PART 29

921 27 15
                                    

"Geun Young, awak tak apa-apa ke?" Jong Kook panik. " Jong Kook oppa..." Suara Geun Young lemah. Jong Kook segera mendukung Geun Young dan membawanya ke hospital berdekatan. Airmata Geun Young menitis menahan kesakitan. "Geun Young..." Geun Young tersentak dari lamunannya ketika namanya dipanggil. "Macam mana, dah rasa kurang sikit?" Soal Jong Kook. "Ye, tak rasa sakit macam mula-mula tadi." Balas Geun Young ringkas. Geun Young melihat kakinya yang berbalut itu. "Lain kali lebih berhati-hati masa naik bas. Kebetulan oppa lalu situ, kalau tak? Jong Kook benar risau dengan keadaan Geun Young. "Entahlah. Saya sendiri terkejut. Tak sangka diorang tolak-tolak masa nak naik bas tuh. Terima kasih Jong Kook oppa. Saya nie menyusahkan oppa je." "Tak menyusahkan pun Geun Young. Tanggungjawab oppa untuk bantu kamu." kata Jong Kook.

"Oppa baliklah ke pejabat dulu. Oppa pun dah lewat sangat nie. Nanti orang atas marah pula." Kata Geun Young. "Balik? Kamu nak oppa tinggalkan kamu sorang-sorang kat sini? Pasal balik pejabat tuh kamu jangan risau, oppa taulah uruskan. Sekarang biar oppa hantar kamu balik rumah dulu." Kata Jong Kook "Ehh, tak apa. Saya nak teruskan perjalanan saya." Geun Young risau. "Kamu nak kemana? Kan kaki kamu terseliuh tuh. Doktor suruh rehat 2 minggu tahu." Balas Jong Kook. "Saya nak pergi melawat Seolhyun. Tapi tak sangka saya pula yang sakit. Saya dah mohon cuti. Saya tak boleh tangguhkan lagi." Jelas Geun Young. "Oppa tak benarkan. Geun Young, tengok keadaan kamu tuh." Jong Kook masih dengan keputusannya. "Seolhyun perlukan saya Jong Kook oppa. Saya cuma terseliuh, tapi Seolhyun? Eommanya sedang tenat." Geun Young menundukkan pandangannya.

"Lama lagi ke?" Tanya Kwang Soo pada Rise. "Kejap, jangan buka lagi." Balas Rise. Rise masih kelam kabut menyediakan apa yang telah dirancangnya untuk Kwang Soo. Kwang Soo masih menutup matanya. "Ok, dah siap. Boleh buka mata." Rise merasa teruja. Kwang Soo membuka matanya perlahan-lahan. "Wahhh," Kwang Soo turut merasai keterujaan itu.

"Saya masak sendiri untuk awak, cubalah rasa. Awak kata makanan kesukaan awak Mul Kimchi." Rise sangat gembira kerana dapat memasakkan makanan kesukaan Kwang Soo, namun dalam waktu yang sama Rise turut khuatir jika makanannya tidak sedap. "Kwang Soo perlahan-lahan mengambil sudu disebelahnya dan dicelupkan ke dalam mangkuk yang berkuah itu. Rise memandang dengan wajah yang serius semasa sudu tersebut masuk ke mulut Kwang Soo. Matanya tidak berkelip melihat wajah Kwang Soo ketika itu. "Hemm..." Cuma itu yang kedengaran dari Kwang Soo. "Macam mana, sedap tak? Ataupun tak menjadi masakan saya?" Soal Rise kerisauan. "Tahniah, masakan anda berjaya, hehehe." Kwang Soo ketawa. "Kwang Soo, betul-betullah, sedap ke tak." Rise mengerutkan mukanya. "Sedap, sedap sangat. Saya suka masakan awak. Terima kasih sebab masakkan untuk saya." Kwang Soo memegang tangan Rise. Rise tersenyum lega.

"Eh, sorang je?" Jae Suk segera bertanya apabila melihat Ji Hyo sendirian. "Sorang je." Balas Ji Hyo ringkas. Ji Hyo menarik kerusi dihadapannya lalu duduk. Wajahnya tegang. Jae Suk turut melakukan hal yang sama. "Ok, biar oppa teka. Ji Hyo tengah marahkan sekarang?" Jae Suk mencari kepastian. Ji Hyo hanya mendiamkan diri. Jae Suk segera bangun dan pergi membeli minuman. Jae Suk tahu tiada gunanya menekan Ji Hyo saat-saat begini. Ji Hyo memerlukan sedikit masa sebelum bercerita.

"Nah." Jae Suk meletakkan minuman yang baru dibelinya. Jae Suk cuba mencari keselesaannya ketika duduk dikerusi tersebut. "Ok, dah boleh cerita." Jae Suk memulakan perbualan mereka. "Jong Kook oppa tak datang kerja." Kata Ji Hyo ringkas. "Ok, dan?" Jae Suk masih menunggu. "Dia siap ambik cuti emergency lagi. Tadi kereta Jong Kook oppa rosak tengah jalan. Sebab tuh lambat ke pejabat. Lepas tuh dia terserempak dengan Geun Young. Dia bawak Geun Young ke hospital. Kaki Geun Young terseliuh." "Ha? Terseliuh?" Jae Suk terkejut. Ji Hyo terkejut dengan reaksi yang diberikan oleh Jae Suk.

"Oppa baru je jumpa dia pagi tadi, macam mana boleh terseliuh. Ish, budak sorang tuhkan. Oppa baru je suruh dia hati-hati dalam perjalanan." Jae Suk mengesat-gesat dahinya. "Selebihnya rasa tak perlu cerita, Jae Suk oppa dah tahu kan." Soal Ji Hyo. "Ye, dia nak pergi melawat Seolhyun." Tapi bukan tuh masalahnya." Ji Hyo segera memintas. Jong Kook oppa ambik cuti emergency sebab nak teman dia pergi jumpa Seolhyun je?" Ji Hyo masih dengan wajah marahnya. "Owh, oppa faham dah. Kes cemburulah nie?" Jae Suk ketawa. "Jae Suk oppa..." Nada Ji Hyo tinggi. "Kenapa, kamu nak ikut sekali ke?" Ji Hyo masih mendiamkan diri. "Ji Hyo, janganlah salah sangka. Oppa rasa Jong Kook pun buat keputusan tuh pun terpaksa. Takkan nak biarkan Geun Young pergi sorang-sorang dalam keadaan kaki macam tuh. Kamu janganlah fikir bukan-bukan. Diorang macam abang dengan adiklah." Jae Suk geli hati kerana kemarahan Ji Hyo ternyata berpunca daripada ini.

"Entahlah Jae Suk oppa, saya rasa tak sedap hati. Saya..." Ji Hyo tidak meneruskan kata-katanya. "Kamu sayangkan Jong Kook?" Soal Jae Suk. Ji Hyo hanya menganggukkan kepalanya. "Kamu sayangkan dia, tapi kamu tak percaya pada dia?" Tambah Jae Suk. Ji Hyo mula memikirkan kata-kata Jae Suk oppa. Apa yang dia tahu saat ini dia benar cemburu. Ji Hyo tidak khuatir tentang Jong Kook, namun Geun Young? Ji Hyo seakan dapat merasakan sesuatu.

"Jong Kook oppa, terima kasih sekali lagi. Saya tak tahu macam mana nak balas jasa baik Jong Kook oppa. Dan, minta maaf banyak-banyak sebab saya dah banyak menyusahkan Jong Kook oppa." Geun Young memecahkan kesunyian di dalam kereta. "Tak ada apalah Geun Young. Oppa ok je. Kamu janganlah pikir bukan-bukan." Balas Jong Kook ringkas. "Dah dua kali oppa selamatkan saya, hari tuh dekat pejabat. Kalau oppa tak sambut saya, mungkin akan lebih teruk dari terseliuh nie." Geun Young tahu dia berhutang pada Jong Kook. "Kamu tuh, hati-hati sikit. Benda nak jadi sekejap je. Kejap lagi kita berhenti makan. Lepas tuh kita sambung perjalanan ok." Mereka saling berpandangan. Geun Young mengangguk perlahan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 04, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Love Is LifeWhere stories live. Discover now