PART 16

594 30 0
                                    

Jong Kook mencium lembut pipi Ji Hyo. Gary hanya menahan perasaan apabila melihatnya. Kadang kala Gary terfikir untuk berhenti kerja. Gary tidak tahu bagaimana dia harus berhadapan dengan Jong Kook dan Ji Hyo setiap hari ditempat kerja. Gary tidak tahu bagaimana dia harus mengawal diriya apabila terpaksa melihat perkara-perkata seperti yang terjadi tadi setiap hari. Namun apabila mengenangkan zaman sekarang bukan mudah nak cari kerja, Gary membatalkan niatnya.

"Kejap ye Ji Hyo." Jong kook meninggalkan Ji Hyo dan Gary seketika. "Nah." Ji Hyo menghulurkan bungkuan kepada Gary. " Apa nie?" Tanya Gary. "Kan saya dan janji semalam nak belanja awak kopi sebab awak tolong saya semalam." "Ohh... kamsahamnida." Gary hanya memberikan senyuman palsu kepada Ji Hyo. Ji Hyo tidak tahu bagaimana perasaan Gary setelah apa yang terjadi, namun Ji Hyo lihat Gary seakan baik-baik saja. Oleh itu Ji Hyo mengandaikan Gary dapat menerima kenyataan ini.

"Betul ke ajusshi?" Rise mengelap airmatanya. "Kamu jangan la menangis. Kita kena cari jalan untuk bantu Kwang Soo. Ajusshi tahu Kwang Soo malu, sebab tuh dia tak nak beritahu kita apa yang jadi." Suk Jin meletakkan tangan didahinya. Suk Jin sedang memikirkan sesuatu. "Saya sedih, sebab saya Kwang Soo harus lalui semua nie." "Bukan salah kamu Rise, jangan salahkan diri kamu. Yang salah dalam hal nie Kim Won." Rise benar kecewa dengan apa yang didengarnya. Rise rasa sangat bersalah terhadap Kwang Soo. Kim Won tidak seharusnya memperlakukan Kwang Soo seperti itu. Ini antara dia dan Kim Won. Kemarahan mula menerjah hati Rise.

Pagi itu Rise bertemu dengan Kwang Soo seperti biasa di kelas. Rise sedaya upaya cuba mengawal perasaannya. Rise cuba melayan Kwang Soo sebaik mungkin. Rise tidak dapat memaafkan dirinya atas apa yang terjadi kepada Kwang Soo. Dalam waktu yang sama Rise tidak mahu Kwang Soo merasa malu dengannya. Rise tahu Kwang Soo bukan seorang lelaki gagah yang boleh berlawan, namun hatinya benar gagah kerana mampu bertahan walaupun dirinya diperlakukan seperti itu.

"Kenapa kau tak terima je pelawaan Jong Kook oppa tempoh hari?" Seolhyun berborak sebentar dengan Geun Young di pejabat. "Tak naklah. Nanti hati aku akan tambah sakit." "Tapikan, masa Jong Kook oppa tahu kau sakit, dia nampak gelisah tau." Seolhyun memberitahu. "Kenapa pula dia nak gelisah, aku nie bukan siapa-siapa pun." Kata Geun Young. "Aku ada kat situ, aku tahulah. Aku nampak Jong Kook oppa macam mana. Sebab tuh dia pelawa nak hantar kau balik." Kata-kata Seolhyun mengusik hati Geun Young seketika.

Telefon bimbit Geun Young bergetar. Geun Young segera membuka pesanan tersebut. "Geun Young macam mana hari nie? Masih sakit lagi? Perut dah ok? Jong Kook oppa." Mata Geun Young terbeliak. Hampir beberapa minggu hatinya bersedih, setelah menerima pesanan daripada Jong Kook oppa hatinya kembali keriangan seketika.

"Tapi Byul cintakan saya, bukan awak Myung Soo." Haha memandang tepat pada Myung Soo. "Saya tahu. Dan saya tahu dia pun cintakan awak. Namun apapun saya cintakan Byul. Dan Byul belum sah jadi milik awak lagi, ayahnya sendiri pun tak tahu tentang perhubungan awak dengan Byul." "Kami sedang usahakannya. Jadi tolong jangan kacau kami dan tambah masalah kami." Tegas Haha. Byul hanya mendiamkan dirinya. Byul tidak menyangka akan melalui keadaan yang sangat getir seperti ini.

"Saya pernah beritahu Byul tempoh hari. Saya tidak akan dapatkan Byul dengan cara yang kotor. Dan jika benar awak cintakan dia, kita sama-sama berjuang dapatkan Byul dengan cara yang betul juga. Awak kena berani berhadapan dengan apa saja." Haha memikirkan kata-kata Myung Soo. Haha akui dia penakut kerana tidak berani untuk berhadapan dengan ayah Byul. "Sampai bila awak nak bercinta sorok-sorok macam nie? Saya cabar awak beritahu pada semua tentang hubungan awak dengan Byul." Haha dan Byul saling berpandangan.

"Gary, jom." Jong Kook memanggil Gary. "Tak apalah kau balik dulu. Aku ada tempat nak singgah jap. Nanti aku balik naik bas je." Kata Gary. "Ye ke, tak nak aku hantarkan?" Soal Jong Kook. "Tak apa, aku ok." Gary pergi meninggalkan Jong Kook dengan segera. Gary cuma ingin pergi ke sesuatu tempat dan menenangkan fikirannya.

"Oppa, boleh hantarkan saya?" Ji Hyo memegang tangan Jong Kook. Mereka jalan bersama menuju ke lobi. "Habis kereta macam mana?" "Tak apa, tinggal je. Besok pagi saya boleh datang kerja naik teksi. Lepas tuh boleh balik macam biasa." Jelas Ji Hyo. "Kalau macam tuh jom oppa hantarkan. Nak cakap rindu oppakan." Usik Jong Kook.

Dari kejauhan Geun Young dan Seolhyun melihat Jong Kook oppa dan Ji Hyo eonni. Keriangan yang dirasakan Geun Youn sebentar tadi hilang serta merta. Geun Young kembali sedar bahawa Jong Kook oppa kini bersama Ji Hyo eonni. "Dah la, jom." Seolhyun segera menarik tangan Geun Young. Seolhyun tidak mahu hati Geun Young bertambah sakit.

Semasa di dalam bas, "aku rasa aku tahu." Geun Young bersuara perlahan. "Tahu apa?" Seolhyun ingin tahu. "Mungkin Jong Kook oppa ambil berat pasal aku sebab dia anggap aku macam adik dia." Geun Young memandang ke tingkap bas. Begitu banyak gelagat manusia yang dilihatnya. Bermacam-macam ragam. Keadaan agak sibuk di jalan raya kerana ramai yang berpusu-pusu pulang dari tempat kerja. "Hemmm....aku pun rasa macam tuh sebenarnya." Tambah Seolhyun.

"Kwang Soo...benarkan saya begini untuk seketika." Kata Rise. Rise hanya diam memeluk Kwang Soo dari belakang. "Rise...awak ok ke? Ada masalah?" Kwang Soo mula risau. "Saya ok, saya cuma rindukan awak." Airmata Rise mengalir. Semakin hari rasa cinta Rise pada Kwang Soo semakin kuat. Rise tidak mampu melihat orang yang dicintainya melalui kesusahan kerana dirinya. "Kwang Soo..." Rise memanggil Kwang Soo dengan perlahan. "Ye?" Kwang Soo pelik dengan tingkah laku Rise. "Saya cintakan awak. Saya nak awak tahu, apapun jadi saya tetap bersama awak."

Love Is LifeWhere stories live. Discover now