BAB 76 🤍🤍

9 0 0
                                    

Bab 76

"KENAPA pakcik senyap lepas pakcik cakap macam tu dekat anak pakcik?" mereka perasan tetapi ketika berada di rumah baru mereka menyoal

"Yang mana?" Amirul lupa. Yang mana satu.

"Yang pakcik kata. Kena tahu yang pakcik ni... Lepastu pakcik stop. Maksud pakcik yang pakcik ni... Anak... Tak tu ka?" mereka tidak mampu nak berkata habis. Takut Amirul terasa

"Oh. Yang tu. Ya. Ha ah. Dia tak tahu hal tu. Pasal ayah pakcik yang jadi pembunuh tu pun dia tak tahu. Dia dan adik kembar dia ja tak tahu sebab mereka lahir. Ayah pakcik dah kena tangkap. Jadi buat apa mereka tahu hal tu kan? Lagi pun ayah pakcik tak tiada. Cuma pakcik terkilan juga sebab anak pakcik tu pernah cakap dia tak suka dengan pembunuh. Katanya mereka ni jahat. Pakcik tak setuju dengan dia tapi pakcik diam ja. Hati pakcik sakit dengar sebenarnya. Sebab pakcik rasa walaupun bukan pakcik pembunuh tu"

"Jadi kalau dia tanya. Jangan lah beritahu. Tapi jangan kantoikan pula yang pakcik beritahu kamu semua. Nanti dia merajuk satu pasal nak pujuk pula. Ikut perangai papa dia la ni" jujur Amirul. Mereka yang lain pun terkejut dan tambah hairan

"M...merajuk?"

Amirul hanya ketawa. Nampak ja muka macam tak pernah bermanja tapi ini lah kuat manja.

"Isteri pakcik jarang merajuk dengan pakcik. Kalau merajuk pun merajuk dengan cucu macam tu ja. Tapi kalau pakcik segala benda pakcik nak merajuk. Manja!" Amirul mengata dirinya sendiri. Mereka yang lain menahan ketawa. Tiba-tiba rasa geli hati mendengarnya

"Cucu pakcik manja dengan pakcik tak?" tanya Naufal

"Yang sulung manja juga tapi sekarang dia dah darjah tiga. Dah besar dah. Adik dia... Tak manja sangat dengan pakcik. Cucu pakcik dari anak kedua pakcik. Dia manja buas. Uish yang tu ganas betul. Lagi ganas dari ayah dia. Ayah dia dulu pun buas juga tapi yang ni buas lagi. Dia boleh panjat pokok kelapa. Yang ayah dia sampai kena panjat sekali ambil dia sebab takut dia terjun. Pernah dia terjun dulu. Tapi tak ada siapa boleh marah dia sebab dia memang jenis lasask. Tak tahu la sekolah nanti macam mana. Atuk dia ni pun pening jaga dekat rumah kadang kadang. Boleh jadi sado kejar dia. Laju lari. Kalau pakcik tak larat pakcik suruh cucu sulung pakcik kejar ataupun anak bongsu pakcik"

"Ayah dia aktif ka pakcik?"

"Aktif juga tapi seingat pakcik waktu ayah dia kecil pun tak ada la seaktif tu. Paling kurang bagi pecah telur sepapan. Menung pakcik waktu tu. Dah la baru beli. Adoi haih"

"Comel ja perangai"

"Entahlah. Setakat jaga ni anak pakcik yang sulung la paling tak ada perangai. Tapi mungkin sebab pakcik jaga dia sekejap ja. Jadi dia tak membesar dengan pakcik. Dia membesar dengan arwah mama dia. Bekas isteri pakcik dulu. Lepastu pakcik jaga dia sejak dia 14 tahun. Sampai sekarang kahwin anak tiga dah dia"

Mereka semua hanya mendengar. Tiada balasan. Tak tahu nak balas apa

"Pakcik nak masuk bilik kejap. Isteri pakcik kata dia nak call. Katanya cucu pakcik Amar buat hal pula. Tak tahu la budak tu kalau dapat adik macam mana. Risau pakcik dia tampar muka budak tu ja" Amirul menggeleng kepala sendiri. Ada ada ja Amar ni. Amir dan Alicia pun dah pening nak jaga budak ni macam mana. Dekat tadika pun buas ni!





HAMPIR enam bulan Amirah di sini. Amirul sudah menjadi yakin bahawa Amirah tidak ada apa-apa. Amirul ingin pulang ke tanah airnya. Dia risau kerana dia mendengar berita daripada paklangnya bahawa Johari sakit sekarang. Dia ingin melihat keadaan atuknya itu. Jadi hari ini Amirah menghantar ayahnya ke airport bersama-sama dengan enam jejaka yang menjadi rakan serumah Amirul dan rakannya Izzati.

Zayden's © [ OG ]Where stories live. Discover now