PART 28

409 21 0
                                    

"Ahhh" Jong Kook terkejut. Nasib air yang sedang dibancuhnya tidak tumpah. "Haa, tahu terkejut." Kata Ji Hyo yang memeluk Jong Kook dari belakang. Ketika itu Ji Hyo melihat Jong Kook sedang leka membancuh air, jadi Ji Hyo mengambil kesempatan itu untuk mengejutkannya. "Ji Hyo..." Kata Jong Kook pendek. Nafasnya turun naik. Ji Hyo meleraikan pelukannya dan segera berdiri di sisi Jong Kook. "Ji Hyo, terkejut tahu tak. Nasib tak tumpah." Kata Jong Kook sambil menyiapkan minumannya. Ji Hyo hanya ketawa kecil mendengarnya. "Mian, janji lepas nie tak buat dah." Ji Hyo membuat wajah nakalnya. Jong Kook hanya tersenyum melihat gelagat Ji Hyo.

"Owh ye, ada urusan ke sini?" Soal Jong Kook aneh melihat Ji Hyo di unitnya. "Tak adalah. Saja nak jumpa oppa. Rindu." Balas Ji Hyo ringkas. "Ye ke nie rindu." Jong Kook mencubit manja pipi Ji Hyo. "Yelah, orang tuh sibuk. Kita mesej dia tak balas pun. Sebab tuh kita datang sini." "Haha", Jong Kook ketawa. "Oppa minta maaf. Telefon kat meja, malas nak bawa ke hulur ke hilir." "Oppa, macam mana dengan Haha? Dia dah ok ke sekarang?" Tiba-tiba Ji Hyo teringat apa yang diberitahu oleh Jong Kook tentang Haha." "Hemmm...macam tuhlah Ji Hyo. Dia suka menyendiri. Bercakap pun bila perlu je. Kalau tak lepas Kwang Soo dialah yang meriuhkan rumah tuh. Tak apalah, dia perlukan waktu tuh." Jawab Jong Kook dengan nada perlahan.

"Oppa, malam nie teman saya boleh?" Ji Hyo segera mengubah perbualan mereka. "Nak kemana?" Jong Kook meneguk airnya yang dibancuhnya tadi. "Minggu depan hari jadi Jae Suk oppa. Nak belikan hadiah untuk dia." Balas Ji Hyo. "Alahhh...orang tua tuh tak payah bagi hadiahlah. Belanja makan je. Dah tua-tua." "Hahahaha...." Ji Hyo ketawa terbahak-bahak mendengar apa yang dikatakan oleh Jong Kook. "Oppa, tak baik tau. Ji Hyo masih dengan ketawanya. Oppa cubalah berkawan dengan dia. Jae Suk oppa tuh baik, cuma kadang-kadang menyakitkan hati je." Ji Hyo masih dengan ketawanya. "Sebab menyakitkan hati tuhlah malas nak layan dia." Jong Kook membuat muka tak inginnya.

Byul masih kesal dengan tindakan Myung Soo padanya tempoh hari di pejabat. Byul tahu itu bukan Myung Soo yang pernah dia kenal dahulu. Perwatakannya jauh berbeza. Byul tahu hubungannya dengan Myung Soo sudah diketahui ramai. Namun bukan mereka semua yang membuatkan Byul risau, tapi Haha. Byul tahu Haha pasti sedih dengan apa yang terjadi. Byul tidak mahu menyakiti Haha untuk kali yang kedua. Cukuplah Byul terpaksa memutuskan hubungan mereka. Dan kini Haha terpaksa melihat Byul bersama Myung Soo. Byul hanya termenung. Fikirannya melayang entah kemana. Fail-fail diatas mejanya tidak terusik.

"Haha, tolong aku kejap." Rakan sepejabatnya meletakkan sebuah fail di meja Haha."Kau tolong bagi fail nie kat Cik Byul, aku kena keluar nie. Tak sempat nak bagi." Tolong tau." "Tapi..." Belum sempat Haha menghabiskan percakapannya rakannya segera meninggalkan Haha dan berlalu pergi. Haha memandang fail yang diletakkan di atas mejanya. Haha mengeluh panjang. Haha sebolehnya cuba mengelak daripada berjumpa dengan Byul, namun atas dasar kerja, Haha tahu dia perlu profesional.

Haha mengetuk pintu pejabat Byul. Dadanya berdebar-debar. Perasaannya saat ini benar-benar lain. "Masuk." Haha mendengar suara Byul. Tangannya berpeluh-peluh. Perlahan-lahan Haha membuka pintu pejabat Byul. "Maaf menganggu cik Byul, saya nak hantar fail pada cik." Jika Haha masih berdebar-debar berhadapan dengan Byul, Byul malah terkejut dengan kedatangan Haha dipejabatnya. Baru sahaja sebentar tadi Haha bermain-main difikirannya, Byul tak menyangka kini Haha di depan matanya. Haha masih di pintu. "Masuklah, letak je atas meja saya. Nanti saya semak." Suara Byul bergetar-getar. Haha melangkah perlahan menghampiri meja Byul. Tanpa melihat kearah Byul Haha segera meletakkan fail tersebut dan meminta diri." Sebaik sahaja Haha melangkah keluar dari pejabat, airmata Byul menitis. "Haha, saya rindukan awak." Kata Byul.

Hati Geun Young ceria. Dia sangat bersyukur kerana cutinya diluluskan. Akhirnya Geun Young dapat melawat sahabatnya Seolhyun. Seolhyun tidak tahu yang Geun Young akan datang melawatnya. Geun Young tahu Seolhyun pasti sedang sibuk menguruskan eommanya. Geun Young mengambil keputusan untuk kesana tanpa memberitahu Seolhyun. Pagi itu Geun Young singgah kepejabatnya untuk berjumpa dengan Jae Suk oppa.

"Jae Suk oppa..." Jae Suk segera melihat-lihat sekeliling ketika mendengar namanya dipanggil. Dari kejauhan Geun Young melambai-lambai. "Annyeong Haseyo" Geun Young menunduk hormat kepada Jae Suk dalam keadaan termegah-megah. "Lah kenapa nie macam baru lepas berlari je." Tegur Jae Suk. Geun Young tersipu malu. "Tak ada apa oppa, cuma kejar masa. Kejap lagi saya nak berangkat dah. Nak pergi melawat Seolhyun. Saya singgah ke pejabat kejap nak jumpa oppa. Kalau ada apa-apa pasal kerja nanti tolong maklumkan pada saya ye oppa." Kata Geun Young. "Owh ye ke, kalau macam tuh hati-hati semasa perjalanan kesana. Pasal kerja kamu tak perlu risau. Jangan fikir pasal kerja. Kamu uruskan Seolhyun dulu. Kerja-kerja tuh nanti oppa tengokkan." Balas Jae Suk. "Terima kasih banyak Jae Suk oppa." Geun Young lega mendengarnya. "Dah-dah. Baik kamu pergi cepat. Nanti lambat pula." Jae Suk memberitahu. "Baiklah, oppa pun jaga diri." Geun Young melambai Jae Suk dan berlalu pergi.

Pagi itu Jong Kook terlewat ke tempat kerja. Entah kenapa keretanya mati ditengah jalan. Jong Kook terpaksa menelefon penunda dan menghantar keretanya ke bengkal. Jong Kook lega kerana ia bukanlah masalah serius. Cuma ada wayar yang longgar. Selang 3 buah kereta di hadapannya Jong Kook memerhatikan seseorang yang sedang berdiri di bus stop. Kelihatan seperti dia mengenali orang tersebut. Jong Kook cuba memerhatikan dengan pandangan yang teliti, ternyata Geun Young. Tiba-tiba... "Geun Young!"

Love Is LifeWhere stories live. Discover now