PART 27

485 24 0
                                    

Langkah Gary terhenti. Gary menghela nafas panjang. Matanya memandang Seolhyun dengan pandangan yang sayu dari jauh. Andai saja dia mampu untuk membantu, kata Gary di dalam hati. Namun apakah daya. Semuanya diluar kemampuannya. Gary kembali melangkah dan berjalan menuju kearah Seolhyun. Gary segera duduk bersebelahan Seolhyun. Seolhyun mengesat-gesat airmatanya. "Dah, jangan nangis lagi, nanti awak pula yang jatuh sakit. Minum nie." Gary menghulurkan minuman kepada Seolhyun. Seolhyun mengambil minuman tersebut dengan gerakan yang lemah. Seolhyun termenung melihat minuman tersebut. Tak diteguknya walaupun sedikit.

"Seolhyun..." Gary memecahkan kesunyian diantara mereka. "Saya tahu kata-kata saya sedikit pun tidak akan dapat membantu awak, namun awak jangan sesekali putus asa ye. Awak kena kuat demi eomma awak. Jangan mengalah sebelum berjuang. Saya ada disini dengan awak. Kata Gary dengan nada berlahan. "Saya takut." Seolhyun membalas ringkas. Gary menundukkan mukanya. Matanya melihat kearah lantai hospital tersebut. Gary faham apa yang dimaksudkan Seolhyun. "Saya belum sedia nak hadapi semua nie. Belum masanya Gary. Saya masih perlukan eomma saya." Airmata Seolhyun mengalir dengan laju. Gary menarik Seolhyun rapat kesisinya. Seolhyun menyandarkan kepalanya di bahu Gary tanpa ragu-ragu. Gary memegang erat bahu Seolhyun dari belakang.

Airmata Geun Young masih menitis. Baru sahaja sebentar tadi Seolhyun menelefonnya dan memberitahu apa yang terjadi. Geun Young benar rasa bersalah saat ini. Disaat-saat sahabat baiknya itu dalam kesedihan, dia tidak dapat berada disisinya. Geun nekad ingin pergi melawat Seolhyun. Geun Young mahu Seolhyun menangis di dalam dakapannya. Sedang Geun Young leka dengan perasaannya, Jae Suk sudah memerhatikannya sejak dari tadi. Jae Suk segera bangun dari tempatnya dan menuju kearah Geun Young.

"Geun Young, kenapa nie? Ada masalah ke?" Tanya Jae Suk penuh kerisauan. "Saya ok, tak apa-apa Jae Suk oppa." Balas Geun Young perlahan. Geun Young tidak mahu para pekerja lain tahu yang dia sedang menangis. "Kalau tak ada apa-apa, kenapa menangis?" Soal Jae Suk lagi. "Saya baru terima panggilan daripada Seolhyun sebentar tadi. Seolhyun cakap, keadaan eommanya semakin teruk. Saya risaukan Seolhyun. Dia sendiri. Saya takut kalau apa-apa terjadi padanya. Saya perlu berada disisinya saat ini." Geun Young melihat kearah Jae Suk dengan wajah yang serius. "Ahh ye ke." Jae Suk menghela nafas dengan perlahan. Jae Suk faham perasaan Geun Young saat ini. "Oppa harap semua akan baik-baik saja. Jadi, Geun Young nak mohon cuti ke?" Jae Suk mula risau dengan keadaan yang berlaku. "Nampaknya macam tuhlah oppa. Saya tak nak Seolhyun pula yang jatuh sakit. Saya tak nak dia buat benda yang bukan-bukan." Geun Young lantas bangun dari kerusinya. "Saya nak jumpa orang atas. Saya minta diri dulu ye oppa." Kata Geun Young. "Baiklah, hati-hati." Jae Suk mengakhiri perbualan mereka.

"Perlu ke awak sampai datang ke pejabat?" Soal Byul tidak berpuas hati dengan tindakan Myung Soo. "Kenapa tidak? Awak bakal tunang saya. Dan sekarang kita pasangan kekasih. Kenapa saya tak boleh datang ke pejabat tunung saya? Myung Soo menjawab dengan selamba. "Kita boleh jumpa diluar, tak perlu sampai datang ke pejabat. Saya tak suka." Jawab Byul. "Kenapa? Awak tak suka semua pekerja pejabat tahu tentang kita? Lambat laun mereka akan tahu juga. Kenapa perlu sorok?" Myung Soo berlegar-legar di pejabat Byul sambal melihat keadaan sekeliling. "Myung Soo, tolonglah, saya hormat awak, dan awak tolong hormat saya. Jangan buat sesuatu yang saya tak suka. Saya tak suka awak datang ke pejabat semata-mata untuk berjumpa dengan saya. Saya tak suka hal personal saya semua orang tahu." Byul menyilangkan kedua tangannya dan melihat ke tingkap. Hatinya sedang panas.

Keadaan diluar pejabat mula bising. "Eh, korang semua nampak kan lelaki yang masuk bilik Cik Byul tadi." Tanya seorang pekerja wanita ini. "Ahh, aku pun nampak. Mana pernah sebelum nie ada lelaki datang ke pejabat boss. Dah tentu-tentu nie teman lelaki dia." Jawab seorang pekerja lelaki ini. "Aku pun rasa macam tuh. Segak kot teman lelaki dia. Nampak bukan orang biasa-biasa tuh. Mesti anak orang kaya macam boss." Para pekerja mula berbual mengenai kedatangan Myung Soo ke pejabat Byul dan menyebarkan perkara itu ke seluruh pejabat sehingga ke pengetahuan Haha.

"Eh Haha, kau dengar tak apa yang aku cerita nie. Aku rasa macam cakap dengan tembok je." Rakan sepejabat Haha menegur apabila Haha kelihatan termenung semasa dia bercerita mengenai Byul dan Myung Soo. "Aku dengarlah." Haha membalas ringkas. "Diorang memang sepadan. Cik Byul tuh cantik, berada. Lelaki tuh pun sama, dah la berada, bergaya plak tuh. Bagai pinang dibelah dua." Rakan sepejabat Haha masih meneruskan ceritanya sementara Haha hanya termenung. Matanya tidak berkelip. Hatinya sedih, namun dia tahu Byul jauh lebih sedih darinya.

Haha penat bermain dengan perasaannya, Haha segera bangun dari tempatnya. "Eh ehh, kau nak kemana, aku tak habis cerita lagi." Soal rakan sepejabatnya. "Aku nak pergi buat air jap. Kau tak haus ke asyik bercakap je? Bergosip je kau nie." Balas Haha dan segera beredar dari situ. "Eh aku tak gosiplah, aku cerita benda betul." Belum sempat rakannya menghabiskan percakapannya Haha hilang dari pandangannya. Langkah Haha terasa berat. Jiwanya menangis mendengar apa yang diceritakan oleh rakannya sebentar tadi.

Sedang Haha berjalan tiba-tiba pintu bilik Byul terbuka. Myung Soo keluar diikuti Byul. Langkahnya terhenti. Matanya memandang tepat ke arah mereka. Haha melihat Myung Soo dan Byul berpegangan tangan ketika melangkah keluar. Kakinya kaku. Haha seakan tidak percaya apa yang dilihatnya. Pekerja-pekerja lain mula berkumpul dan bergosip antara satu sama lain. Byul dan Myung Soo semakin tidak kelihatan ketika pandangan Haha terhalang oleh pekerja-pekerja yang berkumpul dan turut melihat apa yang terjadi. "Byul..." Kata Haha perlahan.

Love Is LifeWhere stories live. Discover now