PART 9

623 33 0
                                    

"Kwang Soo, tahniah. Bagus pembentangan awak tadi. Saya rasa bertuah dapat satu kumpulan dengan awak." Rise memuji Kwang Soo. "Tak adalah Rise, biasa je pembentangan saya. Kalau nak dibandingkan dengan awak, awak jauh lebih hebat dari saya tau." Kwang malu-malu. Bilik kuliah mulai sepi. Pelajar beransur-ansur keluar dari bilik kuliah selepas selesai pembentangan sebentar tadi. "Awak jangan rendah diri lagi lepas nie. Awak pelajar yang bijak, rajin. Gunakan apa yang awak ada ok." Rise memandang Kwang Soo dengan penuh senyuman. Hati Kwang Soo semakin cair melihat senyuman Rise yang menawan tuh. "Rise, saya nak tanya sikit boleh." Kwang Soo menggunakan kesempatan yang ada untuk mengetahui jawapan atas persoalan yang bermain-main di fikirannya. "Ye, tanyalah." Jawab Rise tenang. "Tentang apa yang awak cakapkan tempoh hari..." Kata-kata Kwang Soo terhenti disitu. Berat rasanya Kwang Soo nak meneruskan kata-kata.

Hanya tinggal mereka berdua sahaja ketika itu. Rise masih mengemas beg kuliahnya. Rise menyusun nota-nota pembentangan tadi ke dalam begnya. Selesai mengemas begnya Rise bersuara, "tentang apa yang saya cakapkan pada Kim Won ke?" Kwang Soo mengangguk. "Kenapa? Awak tak percaya ke?" Rise memandang tepat ke dalam mata Kwang Soo. Jantung Kwang Soo berdegup laju. "Saya...saya..." Kwang Soo tidak tahu apa yang harus dikatakannya. "Saya suka awak! Awak tak suka saya ke?" Rise masih tenang. "Ha?" Kwang benar terkejut dengan jawapan Rise." Mana mungkin wanita secantik dan sebijak Rise suka pada lelaki seperti dia. "Mesti awak nak cakap, kenapa wanita secantik dan sebijak saya suka pada lelaki macam awakkan. Lepas tuh awak mesti cakap awak tak ada apa-apa." Kwang Soo terkejut kerana Rise seakan boleh membaca fikirannya. "Secara dasarnya saya tak layak untuk awak." Kwang Soo mula bersuara. "Saya tak perlukan apa-apa selain awak. Cukuplah saya ada awak." Perasaan Kwang Soo bercampur baur. Kwang Soo gembira namun masih terkejut dengan apa yang dikatakan Rise. "Saya..." Belum sempat Kwang Soo menghabiskan kata-katanya Rise terus memeluk Kwang Soo.

Kwang Soo hanya berdiri kaku. Peluh mula membasahi tubuhnya. Entah kenapa bilik kuliah yang masih terpasang penghawa dingin itu dirasakan panas. Rise memeluk erat pinggang Kwang Soo. "Rise..." Kwang Soo terpinga-pinga. Cinta Kwang Soo akhirnya terbalas jua walaupun Kwang Soo sangat tidak menyangkakan perkara ini akan benar terjadi di dalam hidupnya.

Byul dapat merasakan Haha tidak seperti selalu. Biasanya Haha lah yang meriuhkan suasana. Namun saat itu Haha banyak mendiamkan diri. "Haha, awak tak sihat ke?" Byul inginkan kepastian. "Ada apa-apa yang awak nak beritahu saya?" Byul sangat terkejut dengan soalan yang diberikan Haha. "Soalan? Soalan apa maksud awak Haha." Byul cuba sedaya upaya untuk menyorokkan rasa cemasnya. Byul tidak mahu perkara sebenar terdedah. "Awak perasan tak kita dah tak banyak habiskan masa bersama? Awak selalu sibuk bila saya ajak keluar. Bermacam-macam alasan awak beri pada saya. Ada apa-apa ke Byul?" Haha terus menyoal. "Haha...kenapa nie. Saya minta maaf kalau saya kurang berikan masa untuk awak sejak kebelakangan nie. Saya Cuma sibuk dengan kerja. Banyak projek yang saya kena uruskan. Awak jangan la fikir bukan-bukan." Byul cuba berdalih.

Perasaan bersalah menyelubungi diri Byul. Byul tidak tahu berapa lama lagi dia mampu bertahan. Byul tahu suatu saat semua rahsia ini pasti akan pecah. Hanya menunggu waktu sahaja. "Saya ada buat salah pada awak ke Byul?" Soalan Haha bertalu-talu. "Tak...tak Haha. Awak tak ada buat salah apa-apa pun." "Saya yang bersalah, saya yang bersalah!" Byul hanya mampu mengatakan ini didalam hatinya. "Saya rasa mungkin dah tiba saatnya Byul." Haha memegang tangan Byul. Keadaan akan lebih parah jika Haha dedahkan hubungan mereka ketika ini. Bukan saja ayahnya, bagaimana dia akan berhadapan dengan Myung Soo. "Bukan sekarang Haha. Waktu tak sesuai. Saya mohon. Tolonglah tunggu sedikit lagi. Awak kenalkan ayah saya macam mana." Byul menggunakan ayahnya sebagai senjata terkuat untuk menghalang Haha.

"Wahhh, bukan main gembira lagi aku tengok." Seolhyun tumpang gembira untuk kawan baiknya itu. "Tak sangka pula aku kau berjaya. Ingat kau main-main je. Mana tak nya, sebelum nie aku yang selalu temankan kau jumpa Jong Kook oppa." Hari ini seharian suntuk Geun Young tersenyum sendiri. Dia benar-benar bangga dengan dirinya kerana dapat melakukannya. Geun Young tahu dia terlalu malu dan takut untuk memulakan perkara-perkara seperti ini. Namun Geun Young tidak mahu membuang masa lagi.

"Jadi lepas nie apa plan kau?" Seolhyun merehatkan dirinya seketika. Badannya benar-benar letih selepas seharian kerja. "Aku nak mandi, segarkan badan. Malam nanti aku nak mesej Jong Kook oppa." Kata Geun Young. "Wahhh, makin berani, bagus-bagus. Moga berjaya kawan." Usik Seolhyun.

Malam itu Ji Hyo begitu teruja untuk membuka hadiah yang diberikan Jong Kook. Ji Hyo mengambil hadiah tersebut dan terus membukanya dengan berhati-hati. Ji Hyo benar-benar ingin tahu apa yang dihadiahkan oleh Jong Kook. Selesai membuka pembalut hadiah tersebut, Ji Hyo melihat ada sebuah kotak berwarna merah. Ji Hyo pun membukanya perlahan-lahan. "Wahhh.... Yeppeuda!" Ji Hyo segera mengangkat seutas rantai yang diberikan Jong Kook. Ji Hyo memerhati rantai tersebut. Tertera abjad 'JJ' di rantai tersebut. Lama Ji Hyo memandang rantai tersebut. Ji Hyo cuba merungkai maksud disebalik abjad 'JJ' tersebut. "Nama aku Ji Hyo. Mestilah 'JH'. Nie 'JJ'. Ji Hyo bercakap sendiri. "Ha?" Ji Hyo terkejut memandang rantai tersebut. "J untuk Ji, dan J untuk Jong. Betul ke nie?" Ji Hyo kegembiraan.

Namun kegembiraanya tidak lama. Ji Hyo teringat perkara yang terjadi semasa tengah hari tadi. Senyuman kegembiraannya terhenti. Ji Hyo mulai risau. Ji Hyo tidak mengenali Geun Young. Namun Ji Hyo dapat merasakan sesuatu. Ji Hyo akui bahawa dia sememangnya mencintai Jong Kook. Selepas pulang daripada berjumpa dengan Gary pada malam itu, Ji Hyo terus terusan memikirkan soal hati dan perasaannya. Dan kini Ji Hyo yakin dengan pilihannya. Ji Hyo tahu dia harus bertanyakan pada Jong Kook apakah Jong Kook juga merasakan hal yang sama.

Kwang Soo baru saja selesai mandi. Badannya segar. Sesegar hatinya. Hatinya berbunga-bunga bahagia. Mana tidaknya, Kwang Soo sangat bersyukur kerana cinta yang dia impikan selama ini akhirnya menjadi kenyataan. Kwang menuju ke ruang tamu sambil bernyanyi-nyanyi. Hatinya benar girang. "Eh, mana semua orang." Yang ada Cuma Gary sahaja. Kwang Soo mendekati Gary dan menyapanya. "Hyeong!." Namun tiada tindak balas dari Gary. Gary hanya memandang televisyen. "Hyeong!" Nada Kwang Soo berubah. Gary tersentak lalu melihat Kwang Soo. "Eh, kau nie, buat terkejut jelah." "Hyeong tengok tv ke. Ke tv yang tengok Hyeong? Perli Kwang Soo. "Tengok tvlah." Gary cuba menutup malu. "Mana yang lain?" Soal Kwang Soo. "Diorang dalam biliklah tuh." Beritahu Gary.

Kwang Soo asyik dengan telefonnya. Sesekali Kwang Soo tersenyum-senyum sendiri. "Yang kau dah kenapa tersegeh-segeh daripada tadi." Gary melihat Kwang Soo dengan penuh tanda tanya. "Hyeong, saya nak kongsi sesuatu nie." Kwang Soo kelihatan teruja. "Apa dia?" Gary semakin tertarik. "Sebenarnya, saya tengah bercinta." Kwang Soo memberitahu dengan penuh kesungguhan. "Ha? Betul ke?" Gary turut sama teruja mendengar pengakuan Kwang Soo. Malam itu Kwang Soo menceritakan tentang perhubungannya dengan Rise kepada Gary.

Love Is LifeWhere stories live. Discover now