PART 14

576 32 0
                                    

"Maafkan saya Gary." Nada Ji Hyo perlahan. "Awak pun dah tahu siapa pilihan saya." Ji Hyo tidak mampu untuk memandang Gary. "Betul ke awak tak boleh beri saya peluang?" Gary kecewa. "Saya betul-betul minta maaf. Saya cintakan Jong Kook. Dan saya harap awak akan berjumpa dengan seseorang yang jauh lebih baik. Yang turut mencintai awak." Gary hanya memandang Ji Hyo yang sedang duduk. Sesekali Gary berjalan ulang alik. "Tak apalah Ji Hyo, saya hormati keputusan awak. Saya harap awak akan bahagia." Gary terus berlalu pergi. Ji Hyo tahu dia telah menyakiti Gary.

"Sudahlah Geun Young. Kau nangis pun takkan merubah apa-apa." Seolhyun cuba memujuk Geun Young. "Aku tahu rasanya sakit, sabarlah. Aku faham perasaan kau. Aku pun pernah rasa apa yang kau rasa sekarang. Aku tak suka tengok kawan aku sedih-sedih macam nie. Dah dekat dua minggu kot kau nangis tiap malam macam nie." Tangisan Geun Young semakin kuat kedengaran. Seolhyun memeluk Geun Young dan mengusap perlahan belakang Geun Young. "Aku tak tahu sampai bila aku nak nangis macam nie. Aku dah cuba...aku tak boleh Seolhyun." Kata Geun Young tersedu-sedu. Seolhyun mati akal. Dia tidak tahu apa lagi yang boleh dia lakukan agar Geun Young kembali seperti dulu. Seolhyun tahu semua nie tak mudah untuk Geun Young.

Geun Young cuba untuk menerima hakikat ini, namun dia benar tidak mampu. Disaat perasaan sukanya pada Jong Kook oppa semakin memuncak, dia dikejutkan dengan berita seperti ini. Geun Young tahu dia tidak boleh menyalahkan Jong Kook oppa. Jong Kook oppa bahkan tidak tahu Geun Young menyukainya. Geun Young tahu dia terlalu lambat untuk berterus terang. Geun Young masih ingat bagaimana dia harus bertahan dan cuba menyembunyikan perasaan sedihnya di saat bertemu dengan Jong Kook oppa di unitnya.

Haha mengetuk pintu bilik Gary beberapa kali. Namun tiada maklum balas. Haha lantas membuka pintu bilik Gary. Haha melihat Gary sedang duduk dikatilnya sambil termenung. "Kau tak nak makan ke? Aku dah simpankan lauk untuk kau." Haha mendekati Gary. "Aku tak ada selera." Jawab Gary pendek. Haha duduk bersebelahan dengan Gary. "Janganlah macam nie. Kau nampak lain sangat sejak kebelakangan nie. Aku sampai dah tak ada idea nak cakap apa kat Jong Kook." Haha memberitahu Gary. "Cakap jelah aku tak sihat." Gary masih termenung.

Matanya hanya tertumpu pada gambar yang berada di hadapannya. Di dinding biliknya tergantung sebuah gambar mereka berempat. Gary masih ingat gambar itu diambil tahun lepas semasa hari jadinya. Kim Jong Kook memberikan Gary kejutan semasa hari lahirnya. Gary tidak menyangka Jong Kook akan mengadakan majlis untuk hari jadinya. Bahkan semunya ditanggung oleh Jong Kook."Kau tersepitkan. Antara Cinta dan persahabatan." Kata Haha. "Lebih dari itu Haha, keluarga... Dia bukan saja sahabat aku, tapi keluarga aku." Gary tau Haha sudah mengetahui apa yang berlaku. "Kau tak beritahu aku pun, aku tahu." Haha sendiri tidak mampu lagi nak berkata-kata. Haha tau jika dia ditempat Gary dia juga akan merasakan hal yang sama. "Jadi apa kau nak buat sekarang?" Soal Haha. "Tunggu dan lihat jelah. Aku sayang mereka berdua." Mata Gary tak berkelip memandang gambar tersebut.

Kwang Soo mengambil bukunya yang berselerak di atas lantai dan memasukkannya kembali ke dalam beg kuliahnya. Tanpa sedar airmatanya menitis. Cepat-cepat Kwang Soo mengelapnya. "Kau masih nak sorokkan lagi perkara nie Kwang Soo?" Tanya Minho dengan tegas. "Aku oklah. Tak ada apa-apa pun." Kwang Soo menepuk-nepuk debu dan kotoran yang terlekat di seluarnya. "Ok kau kata. Kim Won dan buli kau macam nie kau kata ok?" Minho marah dengan apa yang didengarnya. "Aku malas la nak layan dia tuh. Aku tak nak besar-besarkan cerita." Kwang berjalan berlahan. "Kau malas ke kau takut? Kwang Soo...masuk nie dah 3 kali diorang buli kau. Mula-mula diorang paksa kau makan aiskrim masa kat taman, lepas tuh diorang langgar kau kat cafe dan jatuhkan makanan kau, lepas tuh diorang campak beg kau." Nie kau kata ok?" Minho benar marah.

Kwang Soo hanya mendiamkan diri dan berjalan. "Aku tak peduli, aku nak laporkan perkara nie pada pihak atas." Kwang Soo berhenti dan memandang Minho. "Tak payahlah. Kan aku kata aku ok. Aku tak nak Rise dengan family aku tahu." Kwang Soo menghela nafas panjang. "Kwang Soo, tolonglah. Sampai bila kau nak ikut telunjuk si Kim Won tuh. Sampai bila kau nak diorang buli kau. Aku tak faham la kau nie." Minho berlalu pergi meninggalkan Kwang Soo sendirian. Kwang Soo hanya melihat Minho dari jauh. Dia tahu apa yang dikatakan oleh Minho itu benar. Kwang Soo sendiri sudah tidak tahan diperlakukan seperti itu. Kwang Soo malu dengan dirinya kerana tidak mampu mempertahankan dirinya sendiri. Kwang Soo malu jika Rise dan Jong Kook oppa tahu perkara ini kerana itu Kwang Soo tidak mahu melaporkan perkara ini pada pihak atas.

"Macam mana dengan kamu berdua?" Jae Suk memandang Ji Hyo. "Kami oklah oppa. Kami bahagia." Kebahagiaan benar terpancar di raut wajah Ji Hyo. Jae Suk tahu Ji Hyo benar bahagia saat ini. Jarang-jarang Jae Suk dapat melihat Ji Hyo mengukirkan senyuman seperti itu. Sedang mereka berborak Jong Kook datang membawa makanan tengah hari mereka. "Eh, dua pinggan je?" Soal Jae Suk pada Jong Kook. "Yelah, untuk saya dengan kekasih hati saya, kau ambik la sendiri." "Ish...ish...ish...ingat dah berubah, rupanya masih macam tuh perangai kau." Jae Suk geram.

Ji Hyo mula ketawa melihat gelagat mereka. "Dah-dah, asyik nak gaduh je. Jae Suk oppa pergilah beli makanan ye. Jong Kook oppa bukan tak nak belikan, tapi tak muat nak bawak banyak-banyak." Jelas Ji Hyo. "Aigo...aigo...Ji Hyo dan pandai bela dia sekarang. Pasangan bercinta la katakan" Jae Suk lantas bangun dan pergi membeli makanan. "Nah, awak makan nie. Harap awak suka." Jong Kook meletakkan makanan yang dibelinya di hadapan Ji Hyo. "Awak beli apapun saya suka. Asal awak yang beli." Ji Hyo hanya tersenyum. Jong Kook mencubit manja pipi Ji Hyo.

"Amboi, bukan main gembira aku tengok." Kata Yoon Park sambil bermain game di telefon bimbitnya. "Hahahaha, gila la kalau aku tak gembira. Padan dengan muka dia. Baru dia kenal siapa aku." Kim Won ketawa jahat. "Kau tak takut ke kalau dia laporkan pada pihak atas?" "Haha, dia tak akan laporkan. Kau ingat dia nak Rise dan keluarga dia tahu. Nanti dia sendiri akan malu. Macam kau tak kenal pula dengan Kwang Soo." Hati Kim Won puas. Dendamnya sedikit demi sedikit terbalas. Jika Kwang Soo tidak merampas Rise darinya Kwang Soo tidak akan susah begini. Kim Won nekad untuk membuli Kwang Soo sehingga Kwang Soo melepaskan Rise kepadanya.

Love Is LifeWhere stories live. Discover now