PART 2

1.3K 47 0
                                    

"Ji Hyo, awak tak apa-apa ke?" Jong Kook memegang bahu Ji Hyo. Lama Jong Kook memerhatikan Ji Hyo dari tadi. Walaupun tiada kenderaan di jalan raya, namun Ji Hyo seakan teragak-agak untuk melintas. Badan Ji Hyo menggigil ketakutan. "Tak...tak...saya tak apa-apa." Ji Hyo gagap. "Jom saya temankan awak lintas jalan" Jong Kook memegang tangan Ji Hyo dengan tidak semena-mena dan mereka mula berjalan. Mata Ji Hyo tak lepas memandang susuk tubuh Jong Kook dari belakang semasa Ji Hyo mengikuti Jong Kook. Ji Hyo akui sangat menyukai sikap Jong Kook yang mengambil berat tentang dirinya.

Ji Hyo hanya melihat wajah Jong Kook tanpa berkelip. Jong Kook meyedut minumannya tanpa menyedari Ji Hyo termenung memandang wajahnya. Perasaan bersalah Ji Hyo sampai ke hari ini masih belum pudar. Kerana Jong Kook lah Ji Hyo terlepas dari kemalangan itu, namun kerana Ji Hyo jugalah Jong Kook terlibat dengan kemalangan itu gara-gara menyelamatkannya. Hampir sebulan juga kaki Jong Kook bersimen. Malah banyak kerja-kerja Jong Kook terbengkalai di pejabat. Kerana kemalangan itulah mereka mulai rapat antara satu sama lain.
"Awak masih trauma ke?" Soal Jong Kook. Ji Hyo tersedar. "Ah...ye. Masih ada sedikit." Ji Hyo menunduk. "Biasalah tuh, oppa faham." Kalau ada apa-apa, beritahulah. Kalau oppa boleh bantu, oppa bantu ok." Ji Hyo tahu sudah ribuan kali dia berterima kasih pada Jong Kook, namun Ji Hyo tahu itu belum memandai dengan apa yang telah dilakukan Jong Kook. Ji Hyo tahu andai saja Jong Kook tiada di situ tempoh hari, Ji Hyo akan jadi mangsa kemalangan yang sangat teruk. Ditambah dengan kereta yang sangat laju.

Gary mencari-cari kelibat Jong Kook, namun tidak kelihatan. Selang beberapa minit Jong Kook muncul di belakang Gary. Gary menyedari kehadiran Jong Kook dan bertanya, "Dari mana?" "Baru lepas minum dengan Ji Hyo." Jawab Jong Kook selamba. "Betul ke Ji Hyo suka Jong Kook? Betul ke diorang ada apa-apa?" Kata Gary di dalam hati. Macam-macam persoalan bermain di fikirannya. Pernah terdetik di dalam hatinya nak bertanyakan soal ini pada Jong Kook, namun dipendamkan saja. Gary akui dia sudah lama memendam rasa kepada Ji Hyo. Malah Gary selalu mengusik Ji Hyo jika ada kesempatan. Namun sejak Ji Hyo hampir kemalangan tempoh hari, terlalu banyak yang berubah. Kalau dahulu Ji Hyo sering menegur dan ketawa bersamanya, tapi kini tidak lagi. Entah kenapa Ji Hyo kini asyik bersama Jong Kook. Jauh disudut hati, Gary tahu hatinya sakit.

"Ok, itu saja meeting kita untuk kali ini. Jangan lupa kerja masing-masing dan teruskan usaha." Kata pemilik syarikat tempat Haha bekerja bapa kepada Byul. Sementara itu Haha dan Byul saling berpandangan. Semua pekerja beransur-ansur keluar daripada bilik mesyuarat tersebut. Byul berjalan beriringan dengan ayahnya serta beberapa pekerja yang berpangkat tinggi. Haha mengekori mereka dari belakang sambil menaip sesuatu. "Malam nie free tak? Jom kita keluar jalan-jalan?" Byul merasa gegeran telefon bimbitnya lantas membaca pesanan tersebut. "Free! Jemput saya pukul 8 malam di tempat biasa ye" Saat Haha membaca pesanan tersebut Byul sempat berpaling kebelakang dan memandang Haha dan mereka saling tersenyum.

"Rosa, oh nae sarang Rosa, Rosa, Rosa, Rosa, Rosa, Rosa, Rosa, oh nae sarang Rosa, Rosa, Rosa, Rosa, Rosa, Rosa." Haha menyanyi kecil. Hatinya senang. Tak sabar nak menunggu malam. "Ehh...anak boss kita tuh bujang lagikan. Dia tak ada teman lelaki ke? Mustahil la tak ada." "Entah. Aku tak pernah pulak tengok dia keluar dengan siapa-siapa. Nak kata ada lelaki ada datang jumpa dia pun tak ada." Para pekerja berbual sesama mereka. "Aku rasa dia ada teman lelaki, tapi mesti dia rahsiakan dulu. Yelah, dia anak orang berada. Bukan suka-suka je dia nak tayang teman lelaki dia. Ditambah dengan perangai ayah dia tuh. Semua nak ikut cakap ayah dia." Sampuk seorang pekerja. Haha mendengar perbualan mereka dengan jelas. Hatinya tak keruan.

Rise dan Kwang Soo baru sahaja selesai membuat assignment bersama rakan-rakan mereka sebentar tadi. "Awak nie kelakarlah" Kata Rise sambil ketawa. "Sebab awak la kelas kita riuh rendah. Awak tak kisah ke diorang asyik gelakkan awak?" Rise memandang Kwang Soo. "Ala...dah biasa. Saya tak kisah pun. Sekurangnya mereka tak menangis sebab saya kan, jadi lebih baik mereka ketawa" Kwang menjawab malu. "Saya seronok dapat kawan macam awak." "Ye ke...?" Kwang Soo tersenyum lebar. "Ye, saya suka lelaki yang kelakar, yang selalu boleh buat saya ketawa." Rise berjalan mendahului Kwang Soo. Kwang Soo melompat-lompat kerana terlalu suka dengan apa yang diperkatakan oleh Rise sebentar tadi. Rise berpaling dan melihat Kwang Soo. Rise ketawa lagi. Kwang Soo berlari-lari anak menuju ke Rise. Kalau hari-hari macam nie, pecah perut saya. Kata Rise sambil membetulkan kedudukan buku yang dipegangnya.

"Mari saya tolong." Kwang segera mengambil buku dari Rise. Tangan mereka saling bersentuhan. Jantung Kwang Soo tiba-tiba berdengup kenyang. "Joesonghamnida" Kwang Soo menundukkan kepalanya. "Saya tak sengaja." "Tak apa. Kamsahamnida sebab sudi bantu saya" Jawab Rise tenang. Walaupun Kwang Soo kelihatan lurus, Rise tahu Kwang Soo seorang lelaki yang baik. Rise gembira kerana dapat berkawan dengan Kwang Soo. Sesekali Rise ingin bertanya soal kehidupan Kwang Soo. Namun Rise tidak dapat meneruskannya. Rise tak ingin dia menjadi punca Kwang Soo sedih.

"Hyeong! Bila nak siap kertas kerja nie? Nanti saya nak kumpulkan dan hantar pada pihak atas." Jong Kook memandang Jae Suk sambil jari-jarinya mengetuk-getuk meja Jae Suk. "Nanti dah siap saya serahkanlah pada awak." Jae Suk endah tak endah. "Eee...Hyeong selalu macam ini. Hyeong la paling lambat sekali kalau nak serah kertas kerja." "Ye-ye, saya nak siapkanlah nie, bisinglah. Dah, pergi main jauh-jauh boleh tak?" Jae Suk menjeling Jong Kook. Mereka memang tak sebulu dari dulu. Ada saja perkara yang nak digaduhkan oleh mereka berdua. "Nasib baik la Hyeong nie bukan satu pejabat denga aku. Kalau tak? Tak kuasa aku nak hadap muka dia hari-hari kalau macam nie." Keluh Jong Kook.

"Ehhh, tuh Jong Kook oppa kan." Kata Seolhyun sambil menunjukkan tangannya kearah Jong Kook. Geun Young segera bangun dari kerusinya dan mencari-cari kelibat yang dikatakan oleh Seolhyun. "Wahhh...laju je kau carikan." Usik Seolhyun. Geun Young tersipu malu. Namun pandangannya terarah pada susuk tubuh itu. "Nak tegur, tapi malu. Macam mana nie?" Kata Geun Young perlahan. "Apa yang kau bebelkan tuh, dah jom la." Seolhyun menarik tangan Geun Young dan berjalan kearah Jong Kook. "Annyeong haseyo" Sapa Seolhyun. "Annyeong haseyo" Jong Kook membalas. "Geun Young saja nak tanya khabar Jong Kook oppa" Seolhyun memberitahu. Geun Young mula cemas namun dia sedaya upaya menenangkan dirinya. "Sedap lauk yang awak masak hari tuh, terima kasih ye. Bertuah siapa yang jadi pasangan awak nanti." Puji Jong Kook. "Te..te..terima kasih. Saya pun masih belajar. Jong Kook oppa suka? Nanti saya masakkan lagi" Hati Geun Young melonjak-lonjak kegembiraan.

Geun Young masih ingat bagaimana hatinya saat berbicara dengan Jong Kook oppa untuk pertama kalinya semasa dia mula-mula bekerja disini. Jong Kook oppa sangat berbudi bahasa dan percakapannya lemah lembut. Jong Kook oppa sangat ringan tulang. Dia pasti akan menolong sesiapa sahaja disaat mereka memerlukan bantuan. Setiap hari Geun Young gelisah menanti kedatangan Jong Kook ke unitnya. Jong Kook pasti akan ke turun ke unitnya sesekali atas urusan dokumen. Waktu itulah Geun Young melepaskan kerinduannya pada Jong Kook. Setiap kali melihat wajah Jong Kook oppa hati Geun Young berbunga-bunga.

Malam itu Haha sangat gembira dapat keluar bersama Byul. Bukan selalu mereka dapat keluar macam nie. Ayah Byul agak cerewet orangnya. Selalu bertanya kemana dan dengan siapa Byul keluar. Sikap ayahnya benar-benar merimaskan mereka. Keadaan di taman waktu itu sangat tenang. Ada yang bersenam, melakukan riadah dan ada yang menghabiskan masa bersama pasangan masing-masing seperti Haha dan Byul. "Seronokkan dapat jalan-jalan kat taman macam nie," Haha membetulkan rambut Byul yang menutup matanya akibat angin yang kuat. Byul tahu Haha sangat gembira saat ini. Pada mulanya Byul sendiri terfikir bagaimana dia boleh jatuh cinta pada Haha. Seorang lelaki yang tidak begitu romantik, ditambah dengan kehidupan mereka yang tidak setaraf. Namun Byul sedar keikhlasan dan kejujuran Haha membuahkan cinta itu. Pada awalnya Haha seorang yang agak menjengkelkan, tapi Haha tidak sama seperti lelaki lain yang hanya inginkan hartanya. Kesungguhan yang ditunjukkan oleh Haha membuatkan Byul jatuh hati padanya.

Byul masih ingat bagaimana Haha meluahkan perasaan padanya. Jam hampir menunjukkan pukul 5.15 petang. Hari itu Byul tidak sabar mahu pulang kerumah. Byul keletihan kerana banyak kertas kerja yang perlu disiapkan segera. Belum sempat Byul menekan minyak Haha berdiri di hadapan keretanya sambil mendepakan kedua tangannya. Byul sangat terkejut. Nafas Haha tak keruan. Tubuhnya mengeluarkan peluh yang banyak kerana terlalu gementar. Byul keluar daripada keretanya, "Haha, awak ok? Kenapa nie?" "Saya cuma nak beritahu awak, saya...saya...saya cintakan awak. Saya tahu awak akan cakap saya gila, tak sedar diri dan sebagainya. Namun saya tak ingin menyesal dikemudian harinya. Saya betul-betul cintakan awak. Saya tahu saya bukan siapa-siapa. Saya tahu saya tidak setaraf awak dan saya tidak layak untuk awak. Berikan saya peluang untuk saya buktikan yang cinta saya hanya untuk awak. Saya tahu saya akan hadapi masalah yang sangat besar kerana memilih untuk mencintai awak, saya rela. Saya cuma ingin habiskan seumur hidup saya dengan awak." Byul mendengar setiap baris Haha dengan teliti walaupun Byul sedikit bingung. Selesai Haha meluahkan segalanya, Haha terus berlalu pergi tanpa Byul sempat mengatakan apa-apa.

Love Is LifeWhere stories live. Discover now