Bab 6

739 31 1
                                        

Pagi itu, dingin bukan main. Langsir putih melambai perlahan ditiup angin yang masuk dari tingkap terbuka. Cahaya matahari belum tegak sepenuhnya, masih malu-malu menerpa masuk ke kamar sempit yang menyimpan terlalu banyak luka.

"Abang..." Suara Nusyirah perlahan, seolah-olah hanya untuk telinga suaminya seorang.

Fatteh baru sahaja menghempaskan badan ke tilam selepas mandi. Matanya kuyu, wajahnya ketat seperti biasa, tiada ruang untuk senyuman.

"Apa lagi kau nak?" tanyanya hambar, langsung tak berpaling.

“Subuh... dah masuk waktu.”

Dia mendengus. Lengan menekup mata, kepala ditindih bantal. “Solat sendiri. Aku nak tidur.”

Nusyirah menggigit bibir. Perlahan dia bersuara, “Kalau saya kacau abang… saya minta maaf. Tapi ni Subuh. Rugi kalau tinggal. Boleh tak abang imamkan saya?”

Fatteh mengangkat kepala sedikit, kemudian duduk di birai katil. Matanya memaku ke arah Nusyirah. “Kau ni tak reti penat ke?”

“Saya penat…”
Nada suaranya jujur. “Tapi saya lagi penat kalau hidup ni jauh dari Tuhan.”

Lelaki itu diam. Pandangannya tertancap pada wajah Nusyirah yang pucat. Mata gadis itu sembab, tapi tetap lembut. Tetap tunduk. Tetap hormat, walau semalam dilukai.

“Kau ni… badan pun dah penuh luka. Masih berani nak ajak aku solat?”

“Saya cuma tak nak mati dalam keadaan meninggalkan solat,” balas Nusyirah perlahan. “Kalau hari ni hari terakhir saya... biarlah saya pergi dalam keadaan saya masih jaga kewajipan saya.”

Ayat itu menyentak. Ada sesuatu dalam nada suaranya yang menampar keras ke dinding hati Fatteh hati yang selama ini dia sangka sudah beku sepenuhnya.

Dia berdiri. “Mana sejadah?”

“Dalam almari. Bawah telekung…”
Nada Nusyirah kembali lembut, malah sempat tertawa kecil, entah kenapa. Mungkin lega, mungkin takut. Atau kedua-duanya sekali.

Selesai mengambil wuduk, langkah Fatteh ke arah almari terhenti separuh jalan. Dia berpaling semula, lalu capai kain pelikat yang tergantung kemas. Wajahnya tiba-tiba keliru.

“Kain ni nak ikat macam mana?” gumamnya sendiri.

Nusyirah cuba tahan senyum. Dia bangun, berjalan perlahan ke arah suaminya. “Nak saya tolong?”

Fatteh menjeling. “Tak payah. Aku reti.”

Lima saat kemudian kain pelikat tu dah nak jatuh ke lantai.

“Abang…”

“Apa?”

“Abang salah ikat la. Tu bukan lipat. Tu gumpal kain namanya.”

“Mulut kau!”

“Biar saya tolong, boleh?” Nusyirah terus ke depan, tangannya capai hujung kain. Tapi belum sempat dia sentuh, satu cubitan hinggap di lengannya.

“Aduh!”

“Siapa suruh pegang aku? kan dah batal solat, tak payah solat lah.”

Nusyirah mengeluh. “ Takde takde abang kena solat jugak, lagipun wuduk boleh ambik balik.”

Nusyirah masuk ke dalam bilik air dahulu meninggalkan Fateh yang masih mencuba memakai kain pelikat.

Keluar saja, Fatteh masih berdiri dalam kain pelikat… tapi sebelah atas labuh gila, macam sarung tirai.

“Abang pakai macam ni ke?” soalnya berhati-hati.

“Ya lah. Kenapa?”

“Abang nak solat atau nak main layang-layang?”

𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚 𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤𝐧𝐲𝐚 Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang