Bab 2

929 30 0
                                        

Sudah dua hari berlalu sejak kejadian tamparan dan herdikan itu, tetapi kesannya masih menghantui tubuh dan jiwa Nusyirah. Lebam di lengannya sudah mula pudar, tetapi parut dalam hati? Masih segar, masih berdarah.

Pagi itu, seperti biasa, Nusyirah menyarungkan jubah longgar dan tudung nipis untuk memulakan hari. Rumah itu sunyi. Sunyi yang menyeksa. Tapi lebih menyakitkan bila sunyi itu hanya sementara.

Langkah kaki yang berat, namun laju menaiki tangga dari arah bawah membuatkan jantung Nusyirah mula berdegup laju.

Dia tahu siapa itu.

Fatteh.

Dan bila pintu bilik terkuak tanpa ketukan, perutnya terasa mencengkam.

"Syirah." Suara itu dalam, kasar, tapi kali ini bukan marah. Lebih berbahaya dari marah. Suara yang membuatkan bulu roma Nusyirah berdiri.

Dia menoleh perlahan dari cermin, melihat suaminya sedang berdiri sambil membuka butang baju kerja satu per satu.

"Baru mandi?" soal Fatteh, matanya meneliti Nusyirah dari atas ke bawah. Wajah polos, bibir mungil, kulit yang putih kemerahan semua yang membuatkan dia bertahan untuk tidak menyentuh sebelum ini. Tapi hari ini, dia tidak pasti dia mampu menahannya lagi.

"Baru... habis kemas bilik," jawab Nusyirah perlahan, tangannya menggenggam kain jubahnya dengan kuat.

Fatteh menghampiri. Perlahan, tapi pasti.

"Kenapa sejak akhir-akhir ni kau makin lawa, ha?" soalnya, suaranya seperti gurauan, tapi matanya... tajam. Menelanjangi setiap inci tubuh isterinya.

Nusyirah undur selangkah. Nafasnya mula pendek-pendek.

“Abang nak minum ke? Saya turun buatkan...”

Tangan Fatteh mencapai dagunya, mengangkatnya kasar.

"Minum boleh tunggu nanti. Tapi kau ni... dah lama aku tengok je. Kau sedar tak?"

"Abang..." Nusyirah menelan liur, tangannya cuba menolak dada bidang suaminya perlahan. "Jangan..."

"Jangan apa?" Fatteh senyum sinis. "Kita ni suami isteri. Kau milik aku. Takkan aku tak boleh peluk bini aku sendiri?"

Tangannya terus melingkari pinggang Nusyirah, menarik tubuh gadis itu rapat ke dadanya. Nusyirah cuba menahan, tetapi kekuatan lelaki itu jauh lebih kuat. Pelukannya kejap, seolah mahu menghimpit tulang belakangnya patah.

"Abang... tolonglah... saya belum bersedia lagi..."

“Dah dua bulan kahwin, masih belum bersedia lagi?” bisik Fatteh di telinganya. Nafasnya panas, tangan kasarnya merayap naik ke belakang tengkuk Nusyirah lalu menarik tudungnya perlahan-lahan ke bawah.

Nusyirah mula panik. Tapi belum sempat dia menolak, telefon rumah berdering. Menyelamatkannya.

Drrrttt. Drrrttt.

"Jawab," perintah Fatteh, langsung tak melepaskan pelukannya.

"Abang... jangan macam ni. Saya nak angkat telefon..."

"Angkatlah. Tapi jangan cuba lari dari aku." Suara Fatteh berubah jadi lebih mengancam.

Dengan tangan menggigil, Nusyirah mencapai gagang telefon yang terletak di sisi katil. Dia melihat sekilas nama pemanggil: Ummi.

"Hello... Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam, Syirah! Apa khabar sayang ummi ni? Lama tak dengar suara."

Suara Puan Arafah lembut, tenang  tapi jauh di sebalik talian itu, namun bahaya yang sebenar sedang memeluk tubuhnya dari belakang.

"Saya... sihat, ummi," jawab Nusyirah, suaranya sedikit bergetar.

𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚 𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤𝐧𝐲𝐚 Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang