PART 1

2.2K 88 0
                                    

Hujan lebat pada pagi itu. Jong Kook mengemas mejanya agar tidak berselerak. Sesekali dia melihat ke jendela. "Sejuknya, diorang nie tak sejuk ke buka aircon kuat-kuat". Badan Jong Kook kedinginan kerana aircon pejabat yang dipasang dengan begitu kuat. Sedang Jong Kook leka mengemas mejanya tiba-tiba Jong Kook teringat pada Gary. Jong Kook terus mengeluarkan telefon bimbitnya dan menelefon Gary. "meoli bootuh balggeut ggaji hot issue, nae modeun gut hana hana hot issue, modooda take control, nan hangsang hot it hot it hot it hot it i-i-i-i-i-i issue" Lagu Hot Issue daripada kumpulan 4 Minute kedengaran. "Pelik-pelik je lagu si Gary nie, tak ada lagu lain ke nak pakai, lagu perempuan gak" Kata Jong Kook kehairanan.

"Oppa!" Kedengaran suara Ji Hyo dari belakang. Jong Kook segera mematikan panggilan dan berpaling. "Annyeong haseyo" Sapa Ji Hyo. "Ji Hyo..." Kata Jong Kook memandang Ji Hyo dengan senyuman. "Dah sarapan? Jom kita pergi sarapan nak tak. Saya lapar" Ji Hyo memuncungkan bibirnya. "Aaaa..." Belum sempat Jong Kook menghabiskan percakapannya Ji Hyo memintas terlebih dahulu. "Haaa saya lupa, oppa akan sarapan setiap hari dirumah sebelum ke pejabat" "Tak apa, jom oppa temankan" Mereka berdua pun berjalan seiringan menuju ke cafe. Jong Kook terus terlupa pada Gary. Sedangkan Jong Kook ingin menelefon Gary dan ingin memastikan Gary tidak akan lambat lagi ke tempat kerja.

"Kim Jong Kook!" Gary mengejar Jong Kook dari belakang. Nafas Gary turun naik. "Kau dah kenapa" Tanya Jong Kook kebingungan. "Lain kali kejutlah aku betul-betul. Tak pasal-pasal aku datang kerja lambat. Dah la kena marah dengan bos tadi" "Kau pun satu, tidur mati. Bukannya aku tak kejut. Aku ketuk pintu macam nak pecah. Lain kali jangan kunci pintu dah tahu. Senang sikit aku nak kejut" Kata Jong Kook sambil mengerutkan dahinya. Gary tahu semua adalah salahnya sendiri. Gary memang selalu lupa nak kunci jam. Malah yang lebih teruk adalah Gary jenis susah nak bangun walau dah dikejut berulang kali. Memang setiap hari Jong Kook lah yang akan mengejutkannya. Minggu nie saja dah 3 kali Gary lambat ke tempat kerja. Pihak atas sendiri telah pun memberi amaran kepada Gary atas kecuaiannya.

"Kang Gary!" Sergah Ji Hyo. Gary terperanjat. Habis pen yang dipegangnya tercampak. "Huh...lemah semangat. Ji Hyooo..." Gary mengusap dadanya beberapa kali. "Buat apa? Dari tadi tengok mengelamun je" "Owhhh kiranya awak tengok saya je lah dari tadi" Gary membuat muka nakalnya. "Eee...perasan! Nie mesti kes kena marah lagi kan dengan bos" Tanya Ji Hyo sambil menggangkat keningnya. "Ehhh mana ada" Gary memalingkan mukanya kerana malu. "Haaa....tuh la, lain kali jangan selalu lewat. Cuba tengok Jong Kook, selalu tepat pada masanya. Kan bagus kalau awak datang sekali dengan dia" Gary hanya mendiamkan diri.

"Sampai bila kita nak bercinta sorok-sorok macam nie?" Haha menghela nafas panjang. Byul memegang tangan Haha. "Sabarlah...saya lebih rela macam nie daripada saya kehilangan awak. Kita sama-sama usahakan yang terbaik ye." Byul cuba memujuk Haha. "Kadang kala saya cuba bersedia untuk hadapi segala kemungkinan yang akan berlaku. Saya sedar saya bukan siapa-siapa. Saya cuma pekerja biasa je. Pekerja bawahan awak." Kata Haha dengan nada perlahan. Byul melihat kearah jam tangannya. Jam sudah menunjukkan pukul 2 petang. Waktu rehat dah habis, pukul 2.30 nanti saya ada meeting untuk kontrak baru kita tuh. Saya rasa lebih baik saya gerak dulu." Haha Cuma mengangguk. "Nanti saya mesej awak ok, bye" Byul pergi meninggalkan Haha.

Haha berjalan perlahan menuju ke pejabatnya. Begitu banyak persoalan yang bermain di fikirannya tentang hubungannya dengan Byul. Akan bertahankah hubungan ini? Dapatkah Haha bersatu dengan Byul? Bagaimana hidupnya tanpa Byul? "Ahhhhh!!!" Jerit Haha. Orang-orang pejabat yang lalu lalang disitu memandang Haha kehairanan. Tak kurang juga yang berbisik-bisik antara satu sama lain. "Kenapa la dengan kau nie Haha. Anak orang kaya macam tuh juga yang kau nak. Cuba-cuba la sedar diri tuh. Takkan tak ada cermin dekat rumah. Bila dah jadi macam nie, siapa yang susah sekarang. Tak ada masalah, cari masalah." Bebel Haha sendiri.

Sementara itu bilik kuliah Kwang Soo bising kerana pensyarah masih belum masuk. Matanya hanya tertuju pada seorang sahaja iaitu Rise. Antara pelajar yang cantik di dalam kelas Kwang Soo. "Hoiii! Sudah-sudahlah mengelamun tuh. Kau ingat kau pandang je dia kau boleh dapat dia." Kata sahabat baiknya Minho. "Ishh kau nie kalau tak kacau aku tak boleh ke. Biarlah aku berangan kejap." Matanya terus terpaku pada Rise. "Pergilah sembang dengan dia, buat-buat tanya apa yang patut ke. Dia tuh dah la cantik, pandai plak." Minho melihat kearah Kwang Soo yang asyik mengelamun.

"Ok, itu saja kuliah kita untuk hari ini. Saya dah pun edarkan senarai nama untuk kumpulan assignment bagi subjek ini. Jadi boleh rujuk disitu. Jika ada sebarang masalah boleh jumpa saya." Kelas mulai bising apabila pensyarah melangkah keluar dari bilik dewan. "Kwang Soo! Kau satu group dengan Rise lah. Seronok lah kau." "Kwang Soo merampas kertas yang dipegang Minho dan melihat senarai nama tersebut." "Yessss.....yesss.....yesss..." Kwang Soo berdiri dan menjerit keriangan. Tiba-tiba Kwang Soo merasakan ada yang tidak kena. Hmmmm....seluruh kelas sedang melihat kearahnya. Tidak lama selepas itu seluruh kelas mentertawakannya. Minho mengaru-garu kepalanya melihat tingkah laku Kwang Soo.

Jong Kook menikmati makan malamnya bersama kawan-kawanya Haha, Gary dan juga Kwang Soo. Panggg....Gary menepuk tangan Kwang Soo. "Eee budak nie kan, asyik dia je dari tadi yang makan. Makan pelan-pelan tak boleh ke. Orang lain nak makan juga. Waktu makan tengok lauk selalu je habis" Gary mencekak pinggangnya. "Kwang Soo..." Jong Kook bersuara. " Ye hyeong, joesonghamnida" Kwang Soo mula makan dengan senyap. "Haha, kau ok ke? Diam je dari tadi." Jong Kook bersuara setelah memerhatikan Haha dari tadi. "Aku ok, tak ada apa-apalah" "Pasal Byul ke? Nama pun cinta. Bukan namanya cinta kalau tak ada rintangan. Kau kena kuat. Kau sayangkan diakan? Jadi berjuanglah" Jong Kook memberi kata semangat padanya.

Love Is LifeWhere stories live. Discover now