atau penjara sehingga 3 tahun, atau kedua-duanya sekali (Seksyen 41, Akta Hak Cipta 1987).
Sekiranya anda tidak menyukai gaya penulisan, ayat, tatabahasa, atau jalan cerita, anda boleh memberitahu terus kepada penulis (Nurryysa) dengan cara yang sopan dan berhemah.
Penulis sentiasa terbuka untuk menerima teguran dan pandangan secara baik.
Hargai karya tempatan. Hormati penulis.
© 2025 Nurryysa_Levcyc
All Rights Reserved
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚 𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤𝐧𝐲𝐚
RomanceDari luar, kehidupan Nusyirah kelihatan sempurna rumah mewah, suami yang berjaya, dan status yang dihormati. Tetapi di sebalik dinding rumah agam itu, tersembunyi kebenaran yang tidak pernah dia tunjukkan kepada dunia. Fatteh, lelaki yang pernah ber...
