PART 7

711 31 0
                                    

Sudah beberapa hari Byul terpaksa membohongi Haha. Byul tak rela, namun dia terpaksa melakukannya. Hari itu juga dia terpaksa membohongi Haha. Byul mengatakan tidak dapat keluar makan bersama Haha kerana terpaksa berjumpa dengan klien. Sedangkan Byul terpaksa keluar makan tengah hari dengan Myung Soo.

Setelah beberapa kali keluar dengan Myung Soo Byul akui dia seorang lelaki yang baik. Myung Soo seorang lelaki yang berbudi bahasa. Byul tidak mahu melukai hati lelaki sebaiknya. Walaupun baru beberapa hari mereka keluar bersama, namun Myung Soo telah pun meluahkan perasaannya kepada Byul. Myung Soo seorang yang sangat berani dan tenang saat meluahkan perasaanya. Byul mengagumi keberaniannya itu.

"Saya tahu mungkin semua ini terlalu awal buat awak. Tapi saya tak nak sia-siakan kesempatan yang saya ada. Jujur saya katakan saya jatuh cinta saat kali pertama melihat awak. Saya tahu awak seorang wanita yang baik." Byul meramas-ramas jari jemarinya. Byul gelisah. Fikiranya serabut memikirkan Haha dan Myung Soo. "Berilah peluang untuk saya dan juga diri awak. Kita sama-sama mengenali antara satu sama lain. Saya tahu semua ini asalnya adalah kemahuan ayah kita berdua. Namun saya suka awk bukan kerana diatur seperti yang ayah kita mahukan. Tapi saya betul-betul suka awak. Mereka saling berpandangan.

"Kwang Soo, kamsahamnida. Comel teddy bear nie. Saya suka." Kata Rise lembut. Kwang Soo hanya tersenyum malu. "Jom kita makan ais krim nak. Saya beli kejap je." Kwang Soo berlari-lari anak pergi membeli ais krim. Semasa Kwang Soo menuju kearah Rise Kwang Soo di halang oleh dua orang lelaki. Mereka berdua adalah pelajar di tempat kuliah Kwang Soo cuma berlainan kelas sahaja. "Hoiii, nak makan ais krim sama-sama ke oppa." Perli Kim Won. Kim Won meminati Rise, namun Rise tidak suka berkawan dengannya kerana perangainya yang tidak menghormati orang lain malah suka membuli orang yang lebih lemah darinya. "Belanja la kami juga." Kata Yoon Park kawan baik kepada Kim Won.

Rise memerhati Kwang Soo dari jauh. Seperti ada yang tidak kena dari pandangan Rise. Kim Won merampas ais krim yang dipegang oleh Kwang Soo. Kim Won membuka ais krim tersebut dan memakannya. "Sedapnya ais krim. Lagi sedap kalau makan dengan orang yang kita sukakan." Kim Won memandang Kwang Soo dengan pandangan yang tajam. Kwang Soo ketakutan. "Nah, makan nie." Paksa Kim Won menghulurkan air krim tersebut pada Kwang Soo. "Saya tak nak la." Kwang Soo menjawab dengan perlahan. "Aku cakap makan, makan lah." Nada Kim Won tinggi. Kim Won tetap memaksa Kwang Soo. Kim Won bertindak kasar dengan cuba menarik Kwang Soo dan disuruh makan ais krim tersebut. Kawan baiknya Yoon Park ketawa jahat melihat Kwang Soo diperlakukan seperti itu. Rise berlari kearah Kwang Soo. Rise tahu teruk Kwang Soo di kerjakan jika dia lambat bertindak.

Semasa Rise sampai, mulut dan baju Kwang Soo kotor terkena ais krim. Kwang Soo jatuh melutut. Rise membantu Kwang Soo bangun. "Korang buat apa nih ha." Marah Rise. "Tengok-tengok. Wanita yang aku sayang dah sampai juga akhirnya." Rise semakin meluat dengan sikap Kim Won. "Yang kau suka sangat mamat bodoh nie kenapa. Apa yang ada dekat dia nie. Muka bukan hensem pun. Nak kata berduit, aku lagi kaya. Jangan jadi bodoh la Rise." Kwang Soo menunduk malu kerana tidak mampu untuk melawan walaupun diperlakukan seperti itu. "Aku akan lebih bodoh kalau terima kau." Jerit Rise. Kim Won memandang dengan wajah yang geram. "Jangan kacau kami lagi. Dan untuk pengetahuan kau, aku suka dia. Puas hati kau." Rise menarik tangan Kwang Soo dan pergi dari situ. "Ahhhh...." Kim Won menjerit marah. Hatinya membuat-buak. "Kau tunggu Kwang Soo." Bisik hati Kim Won.

Malam itu Kwang Soo tidak boleh melelapkan matanya. Sesekali Kwang Soo mengubah kedudukan badannya ke kiri dan ke kanan. Kwang Soo masih memikirkan apa yang dikatakan Rise petang tadi. Betul ke Rise suka padanya? Atau Rise hanya ingin membuatkan Kim Won marah? Hatinya benar-benar ingin tahu apa sebenarnya perasaan Rise padanya.

Minggu itu Jong Kook terpaksa kerja di luar pejabat selama 3 hari. Jong Kook harus mengikuti pihak atasnya untuk projek yang mereka sedang usahakan. Sesekali Gary merasa bosan dengan ketiadaan Jong Kook. Namun kadang kala Gary gembira kerana dengan ketiadaan Jong Kook boleh membuatkan Gary mudah mendekati Ji Hyo. Ji Hyo merasa agak sunyi apabila Jong Kook tiada namun selama ketiadaan Jong Kook, Ji Hyo banyak menghabiskan masanya bersama Gary. Garylah yang membantu jika Ji Hyo memerlukan bantuan malah mereka kerap keluar makan bersama. Gary memberanikan diri mengajak Ji Hyo keluar makan bersama semasa waktu rehat dan Ji Hyo bersetuju. 3 hari itu sangat bermakna buat Gary. Gary tahu pada awalnya Gary menyukai Ji Hyo kerana kecantikannya. Tapi disebalik kecantikan Ji Hyo, Gary menyukai hati Ji Hyo yang kadang kala lurus dan blee. Tidak dinafikan kadang kala Ji Hyo agak garang dan mudah meradang, namun semua itu membuatkan Gary lebih menyukai Ji Hyo.

Gary mengambil tindakan nekad dengan mengajak Ji Hyo keluar pada malam itu. Malam tersebut adalah malam terakhir sebelum Jong Kook pulang. Ji Hyo terpaksa bersetuju setelah Gary bersungguh-sungguh mengajaknya keluar. Ji Hyo berpakaian seperti biasa. Hanya mengenakan seluar jeans dan tshirt. Sangat berbeza apabila Ji Hyo keluar dengan Jong Kook. Ji Hyo lebih kelihatan cantik dan anggun. Ji Hyo sampai pada tempat yang dijanjikan. Namun Ji Hyo agak ragu-ragu kerana restoran tersebut kelihatan sepi. Semasa Ji Hyo menjenguk-jenguk di hadapan pintu restoran tersebut pelayan restoran tersebut menyapa Ji Hyo dan menjemputnya masuk.

Ji Hyo gelisah. Ini bukan Gary yang dikenalinya. Hati Ji Hyo begitu ingin tahu kenapa Gary menempah restoran ini hanya untuk mereka berdua. Malah restoran ini di hias dengan begitu cantik. Ji Hyo sedikit janggal kerana pakaiannya yang agak tidak kena dengan suasana. Selesai makan Gary memulakan apa yang telah dirancangnya. Tiba-tiba lampu restoran dipadamkan yang tinggal hanyalah beberapa lampu kuning. Suasana kelihatan begitu romantik. Alunan muzik tanpa suara di pasang. Mata Ji Hyo terkebel-kebel melihat keadaan sekeliling. Gary mula bersuara, "Ji Hyo, maafkan saya jika semua nie mengejutkan awak. Saya tahu mungkin semua yang saya buat nie agak terburu-buru dan tidak kena pada waktunya. Dah lama saya memendam rasa ini. Saya nak beritahu awak yang saya cintakan awak. Saya tak perlukan jawapan awak sekarang. Ambillah masa awak. Saya nak awak tahu yang saya cintakan awak." "Ji Hyo terpinga-pinga mendengar luahan hati Gary. Ternyata apa yang Gary katakan selama ini padanya adalah isi hatinya yang sebenar. Ji Hyo diam. Dia tidak tahu apa yang harus dikatakannya. "Saya tahu, awak suka pada Jong Kook. Cuma beri peluang pada saya." Gary menambah. Ji Hyo memandang Gary. "Saya perlukan waktu." Cuma itu yang mampu dijawab oleh Ji Hyo saat itu.

Geun Young tidak terlepas merindui Jong Kook. 3 hari tidak bertemu dan melihat wajah Jong Kook membuatkan Geun Young tidak keruan. Geun Young berjaya mendapatkan nombor telefon Jong Kook daripada Jae Suk atas alasan kerja namun Geun Young masih tidak berani untuk menghubungi Jong Kook. Dipendamkan saja hasratnya walaupun tangannya benar-benar ingin melakukannya. Seolhyun merasa kasihan dengan apa yang dirasakan oleh kawan baiknya itu. Seolhyun cuma tidak ingin kawan baiknya terluka. Geun Young benar-benar sudah menyukai Jong Kook. Seolhyun tidak mampu untuk menghalangnya lagi. Seolhyun tahu Geun Young bukan jenis yang mudah jatuh cinta. Apabila dia mula menyukai sesuatu, dia akan menyukainya dengan bersungguh-sungguh. Seolhyun mendoakan yang terbaik untuk Geun Young.

Love Is LifeWhere stories live. Discover now