Kereta Audi Q8 milik Tengku Fatteh meluncur perlahan memasuki perkarangan rumah agam Puan Arafah. Bangunan putih tiga tingkat itu tersergam indah, terang benderang dengan cahaya lampu kristal yang menari dari tingkap-tingkap besar. Suasana jelas bukan sekadar makan malam keluarga biasa. Ada yang lebih daripada itu.
Dari dalam kereta, Nusyirah sempat menangkap bayang beberapa wajah yang dikenalinya Makcik Zulaikha, sepupunya Aisyah, dan beberapa ahli keluarga lain yang pernah dijumpai. Hatinya makin bergetar. Nafas menjadi sempit, seperti ada tangan halimunan mencekik perlahan-lahan.
“Syirah,” suara Fatteh menampar lamunannya, seiring enjin kereta yang dimatikan.
“Ya?”
“Ingat apa aku pesan tadi?”
“Pakai lawa... solek sikit... jaga gaya...” balasnya perlahan, teragak-agak.
“Dan?” Nada suara lelaki itu tajam, menikam.
“Dan... buat manja... macam isteri bahagia.”
Fatteh senyum senget. Puas. “Bagus. Pandai tangkap. Malam ni kau bukan budak kilang. Bukan anak siapa-siapa. Kau isteri Tengku Fatteh. Lakon elok-elok. Jangan sesekali malukan aku.”
Nusyirah hanya mengangguk. Tunduk dalam patuh yang dipaksa. Wajah tenang, tapi jiwanya sudah lama bergelora. Dia tahu, satu langkah silap, tangan itu tidak akan teragak-agak singgah ke pipinya.
Fatteh membuka pintu untuknya, mencapai tangan halus itu tanpa ragu. Genggamannya erat, seolah-olah ingin mengingatkan siapa yang berkuasa. Nusyirah menurut. Dia sudah terlatih dalam derita.
Saat salam diberi di ruang tamu, suara lantang Fatteh bergema.
“Assalamualaikum!”
“Waalaikumussalam!” Puan Arafah menyambut ceria, senyum lebar. “Tu pun anak Ummi dah sampai.”
Nusyirah tunduk sopan. “Assalamualaikum, Ummi. Makcik. Aisyah...”
“Eh, cantiknya menantu kita malam ni.” Nada Makcik Zulaikha separuh ikhlas. Pandangan mata tajam menilai dari tudung ke hujung kaki.
“Dah jadi isteri orang, kenalah jaga penampilan,” sela Fatteh, masih menggenggam tangan Nusyirah. “Betul tak, sayang?”
“Betul, abang...” Nusyirah tersenyum manis, terlatih dalam kepura-puraan.
Mereka duduk di meja makan yang penuh dengan pelbagai hidangan. Sepanjang makan, Fatteh tidak henti menyuap isterinya. “Sayang” menjadi panggilan wajib setiap lima minit. Senyum dipaksa. Sentuhan dibuat-buat.
Tapi dalam dada Nusyirah, hanya ada resah. Ketakutan. Dan kehampaan yang tak mampu diluah.
“Ni lauk sayang suka, kan?” soal Fatteh, lembut tapi jelas berbisa.
“Ya... terima kasih, abang...”
Puan Arafah memerhati dalam diam. Riak wajahnya seolah-olah puas, namun ada resah yang dia sendiri tak mampu tafsirkan.
Tiba-tiba, suara Makcik Zulaikha memecah suasana.
“Fatteh... bila nak ada baby? Dah dua bulan kahwin, kan?”
Aisyah menyambut dengan ketawa kecil, kononnya malu. Tapi jelas puas menyindir.
Nusyirah terbatuk kecil, hampir tercekik air sendiri. Tapi Fatteh...
“Malam ni buat,” jawabnya tenang, selamba.
Terkedu semua yang mendengar. Garpu terlepas dari tangan Nusyirah, berdenting di pinggan.
“Maksud saya... Kami usaha lagi malam ni,” sambungnya sambil menyeringai. “Rezeki tu dari Tuhan. Ummi pun restu, kan?”
Puan Arafah cepat-cepat batuk kecil, cuba menukar topik. “Ish, kamu ni, Fatteh... malu Nusyirah tu.”
Nusyirah hanya senyum nipis. Hati luluh. Jiwa meronta mahu lari sejauh mungkin tapi tak mampu.
Usai makan malam, Puan Arafah meminta mereka bermalam di rumah. Rindunya pada anak menantu menjadi alasan yang tak mampu ditolak.
Bilik itu sunyi. Hanya kedengaran detik jam berdetik. Nusyirah berdiri kaku, masih lengkap bertudung. Pandangannya jatuh pada Fatteh yang sedang meleraikan blazer dan jam tangan.
“Boleh saya pergi mandi dulu?” soalnya perlahan. Dia perlu ruang. Dia perlukan nafas.
Fatteh tidak menjawab. Tapi langkahnya menghampiri seperti pemangsa menghidu mangsa.
“Aku tanya sepatah, kau jawab sepatah. Aku suap kau, aku panggil kau, tapi kau... macam tak ada mulut. Malu nak cakap dengan aku, ke?”
“Bukan malu... saya cuma...”
“Cuma apa?” potong Fatteh. Tangannya mencapai tudung Nusyirah dan menarik kasar. Rambut hitam ikal mayang itu jatuh terurai.
Nusyirah segera memeluk tubuh. Ketakutan semakin menyesakkan dada.
“Kau tahu penat aku hadap soalan-soalan tadi? Aisyah jeling kau, Makcik Zulaikha sindir. Tapi aku pertahankan kau. Aku buat semua tu! Tapi kau... dingin. Diam. Macam aku tak wujud.”
“Saya tak minta pun awak buat semua tu...”
“Berani kau jawab macam tu dekat aku?” suara Fatteh mula naik. Jari-jemarinya mencengkam pipi Nusyirah. “Jangan lupa. Kau hak aku.”
“Saya... saya takut...”
“Bagus. Takut buat kau dengar kata.”
Dia tolak tubuh Nusyirah ke katil. Gadis itu jatuh terlentang, cepat-cepat bangun, mengundur ke hujung katil dan memeluk selimut erat-erat.
“Saya tak bersedia...”
“Dua bulan aku sabar. Cukup!” jerkahnya, menarik lengan Nusyirah dan mendakap tubuh itu dari belakang. Nafasnya kasar di leher gadis itu.
“Awak... jangan...”
“Kenapa? Aku suami kau. Kau tak layak tolak aku.”
Dia menekup bibir Nusyirah dengan ciuman rakus, rakus dan penuh paksaan. Ciuman yang langsung tiada rasa cinta.
Dan waktu itu... Nusyirah tidak lagi mampu melawan. Bukan kerana rela. Tapi kerana pasrah. Nafasnya mengikut deras nafas lelaki itu. Tubuhnya hanya diam. Diri yang kian lemah, menyerah dalam senyap.
Fatteh ketawa perlahan. “Tengok? Layan aku elok-elok, aku bagi kau rasa jadi isteri sebenar. Kau pun suka, kan?”
Nusyirah tidak menjawab. Hanya angguk perlahan. Dan akhirnya, dia kucup bibir lelaki itu semula.
Malam itu... tubuh mereka bersatu. Tapi bukan atas nama cinta. Bukan kerana rindu. Tapi kerana paksaan yang dibungkus indah dengan nama "tanggungjawab."
Selepas itu, Fatteh bangun, mencapai tuala. Tubuh isterinya tidak dipandang walau sekali.
“Pandai pun kau layan aku, kalau kau selalu macam ni aku pun tak pukul kau tau.”
Nusyirah diam. Tubuhnya menggigil. Bantal dipeluk erat. Hatinya hancur, jiwanya retak.
Fatteh kembali ke katil, membelakangi isteri yang dipaksa layan. Tapi sempat dia buang satu ayat terakhir sebelum lena.
“Lain kali... jangan buat aku tunggu. Aku suami kau. Aku tak akan minta bila aku nak hak aku.”
Dan malam itu, sepi lebih menyakitkan daripada jeritan. Lebih menyesakkan dari luka yang berdarah.
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚 𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤𝐧𝐲𝐚
RomanceDari luar, kehidupan Nusyirah kelihatan sempurna rumah mewah, suami yang berjaya, dan status yang dihormati. Tetapi di sebalik dinding rumah agam itu, tersembunyi kebenaran yang tidak pernah dia tunjukkan kepada dunia. Fatteh, lelaki yang pernah ber...
