Bab 13

469 14 0
                                        

Rumah itu gelap, sunyi dan sepi. Fatteh membuka pintu perlahan-lahan. Tak sangka, hatinya terasa lain malam ini entah kenapa, pulang ke rumah selepas mengaji bersama Pakcik Fuad tadi, ada sesuatu yang menggamit rasa.

"Ummi...?" panggilnya. Tapi tiada sahutan.

Dia melangkah masuk ke ruang tamu. Lampu kecil dari sudut ruang mencurah sedikit cahaya, menyuluh satu tubuh... duduk bersilang kaki di sofa, hanya memakai t-shirt sendat dan seluar pendek paras paha. Rambut terurai, bibir berlipstik merah pekat.

Aisyah.

Fatteh terhenti. Dada naik turun. Urat di leher mula tegang. Mata dia sempit memerhati.

"Mana mak kau? Mana Ummi?"

Aisyah bangkit perlahan, sengaja melenggokkan tubuh seperti wanita murah yang ketagih perhatian. Senyuman menggoda menghiasi wajahnya.

"Mama tidur rumah kawan dia malam ni... Esok katanya ada majlis. Ummi pun tak ada, dia teman Nusyirah dekat hospital malam ni. Maknanya..." Dia menghampiri, jari telunjuknya menyentuh perlahan bahu lelaki itu. "Malam ni... tinggal kita berdua je, bang."

Dia menjongket alis, senyumannya semakin berani.

"Aisyah rindu abang... lama Aisyah tunggu. Tak nak layan Aisyah ke malam ni?"

Fatteh tak bergerak. Tapi sorot matanya berubah. Lebih tajam dari bilah besi.

"Aku bukan abang kau. Jangan gatal sangat."

Aisyah mendekat perlahan, matanya redup menggoda, suaranya merengek manja.

"Kenapa abang kejam sangat dengan Aisyah, hmm? Dari dulu lagi Aisyah suka abang... abang tahu kan? Dulu abang selalu layan Aisyah, tiba-tiba abang jauh. Lepas tu abang pilih Nusyirah tu pulak..."

Dia merapat, tangannya hampir menyentuh dada lelaki itu.

"Perempuan yang semua orang pandang hina. Yang abang sendiri hampir bunuh... tapi abang pilih dia? Bukan Aisyah? Aisyah yang sentiasa tunggu abang... yang selalu nak jadi 'isteri' abang sejak kecil lagi..."

Dia senyum menggoda, suara makin manja.

"Abang tak rindu Aisyah ke? Tak nak tengok Aisyah... sepenuhnya malam ni?" 
 
Fatteh mendekat setapak, wajahnya gelap, mata tak berkelip menatap Aisyah yang masih berani menggoda. Suaranya rendah, tapi cukup tajam untuk membunuh ego perempuan itu.

"Rindu? Dengan perempuan yang murah macam kau? Maaf Aisyah... aku tak pernah simpan rindu untuk sampah. Dan kalau nak tengok kau 'sepenuhnya' aku rasa aku lebih rela buta."

Dia menyambung, dingin tak berperasaan.

"Sebab tu aku takkan biar sesiapa sentuh dia lagi… apatah lagi sepupu murahan macam kau. Kau tak layak sentuh bayang dia pun."

Aisyah tersentak. Tapi dia tetap cuba mempertahankan dirinya.

"Apa kurangnya Aisyah pada mata abang?!"

Kali ini Fatteh ketawa. Bukan gelak gembira. Tapi ketawa yang penuh cemuhan.

"Apa kurang kau?"

Dia pandang tubuh Aisyah dari atas ke bawah. Dengan penuh hinaan.

"Kau nak aku bandingkan? Kau pasti?"

"Bandinglah aku dengan dia! Apa yang ada pada dia, hah?! Perempuan lemah, trauma tak habis-habis, silap sikit dah tercungap-cungap menangis macam nak mati! Tak boleh sentuh, tak boleh marah, tak boleh tegur sikit terus menggigil macam orang gila! Anxiety? Depression? Panic attack? Huh! Nama je isteri orang, tapi perangai macam budak tadika yang tak boleh hilang bantal busuk! Baru dengar bunyi bising sikit dah menangis. Silap tengok cermin, dah kata diri hodoh. Ada orang naik suara sikit, terus menggigil macam kena sawan!"

"Fatteh, kau hidup dengan manusia ke atau bangkai emosi? Perempuan tu perlukan doktor jiwa, bukan suami! Dia patutnya duduk hospital gila, bukan duduk bawah bumbung dengan kau!"

"Setiap malam kau nak tidur kena pujuk, siang kena cakap lembut. Kau tu suami ke babysitter mental?! Macam mana kau boleh sanggup tahan hidup dengan perempuan yang takut bayang-bayang sendiri?"

"Dia tu bukan sakit, dia cuma nak perhatian. Sikit-sikit anxiety, sikit-sikit trauma  macam drama murahan!"

Fatteh mendekat perlahan, wajahnya langsung tak ada simpati. Setiap langkah dia ibarat membawa bayang neraka yang Aisyah sendiri undang.

“Kau nak aku bandingkan, Aisyah? Biar aku bandingkan habis-habisan.”

Dia senyum nipis, bukan manis, tapi menyakitkan.

“Wajah?”

Dia mendongak, mata merenung terus ke arah muka Aisyah.

“Nusyirah... bila dia pandang aku, mata dia redup, tenang, bulat, iris dia warna coklat pekat. Asli. Tak payah contact lens murah dari Shopee macam kau. Kening dia tebal, cantik ikut bentuk, bukan pensil dua ringgit kau lukis senget tu. Kulit dia? Bersih. Tak pakai bedak pun nampak berseri. Kau? Muka putih bukan sebab cerah, tapi sebab mekap setebal tembok Cina.”

Dia mendekat lagi.

“Hidung dia mancung, senyum dia manis... bukan senyum murahan macam kau yang sengih nampak gusi, gigi kuning tak jaga pun. Dan suara dia... bila dia sebut nama aku, 'Fatteh...', aku rasa seluruh dunia aku berhenti. Kau pula? Suara kau macam perempuan gigih nak karaoke dalam kelab jam 2 pagi. Tak ada roh. Kosong.”

Aisyah menggigil. Tapi Fatteh tak beri ruang untuknya nafas.

“Badan?”

Dia sengaja turun pandang ke tubuh Aisyah.

“Nusyirah wanita yang tahu jaga diri. Dia tak pernah tayang apa yang bukan untuk tontonan. Tapi aku tahu... dia simpan semua untuk aku. Bila aku dekat dengan dia, aku rasa tenang rasa cukup. Dia jaga aurat, jaga maruah. Tak macam kau, Aisyah. Berlagak seksi tapi tak ada apa pun. Kain ketat, cara berjalan menjaja murahan. Maaf cakap… aku yakin, luar kau cantik buat-buat, tapi dalam… mungkin kotor, sebab orang yang tak jaga maruah selalunya tak reti jaga diri.”

Aisyah menahan nafas. Terpaku.

“Kau kata kau ringan, senang aku nak angkat? Maaf... aku tak angkat najis. Dan walaupun Nusyirah trauma, anxiety, panic attack semua kau ejek tu... bila aku peluk dia, dia masih cuba tenangkan aku. Dia tarik nafas perlahan walau dada dia sesak. Dia genggam tangan aku walaupun dia takut. Kau pula? Baru tengok aku naik suara dah terketar... tapi berani datang bilik aku tengah malam pakai singlet ketat?”

Fatteh menjegilkan mata.

“Kau fikir lelaki nak perempuan yang gatal sangat sampai sanggup selak maruah sendiri? Kau fikir aku akan ganti bidadari dengan ular? Aku gila pun aku masih pandai bezakan antara kaca dan permata”

Dia mendongak. Suara makin rendah. Tapi dalam dan tajam.

“Aku pernah buat Nusyirah hampir mati. Aku tengking dia, aku sepak dia, aku... aku pernah sentuh dia dengan dosa. Tapi tahu tak apa dia buat sebelum koma? Dia sebut nama aku. Dia doa untuk aku. Dia pegang sabar macam aku ni manusia. Tapi kau... dia tak pernah buat salah dengan kau, kau hina kau cari masalah dengan dia! Kenapa apa salah dia dengan kau!.”

Dia menggeleng.

“Aku tak jatuh cinta pada tubuh dia, Aisyah. Aku jatuh pada sabar dia. Pada tenang dia. Pada doa dia. Kau takkan faham sebab kau tak pernah belajar jadi manusia.”

Aisyah menjerit, “Kau hina aku sebab kau sayang dia! Kau tak nampak aku yang selalu ada!”

Fatteh gelak kecil. Ketawa sinis.

“Kau bukan selalu ada. Kau selalu menyemak. Dan tahu tak yang paling penting?”

Dia mendekat semula. Satu inci dari wajah Aisyah.

“Kalau Nusyirah ialah hujan yang sejuk dan menyucikan... Kau ialah lumpur. Kotor. Busuk. Berbekas.”

Dia undur perlahan, lalu berpaling ke tangga.

Tapi sebelum dia naik, dia sempat lempar satu lagi ayat terakhir.

“Dan Aisyah... dalam sejuta perempuan di dunia ni, kau perempuan terakhir yang aku akan pandang... kalau pun aku rabun, buta, atau hilang akal kau tetap bukan pilihan.”

𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚 𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤𝐧𝐲𝐚 Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang