PART 4

782 46 4
                                    

Seperti biasa hujung minggu Jong Kook leka menonton rancangan kegemarannya iaitu rancangan masakan. Daripada situlah Jong Kook belajar untuk memasak makanan yang sihat dan seimbang. Semua orang tahu Jong Kook sangat cerewet soal makanan. Namun tak siapa yang tahu Jong Kook sebenarnya mempunyai kemahiran memasak kecuali Haha, Gary dan Kwang Soo. Malah kalau ada masa terluang, Jong Kook lah yang selalu masakkan makanan untuk semua orang. Haha pula sibuk bermain game di telefon bimbitnya. Sesekali dia melihat ke televisyen. "Bosan, tapi nak buat macam mana. Jangan dikacau Jong Kook waktu ini, mahu dimarahnya nanti." Kata Haha dalam hati.

Kwang Soo keluar dari biliknya menuju ke dapur. "Macam mana belajar, ok?" soal Jong Kook pada Kwang Soo apabila melihat kelibat Kwang Soo. "Ok Hyeong" Kwang Soo berhenti dan menjawab dengan segera. "Baguslah, belajar sungguh-sungguh. Jangan main-main. Pastikan dapat keputusan yang bagus akhir semester nanti." Kwang Soo mengangguk. Jong Kook tahu kadang kala dia terlalu tegas terhadap Kwang Soo, Namun semua yang dilakukan adalah demi kebaikan Kwang Soo. Jong Kook ingin Kwang Soo kelak jadi orang yang berguna dan berjaya. Jong Kook tahu Kwang Soo adalah amanah penting yang harus dijaga dengan baik.

"Aduhhh...macam mana nak mulakan nie?" Cakap Ji Hyo sendiri. Ji Hyo sedang mencari ayat yang sesuai untuk ajak Jong Kook keluar. "Tak nak la nampak sangat macam aku nie yang terhegeh-hegehkan." Ji Hyo leka membelek-belek telefon bimbitnya sambil memikirkan apa yang hendak di tulis kepada Jong Kook. "Annyeong! Tengah buat apa tuh? Jom keluar nak?" Ji Hyo memadam pesanan tersebut. "Annyeong! Sibuk ke? Boleh temankan saya beli barang sikit? Ji Hyo berhenti menaip. "Ahhh....macam x sesuai je semua" Keluh Ji Hyo. Tiba-tiba mata Ji Hyo terbeliak memandang kearah skrin telefon bimbitnya. "Andwae!!! Ji Hyo menjerit. Pesanan yang ditaip oleh Ji Hyo tadi telah terhantar oleh Ji Hyo. "Habislah! Macam mana nie?" Ji Hyo risau.

Ji Hyo akui dia selesa berada di samping Jong Kook. Jong Kook pandai menghormati wanita dan tahu bagaimana hendak melayannya. Dan yang lebih penting, Ji Hyo berasa selamat berada disampingnya. Tak sangka Jong Kook bersetuju untuk menemaninya keluar. Hati Ji Hyo mula merasai sesuatu. Namun Ji Hyo tidak tahu apakah ia.

Haha dan Kwang Soo menggunakan kesempatan yang ada untuk bermain PS2 semasa ketiadaan Jong Kook. Kalau tak, televisyen nie memang kepunyaan Jong Kook. Keadaan riuh rendah dengan suara Haha dan Kwang Soo di ruang tamu. "Jong Kook mana?" Gary mencari-cari kelibat Jong Kook. "Selalunya waktu cuti macam nie dia suka lepak kat rumah rehat-rehat" Tambah Gary. "Dia keluar dengan Ji Hyo. Ji Hyo mesej dia tadi ajak teman beli barang sikit." Mata Haha masih tertumpu pada permainannya. "Sikit lagi, sikit je lagi. Masuk...masuk...Golllllll." Kwang Soo menjerit sekuat hati kerana berjaya mengalahkan Haha dalam permainan bola sepak di PS2. Gary masih terpinga-pinga memikirkan apa yang diberitahu oleh Haha sebentar tadi. "Gary, jom la main sekali. Ke kau takut kalah." Usik Haha. "Malas la. Kau main la dengan Kwang Soo." Gary segera bangun dan masuk ke biliknya. "Dah kenapa?" Kwang Soo dan Haha saling berpandangan melihat tingkah laku Gary.

Seolhyun melayari internet. Namun tiada satu pun yang menarik minatnya. Dia meletakkan telefon bimbitnya di atas meja. Seolhyun meninjau ke luar. Cuaca petang itu sangat cerah. "Bosannya." Bisik hati Seolhyun. Seolhyun keluar daripada biliknya dan menuju ke dapur. Seolhyun melihat-lihat apa yang ada untuk di makan. "Tuh aku dah siapkan minum petang, makanlah." Sapa Geun Young sambil membuka peti ais. Tiba-tiba tekaknya kehausan. "Kamsahamnida. Kau memang kawan baik aku. Macam tahu-tahu je aku nak makan sesuatu." Seolhyun tersenyum lebar memandang Geun Young. "Kau tak keluar ke? Selalu kau yang beriya-iya nak keluar. Ajak aku jalan-jalanlah." Geun Young rasa lega setelah menghabiskan segelas air oren. "Nie nak ajak lah nie. Kau tak bosan ke duduk dekat rumah. Hari nie kan cuti, jom la kita keluar. Asyik terperap je." Keluh Seolhyun. "Entah la. Aku macam malas je." Geun Young membalas.

Seolhyun mula menjamah minum petang yang disiapkan oleh Geun Young. Walaupun simple, tapi itu dah mampu membuatkan Seolhyun senang hati. "Ala...jom la Geun Young teman aku. Kita jalan-jalan je. Bukannya nak pergi shopping habiskan duit. Alang-alang kita makan malam kat luar sekali. Aku belanja jangan risau." Mulut Seolhyun dipenuhi dengan keropok. "Ishh kau nie. Kalau ye pun habiskanlah makan dulu baru cakap." Tegur Geun Young. "Hehehe." Seolhyun hanya ketawa sendiri. "Dah-dah, jom duduk minum petang sekali dengan aku. Lepas tuh kita siap." Seolhyun mengajak Geun Young. Geun Young hanya mengelengkan kepalanya melihat tingkah laku kawan baiknya itu.

"Minum-minum" Kata Suk Jin kepada Jae Suk. Jae Suk memandang sekeliling. "Ramai betul orang hari nie. Yelah hari cutikan. Sesak betul." Suk Jin dan Jae Suk telah lama berkawan sejak mereka di bangku sekolah lagi. Namun sejak mereka berkeluarga masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing. Ada waktu terluang mereka akan berjumpa dan minum bersama. "Kau dengan Jong Kook macam mana?" Suk Jin seakan teruja ingin tahu. "Ish, kau nie potong betul la. Aku terus tak selera nak minum dengar nama dia." Suk Jin hanya ketawa. Suk Jin tahu Jae Suk tidak suka bila berbicara tentang Jong Kook. Suk Jin sendiri pernah melihat mereka bertengkar tempoh hari. Masing-masing tak nak mengalah. "Aku baru dengar nama, belum jumpa lagi, entah apa jadi." Tambah Jae Suk. "Dia tuh dah la suka membebel. Mengarah orang bukan main. Itu tak kena, ini tak kena. Rimas betul aku. Kenapa la orang atas hantar dia untuk uruskan segala dokumen."

Sedang mereka berdua bergelak ketawa tiba-tiba mata Jae Suk memandang ke satu sudut. Dia seakan-akan mengenali susuk tubuh tersebut dari jauh. "Macam kenal je, itu bukan Jong Kook ke?" Jae Suk bercakap sendiri. Suk Jin mencari-cari kelibat yang dikatakan Jae Suk. "Eh, ye lah itu Jong Kook." Suk Jin memberi kepastian terhadap apa yang di lihat oleh Jae Suk. "Song Ji Hyo" Suara Jae Suk perlahan. "Habis Moon Geun Young?" Jae Suk terus bercakap sendirian. Jong Kook dan Ji Hyo terus berjalan sambil berborak. Kemesraan terpapar di wajah mereka. Suk Jin hanya memadang Jong Kook dan Ji Hyo sambil mendengar apa yang diperkatakan oleh Jae Suk.

Jong Kook memberhentikan keretanya di hadapan rumah Ji Hyo. Jong Kook segera keluar dan membukakan pintu untuk Ji Hyo. Mata Ji Hyo dan Jong Kook saling berpandangan untuk seketika. Jong Kook terus mengubah suasana. "Kejap ye biar oppa angkatkan barang-barang." Semua orang tahu kelemahan Jong Kook adalah wanita. Jong Kook sangat malu jika berada dalam situasi sebegini. Ji Hyo menghela nafas panjang. Seperti ada sesuatu yang hendak diucapkan namun tak terucap. Selesai Jong Kook mengangkat barang-barang yang dibeli Ji Hyo mereka sekali lagi bersemuka. "Oppa, kamsahamnida. Maaf kalau saya dah ambil masa rehat oppa." Jelas Ji Hyo. "Tak apa. Tak ada masalah pun. Kalau macam tuh oppa balik dulu ye." Jong Kook memasuki keretanya dan menghidupkan enjin. Mereka saling melambai sebelum Jong Kook berlalu pergi. Ji Hyo masih disitu memandang kereta Jong Kook yang semakin jauh. Sulit untuk Ji Hyo jelaskan apa yang dia rasakan saat ini.

Love Is LifeWhere stories live. Discover now