PART 17

569 39 0
                                    

"Geun Young, kau pergi la minta tolong siapa-siapa ambilkan kertas A4 tuh." Kata Seolhyun risau. "Tak apalah, aku boleh ambik sendiri." Kata Geun Young yakin. "Ish kau nie, degil la, kalau jatuh nanti macam mana." Seolhyun mula geram. "Jangan risau la tak ada apa-apa. Dah la, kau pergi buat kerja kau." Seolhyun berlalu pergi manakala Geun Young mengambil kerusi yang terdapat di tepi stor dan meletakkannya di hadapan almari. Almari tersebut agak tinggi. Geun Young melihat sekeliling. Hatinya ingin meminta bantuan namun dipendamkan saja niatnya apabila Geun Young melihat semua orang khusuk dengan kerja masing-masing. Geun Young tidak mahu menganggu mereka.

Geun Young mula memanjat kerusi tersebut. Dengan ketinggiannya yang sederhana comel, agak susah untuk Geun Young mengambil kertas A4 tersebut. Geun Young mejongketkan kakinya. "Ahhh....sikit je lagi nie." Keluh Geun Young sendiri. Semasa Geun Young berusaha mengambil kertas A4 tersebut badan Geun Young mula tidak stabil. Kerusi yang dipanjatnya bergoyang-goyang. Tidak semena-mena Geun Young pun....

Mata Geun Young tertutup rapat. Dia tahu dia akan jatuh. Namun Geun Young sedar yang dia tidak jatuh ke lantai. Geun Young segera membuka matanya. Matanya terbeliak memandang Jong Kook oppa. Tindakkan pantas Jong Kook oppa telah menyelamatkannya daripada jatuh. Seperti di dalam mimpi apabila Geun Young kini berada di dalam dakapan Jong Kook oppa. Tangannya memaut kuat leher Jong Kook oppa. "Geun Young, awak tak apa-apa ke?" Tanya Jong Kook dengan nada yang cemas. Entah mengapa matanya terpana pada wajah Jong Kook oppa. Geun Young melihat mata Jong Kook oppa tanpa berkelip.

"Eh Geun Young, awak ok tak nie, jangan la diam je." Suara Jong Kook yang kuat itu membuatkan Geun Young tersedar dari lamunannya. "Sa...sa...saya ok. Saya tak apa-apa oppa." Kata Geun Young perlahan. Jong Kook menurunkan Geun Young dengan perlahan. Geun Young pura-pura menepuk-nepuk bajunya seakan-akan ada habuk di bajunya. "Lain kali minta tolong pada sesiapa, jangan ambik sendiri, bahaya tahu. Ini kerja orang lelaki." Jong Kook memandang Geun Young dengan wajah yang serius. "Maafkan saya Jong Kook oppa, saya akan lebih berhati-hati selepas ini." Geun Young belum pernah melihat Jong Kook oppa seserius itu. Geun Young merasakan bahawa Jong Kook oppa benar-benar peduli akan keselamatannya. "Nasib baik kebetulan oppa lalu sini, kalau tak, tak tahu apa jadi pada kamu." Kata Jong Kook. "Terima kasih banyak selamatkan saya. Maaf sebab buat Jong Kook oppa risau." Geun Young segera menundukkan kepalanya.

"Haha...apapun jadi malam nie, saya tetap bersama awak." Byul menggenggam kuat tangan Haha. Haha mengeluh panjang. Hatinya resah. Haha memandang Byul dengan pandangan kasih sayang. Dirinya selalu tertanya-tanya bagaimanakah dirinya jika dia kehilangan Byul. "Byul...saya cintakan awak." Kata Haha sambil mengusap lembut kepala Byul. Haha kehabisan kata-kata. Haha hanya ingin Byul tahu betapa dia mencintai dirinya. Byul dan Haha nekad. Mereka telah membuat keputusan untuk memberitahu ayah Byul tentang perhubungan mereka malam nie.

Selepas makan tengah hari Jong Kook dan Ji Hyo singgah sebentar ke taman. Mereka duduk berbual dikerusi yang tersedia di taman itu. "Oppa, tak sangkakan, dah 3 tiga bulan kita bercinta. Terima kasih kerana sudi menerima saya dalam hidup oppa." Senyuman bahagia terpancar di wajah Ji Hyo. "Terima kasih juga kerana sukakan orang macam oppa nie. Saya bukan ada apa-apa pun." Balas Jong Kook. "Oppa dah banyak bantu saya. Malah oppa dah selamatkan saya dulu. Saya tak tahu apa akan jadi pada saya kalau oppa tak ada." Ji Hyo meletakkan kepalanya di bahu Jong Kook. Mereka merasa damai dan sangat tenang.

Suk Jin buntu memikirkan jalan terbaik untuk dia membantu Kwang Soo. Rise sendiri juga belum memberikannya apa-apa jawapan. Suk Jin akhirnya berjumpa dengan Jae Suk. Suk Jin sangat berharap agar Jae Suk dapat membantunya. "Jadi, apa pendapat kau? Apa yang aku kena buat sekarang?" Suk Jin memandang Jae Suk dengan serius. "Wahhh...benda nie bukan main-main. Kenapa kau tak beritahu Jong Kook terus. Sekurangnya budak tuh tak berani nak kacau Kwang Soo lagi." Jae Suk memberikan padangannya. "Aku tahu beritahu Jong Kook jalan terbaik, tapi aku tak nak buat Kwang Soo rasa lebih kecil. Aku tak nak jatuhkan maruah dia. Aku nak jaga air muka dia." Suk Jin menyilangkan kedua tangannya ke dada. "Apa kata kau pergi bercakap dengan Kwang Soo dulu. Bincang dengan dia macam mana. Dengar dulu apa yang dia nak cakap. Lepas tuh baru kau buat keputusan." Kata Jae Suk.

Semasa Gary khusuk membuat kerjanya, Gary didatangi oleh seorang lelaki. "Gary, nah...cuti kau dah diluluskan." Lelaki yang bernama Hee Yeong itu meletakkan surat pelepasan cuti diatas meja Gary. Gary kelihatan terkejut dalam waktu yang sama sangat lega dengan khabar yang didengarnya. "Aku tak sangka pula permohonan cuti aku dilepaskan." Soal Gary pelik. "Memanglah kau ada rekod datang lambat, tapi kau bukan pekerja yang selalu MC atau ambil cuti. Lagipun kau masih ada baki cuti." Jelas Hee Yeong. "Apapun terima kasih banyak dah tolong aku ye." Balas Gary.

"Tapi kau nak kemana? Aku pelik sebenarnya. Sebab kau jarang ambik cuti lama macam nie. Ada emergency kes ke? Soal Hee Yeong benar ingin tahu. "Aku tak kemana-mana pun. Cuma nak pergi rehat-rehatkan minda je. Nak rehatkan badan aku." Balas Gary. Sedangkan Gary ingin pergi bercuti sendirian. Gary tahu dia tidaklah sekuat yang dia sangka. Hampir 3 bulan berlalu, namun Gary masih belum boleh menerima kenyataan ini. Gary telah mengambil keputusan untuk pergi bercuti. Moga dengan cara itu dapat menghilangkan tekanan yang dirasainya.

"Oppa, Gary mana?" Soal Ji Hyo apabila tidak melihat kelibat Gary. "Dia baru je balik tadi." Kata Jong Kook sambil mengemas beg kerjanya. "Ha? Dah balik. Ingat dia datang sekali dengan oppa." Tanya Ji Hyo Kehairanan. "Tak la. Pagi tadi dah ajak datang sekali. Memang selalu pun datang sekali pergi kerja, tapi pagi tadi katanya nak pergi sendiri." Jong Kook selesai mengemas begnya. Mereka berdua berjalan menuju ke lobi. Sementara menunggu lif... "Oppa rasa macam ada yang tak kena la dengan Gary semenjak nie." Jong Kook mula perasan akan sesuatu.

"Oppa perasan apa?" Perasaan ingin tahu Ji Hyo membuak-buak. "Oppa sendiri tak pasti apa, tapi oppa kenal Gary. Gary tak macam selalu. Bukan lagi Gary yang dulu." Wajah Jong Kook menunjukkan yang dia sedang fikirkan sesuatu. Ji Hyo memandang Jong Kook dengan pandangan risau. "Takkanlah..." Bisik hati Ji Hyo.

Love Is LifeWhere stories live. Discover now