Bab 8

47 4 0
                                    

Nusyirah melangkah keluar dari rumah dengan hati penuh dengan amarah. Namun sebelum dia capai pintu utama. Tangan kasar Fatteh menarik lengannya dengan kuat.

“Kau ingat kau boleh lari dari aku,hah?” Fatteh bersuara keras,nadanya penuh amarah. Mukanya merah padam,menahan geram yang membuak.

“Lepaskan aku!”Nusyirah cuba melawan, meronta-ronta dengan sekuat hati. Tapi tenaganya yang lemah langsung tak mampu melawan kudrat Fatteh yang lebih besar dan kuat.

“Jangan buat perangai,Alya Nusyirah!” Fatteh makin menggengam lengan Nusyirah dengan lebih kuat, menariknya menuju ke tangga.

“Lepaskan aku,Fatteh! Kau dah hilang akal ke? Aku nak keluar dari sini!” Nusyirah cuba menjerit, cuba menarik perhatian sesiapa sahaja yang mungkin mendengar. Tapi sia sia kawasan perumahan mereka sunyi,semua jiran sudah masuk ke dalam rumah masing masing.

“Dah banyak kali aku cakap,kau tak kan pernah boleh lari dari aku!” Fatteh mendengus, dia tak peduli langsung dengan rayuan Nusyirah. Dia terus mengangkat tubuh Nusyirah ke dalam dukungan, walaupun Nusyirah meronta sekuat hati.

“Lepaskan aku! Kau gila! Kau tak berhak buat aku macam ni!” Nusyirah menjerit, suaranya teresak esak sambil tangannya menampar dada Fatteh dengan lemah. Air mata mengalir deras di pipinya, wajahnya pucat kerana ketakutan.

Fatteh langsung tak menghiraukan esakan Nusyirah dia melangkah ke arah bilik mereka, Fatteh menendang pintu bilik sehingga terbuka luas. Tanpa sebarang kata,dia menghempas tubuh Nusyirah ke atas katil dengan kasar.

“Kau nak lari? Kau ingat kau boleh lari dari aku?” Fatteh mendekati Nusyirah yang cuba bangun,tapi tubuhnya menggigil ketakutan. “Aku ni suami kau syirah. Kau ingat kau ada hak nak keluar dari rumah ni tanpa kebenaran aku?”

“Fatteh, tolonglah......” Nusyirah merayu, tangannya menggapai gapai cuba melarikan diri, tapi Fatteh lebih cepat. Tubuh Nusyirah yang kecil tak mampu menahan Fatteh yang sudah hilang kawalan.

“Kau ingat kau dapat lari aku!?” Fatteh menjerit lagi, kali ini tangan kasarnya memegang kedua dua pergelangan tangan Nusyirah, menolak ke atas kepala.

“Fatteh, tolong! Jangan buat macam ni! Tolong,aku merayu!” Nusyirah menangis, suaranya tersekat sekat dalam ketakutan. Dia cuba melepaskan diri,tapi tenaganya langsung tidak mampu menandingi kekuatan Fatteh.

“Diam! Kau nak buat perangai kan? Kau nak keluar dari rumah ni, kan? Kau tak kan terlepas, syirah. Kau hak aku!” Fatteh menjerit, tangan kasarnya merentap tudung yang di pakai Nusyirah, terburai rambut panjangnya. Dia langsung tak hiraukan tangisan dan rayuan Nusyirah yang semakin kuat.

“Tak, Fatteh, tolong..... jangan buat aku macam ni! Tolong lah....”

Tapi sia sia  rayuan Nusyirah langsung tidak dapat mengubah hati fatteh yang sudah dikuasai nafsu dan amarah. Dia tidak peduli dengan kesakitan yang dirasai Nusyirah, tidak peduli dengan ketakutan yang dirasai wanita itu.

Dan malam itu, segala kesucian dan maruah Nusyirah dirampas tanpa sebarang belas kasihan. Tangisan dan jeritannya hanya bergema di bilik itu, tapi tidak ada yang mampu menghentikan Fatteh yang sudah hilang akal.

Fatteh terus mengambil haknya, tanpa mempedulikan hati dan jiwa Nusyirah yang hancur berderai malam itu. Kesakitan yang dialami oleh Nusyirah bukan sahaja fizikal, tapi juga emosi, meninggalkan luka yang tak mungkin sembuh.

Dan apabila semuanya berakhir, Nusyirah hanya mampu terbaring tubuhnya yang lemah dipengaruhi lebam, air matanya sudah kering. Dia memandang ke siling dengan mata yang kosong, perasaan marah,benci dan sakit bercampur baur dalam hatinya.

Fatteh yang sudah tenang memandang Nusyirah dari tepi katil. “Ingat, Syirah.kau tak kan boleh lari dari aku, sampai bila bila.”

Nusyirah tidak menjawab, hanya diam kaku. Dia berasa jijik dengan dirinya disentuh oleh lelaki yang langsung tidak dicintainya.

𝐇𝐄𝐑 𝐀𝐁𝐔𝐒𝐄 𝐇𝐔𝐒𝐁𝐀𝐍𝐃Where stories live. Discover now