BAB 77 🤍🤍

25 3 1
                                    

Bab 77

"ATUK!!!" panggil Fateh. Berlari memeluk Amirul yang baru keluar di tempat menunggu.

"Atuk!! Rindu atuk!" Fateh memeluk Amirul erat. Tak kisah dah ibu dan abahnya

"Atuk pun rindu cucu atuk. Sihat ka?"

"Sihat!" Fateh tersenyum melihat Amirul berada di hadapannya. Sungguh dia rindu.

"Papa" Asif datang menyalam Amirul

"Fateh! Tolong atuk tolak beg" arah Luthfia. Fateh mengikut arahan. Dia menolak troli beg Amirul itu walaupun tubuhnya kecil sahaja. Dia dibantu oleh abah dan ibunya

"Mana ibu?" tanya Amirul

"Tu" Asif menunjuk ke arah Mirza yang saja berpaling ke arah lain

"Kenapa tu?" tanya Amirul.

"Papa tanya la sendiri. Tak tahu" Asif membiarkan sahaja Amirul 'memujuk' Mirza. Haih. Baru balik nak kena pujuk dah.

Amirul hanya tersenyum. Dia tahu isterinya merajuk. Ini kali pertama dia melihat isterinya merajuk kerananya. Bukan kerana cucu atau yang lain.

Dia berjalan ke arah isterinya. Nampak wajah Mirza lain dan merajuk.

Amirul mengeluarkan sesuatu daripada begnya. Niat memang nak beri terus kepada Mirza.

Amirul memakaikan rantai yang dia beli ketika berada di sana dengan ukiran yang amat cantik beserta nama isterinya di situ.

Mirza terkedu apabila melihat rantai itu disarung pada lehernya. Dia menoleh ke belakang untuk melihat wajah suaminya

"Sayang merajuk dengan abang ka?" soalnya. Nasib baik orang tak ramai sekarang.

"Mana ada" Mirza menafikannya padahal. Ya.

"Iye la tu. Meh sini" Amirul mendepakan tangannya. Laju sahaja Mirza menyambut.

"Bau abang tak berubah. Rindu la bau ni" Amirul tersenyum apabila isterinya berada di hadapan mata.

"Macam mana sayang enam bulan abang tak ada? Okay ka"

"Tak! Sebab setiap kali bangun mesti nak cari abang. Macam waktu abang koma dulu. Setiap pagi bangun mesti akan periksa abang sama ada abang dah bangun ke belum. Tapi itu enam tahun. Enam bulan ni apa la sangat kan?" Amirul hanya tersenyum. Dia tidak berkata apa-apa. Hanya terus memeluk isterinya yang dicintai.

Amirul melepaskan pelukannya selepas beberapa minit kemudian memusingkan tubuhnya. Matanya melihat ke arah Luthfia yang agak berisi tubuhnya

"Eh Luthfia. Kenapa perut kamu nampak... Besar?" tanya Amirul kehairanan. Fateh sudah teruja ingin memberitahu Amirul. Tapi diberi amaran oleh ibunya sejak dari rumah lagi

Luthfia hanya tersengih sambil menepuk bahu suaminya. Amir dan yang berada di sebelah mereka hanya membuat muka bosan.

"Nombor empat pula pa" jawab Amir. Nak tunggu abang dia jawab sampai bulan depan belum tentu dia nak jawab

Amirul tidak berkata apa-apa. Dia hanya tersenyum sahaja. Cuma dia melihat Fateh yang tersengih dari tadi lagi

"Fateh. Sini" panggil Amirul

"Ya atuk" Amirul mengangkat tubuh kanak-kanak itu

"Ibu mengandung ka?" tanya Amirul

"Hehe. Damia nak jadi kakak!" jawab Fateh

"Wah. Seronok la dia dapat adik baru" Amirul mengusap kepala Fateh

"Seronok!!! Dapat adik baru YEAY!" Fateh bersorak gembira. Asif yang rasa malu. Padahal yang bawa perut Luthfia bukan Asif

Zayden's © [ OG ]Where stories live. Discover now