PART 24

477 25 3
                                    

Langkah Ji Hyo tiba-tiba terhenti di hadapan meja Gary. Seribu satu soalan menerjah ke dalam fikirannya. Kemana Gary pergi? Mengapa? Walaupun hati Ji Hyo bukan untuk Gary, namun Gary adalah seorang kawan yang pernah mengembirakannya. Sementara itu Jong Kook melakukan kerja-kerjanya seperti biasa. Namun tak siapa yang tahu begitu banyak perkara yang bermain difikirannya.

Sesekali Jong Kook terfikir, terlalu keraskah dia dengan Kwang Soo semalam? Adakah dia telah menyakiti hati Kwang Soo dengan kata-katanya? Namun Jong Kook benar kesal dengan Kwang Soo. Seolah dia tidak berguna buat Kwang Soo. Dia seharusnya menjadi pelindung Kwang Soo. Jong Kook merasakan dia tidak berguna dan gagal menjaga Kwang Soo dengan baik.

Rise mengusap lembut tangan Kwang Soo. "Rise, saya tak sanggup nak berhadapan dengan Jong Kook Hyeong. Dia betul-betul kecewa dan kesal dengan saya. Saya belum pernah lihat dia macam tuh selama saya hidup dengan dia. Saya tahu saya bersalah." "Kwang Soo, sudahlah. Yang penting nanti awak jumpa dia, cakap elok-elok dengan dia. Minta maaf pada dia. Kata yang awak tak berniat pun nak buat dia macam tuh."

"Tapi..." Belum sempat Kwang Soo menghabiskan kata-katanya Minho telah memotong kata-kata Kwang Soo terlebih dahulu. "Tak ada tapi-tapi Kwang Soo. Dah tiba masanya kau kuat. Kau kene percaya dengan diri kau sikit. Jong Kook Hyeong akan maafkan kau. Dia sayang kau macam adik dia. Dia cuma perlukan masa. Jadi, beri dia masa sikit. Semua orang buat silapkan." "Betul cakap Minho tuh Kwang Soo." Tambah Rise.

"Maafkan saya Haha. Awak tahu betapa saya mencintai awak. Awak tahu saya dah cuba sedaya upaya saya untuk mempertahankan hubungan kita. Saya nak hidup dengan awak Haha." Kata-kata Byul terhenti disitu. Haha menggengam kuat tangan Byul. Dengan perlahan Byul menarik tangannya dari genggaman Haha. "Maafkan saya Haha. Bukan saya tidak mencintai awak, tapi saya tak sunggup untuk jadi anak derhaka. Saya sayang awak, awak penting bagi saya. Namun saya pun sayang appa saya, dan dia juga penting dalam hidup saya. Dia yang jaga saya selama ini dari saya kecil sehingga dewasa, dia yang saya ada ketika susah dan senang. Dia juga yang menyayangi saya ketika ibu saya tiada. Saya harap awak faham Haha."

Byul kelihatan tenang dan tidak menangis. Byul terlalu penat untuk menangis lagi. Tiada apa yang ingin dinangiskan lagi. Airmatanya terlalu kering untuk semua yang terjadi. Benar...hati Haha bagaikan mahu gugur. Jangan ditanyakan soal kesedihan hatinya, kerana rasanya tidak tertanggung lagi. Haha tidak mampu untuk berkata apa-apa. Haha juga terpaksa menerima semuanya. Haha tidak mahu kerana dirinya Byul menjadi anak derhaka. Kalau itu keputusan terbaik yang Byul mahukan, Haha harus menerimanya.

Tengah hari itu adalah hari terakhir mereka sebagai pasangan kekasih. Mereka memutuskan untuk mengakhiri semua ini secara damai dan aman. Walaupun jauh disudut hati masing-masing terseksa dan tidak sunggup, namun apakah pilihan yang mereka ada? Byul dan Haha kembali ke pejabat dengan membawa haluan masing-masing.

"Yeahhhh....." Kim Won berlari dan menjerit dengan sepuasnya. "Oiii...tunggu la aku." Jerit Yoon Park pada Kim Won. "Amboi-amboi, seronoknya kau." Kata Yoon Park. "Puas hati aku dapat tengok Kwang Soo kena marah dengan dekan. Aku seronok bila tengok Kwang Soo berpecah belah dengan keluarga dia macam tuh. Hanya sebab seorang perempuankan dia dengan keluarga dia jadi macam tuh. Biar dia fikir." Jawab Kim Won dengan sombong. "Habis apa kau nak buat lepas nie?" Soal Yoon Park. "Tunggu dan lihat. Aku ada rancangan yang lagi baik." Balas Kim Won.

"Jong Kook, awak ok ke? Saya tengok awak serabut je." Ji Hyo inginkan kepastian. Jong Kook menyandar ke kerusinya. Tangannya bermain-main dengan straw minumannya. "Entahlah, semuanya serba tak kena Ji Hyo. Rumah kami dah tak macam dulu. Kegembiraan dan kebahagiaan itu seolah-olah dah hilang. Kwang Soo, Haha... Gary pun dah lama menyepi. Dia langsung tak ada khabar."

Love Is LifeWhere stories live. Discover now