PART 18

533 37 0
                                    

Ayah Byul memandang Haha dan Byul dengan pandangan yang sangat tajam. Ayah Byul meneguk air yang terhidang didepannya perlahan-lahan. Selesai minum ayah Byul mula bersuara. "Byul, kamu tahu apa keputusan ayah." Byul hanya menunduk. Wajahnya benar terlihat sedih. Hatinya sedang menangis. "Tapi ayah...saya cintakan Haha." Suara Byul perlahan. "Tuan, tolonglah! Berikan saya peluang. Saya sangat mencintai Byul. Beri saya peluang untuk buktikannya." Haha mengumpul seluruh tenaganya untuk berkata sedemikian. Haha tahu dia pasti akan dimarah teruk jika salah berkata-kata.

"Ayah tetap tidak bersetuju. Kamu cakaplah apapun Byul. Ayah tetap dengan keputusan ayah." Ayah Byul masih dengan keputusannya. "Ayah...saya tak pernah minta apapun dengan ayah selama nie. Saya ikut semua cakap ayah. Tolonglah kali nie, beri saya peluang untuk saya buat keputusan dalam hidup saya. Ini kebahagiaan saya ayah." Airmata Byul menitis perlahan-lahan. Suaranya serak. Haha tak mampu melihat Byul. Haha tak sanggup melihat orang yang dicintainya menangis hanya gara-gara berjuang untuk hidup dengannya. Haha tahu dia bertanggungjawab atas apa yang berlaku pada Byul hari nie dan kelak.

"Kamu jangan sesekali nak malukan ayah Byul. Kamu nak kahwin dengan pekerja bawahan kamu? Dengan budak macam nie?" Ayah Byul memandang Haha dengan pandangan yang sinis. Hati Haha terusik. Maruahnya mula rasa tercabar. Haha terpaksa menahan kemarahannya yang mula menerjah ke dalam dirinya. "Walaupun saya tidak berharta, namun saya mampu bahagiakan Byul tuan." Haha membalas kata-kata ayah Byul. "Mampu? Mampu kamu kata? Kamu ingat dengan cinta, dengan kasih sayang kamu boleh belikan dia kereta? Rumah? Dengan cinta kamu, kamu nak beri dia makan?" Kata-kata ayah Byul semakin menyakitkan hati Haha.

Kim Jong Kook sedang sibuk menyediakan makan malam. Kwang Soo pula sedang mempersiapkan meja makan mereka. Kwang Soo mula menyusun pinggan di atas meja makan. Tidak lama selepas itu Gary muncul. Gary terus mengambil lauk pauk yang tersedia dan menghidangkannya ke atas meja makan. Setelah semuanya siap, mereka bertiga pun duduk dan mula makan malam bersama.

"Hyeong, Haha mana? Saya tak nampak dia dari tadi." Soal Kwang Soo kepada Jong Kook. "Dia keluar makan malam dengan Byul. Harap semuanya baik-baik saja." Wajah Jong Kook menunjukkan yang dia sedang risau. "Ada apa-apa yang berlaku ke Hyeong?" Tanya Kwang Soo. "Haha beritahu tadi, katanya malam nie dia nak beritahu ayah Byul pasal hubungan mereka. Entah apa la yang jadi sekarang." Jong Kook terus menyuapkan nasi ke mulutnya. Sesekali dia menghirup sup yang terhidang di hadapannya. "Betul ke?" Gary terkejut mendengar apa yang dikatakan oleh Jong Kook. "Ye. Mungkin dah sampai masanya Gary. Benda macam nie, sampai bila nak sorok. Lambat laun semua orang akan tahu juga." Balas Jong Kook.

"Owh ye, sementara aku dah teringat nie, aku nak beritahu. Minggu depan aku tak masuk kerja tau. Aku ambik cuti seminggu." Gary cuba mengawal riak wajahnya semasa mengatakan hal tersebut. "Ha? Seminggu? Lamanya. Kau nak kemana? Ada hal keluarga ke?" Soalan Jong Kook bertalu-talu kerana begitu terkejut. "Jadi seminggu la Hyeong tak ada dekat rumah? Wahh, sunyi la rumah kita nampaknya. Dah la Haha dengan masalahnya." Kwang Soo meluahkan rasanya. "Semuanya ok. Tak ada apa-apa pun yang berlaku. Aku cuma nak pergi bercuti sorang-sorang je rehatkan minda." Jawab Gary ringkas. "Kau ok ke Gary? Kalau ada apa-apa, kongsi dengan aku. Kita kawankan. Aku tak nak kau pendam sorang-sorang." Jong Kook mula rasa ada yang tidak kena.

"Aku ok la, jangan risau. Just dah lama aku tak pergi bercuti. Nak ajak korang pun masing-masing sibuk dengan kerja masing-masing. Lagipun susah nak dapat cuti sekali nie. Lain kali kita pergi la sama-sama ok." Gary meneruskan makan. Jong Koom tahu ada sesuatu yang Gary sorokkan. Namun Jong Kook tidak tahu apakah ia. Jong Kook kenal benar dengan Gary. Gary tidak pandai menipu. "Seronok juga dapat pergi bercuti, dah lama kan kita berempat tak pergi makan angin." Kwang Soo mula berangan-angan. "Tak apa, nanti kita cari masa pergi bercuti ramai-ramai ok." Kata Jong Kook dengan senyuman.

Malam itu Kwang Soo berbalas pesanan dengan Rise. Rise telah mengajak Kwang Soo untuk makan tengah hari dirumahnya besok. Kwang Soo sangat gembira. Namun dalam waktu yang sama Kwang Soo sedikit gementar untuk berjumpa dan berhadapan dengan ibubapa Rise. Rise awal-awal lagi telah menenangkan Kwang Soo. Rise memberitahu Kwang Soo bahawa ibubapanya bukanlah orang yang garang oleh itu Kwang Soo tidak perlu risau. Malah ibubapa Rise sendiri juga tidak sabar untuk berjumpa dengan orang yang telah berjaya membahagiakan anak mereka.

Gary dan Jong Kook menonton televisyen diruang tamu. Sedang mereka leka menonton, Haha baru sahaja pulang. Haha segera menghempaskan badannya ke sofa. Haha kelihatan penat dan tertekan. "Kau ok tak nie?" Soal Gary sejurus melihat kelibat Haha. Haha hanya mendiamkan diri. Matanya tertutup rapat. Jong Kook segera bangun dan duduk disebelah Haha. "Haha..." Jong Kook memanggil Haha dengan perlahan. Tidak semena-mena Haha terus memeluk Jong Kook. Tangisan Haha mula kedengaran. Gary terbangun dari tempat duduknya. Gary panik. Jong Kook memberi isyarat tangan kepada Gary supaya bertenang.

"Kalau kau nak nangis, nangis je. Aku dengan Gary ada nie." Jong Kook menepuk-nepuk bahu Haha. Bukan mudah untuk Haha menitiskan airmata demi seorang wanita. Namun kali ini, Haha benar-benar mencintai wanita tersebut. Jong Kook tahu Haha sedang sedih dan bingung. Malam itu Haha menangis sepuasnya. Haha terlalu penat untuk semua ini.

Love Is LifeWhere stories live. Discover now