PART 6

1.2K 34 4
                                    

Petang itu Jong Kook turun ke unit bawah untuk mengambil kertas kerja daripada Jae Suk. "Hyeong, macam biasa" Jong Kook bersuara. Jae Suk menunjukkan kearah sampul yang berada dihadapannya. "Wah, cepat pula siap. Selalu minta tangguh je." Perli Jong Kook. "Aku dah malas nak dengar kau membebel. Aman hidup aku kalau dah siap dokumen tuh. Tak payah nak dengar kau membebel." Balas Jae Suk. Jong Kook menyemak kertas kerja yang diserahkan oleh Jae Suk. Tiba-tiba Jae Suk bersuara, "Kau suka Ji Hyo eh?" "Ha?" Jong Kook terkejut dengan pertanyaan Jae Suk. "Kenapa Hyeong tanya macam tuh?" Jong Kook meletakkan kertas kerja yang dipegangnya. "Saja nak tahu. Nampak korang dah macam pasangan, asyik bersama. Hari tuh kau keluar dengan diakan." Jae Suk menyilangkan kedua tanganya dan menyandar di kerusinya. "Saya berkawan la Hyeong dengan Ji Hyo." Soalan Jae Suk membuatkan Jong Kook terfikir sesuatu. "Yelah, mula-mula kawan, lepas tuh." Jae Suk masih memandang Jong Kook.

Jong Kook berjalan menuju ke pejabatnya kembali. Soalan yang dilemparkan oleh Jae Suk sebentar tadi memberi kesan pada hatinya. "Bercinta? Song Ji Hyo?" Perkara ini bermain dalam fikirannya. Semakin lama langkah Jong Kook semakin perlahan. Hatinya belum pernah terlintas lagi untuk bercinta. Jong Kook pernah mencintai seseorang pada waktu dahulu. Hampir 2 tahun mereka menyulam cinta. Namun ternyata tempoh 2 tahun itu sangat singkat. Jong Kook kehilangan kekasihnya setelah hampir 2 bulan orang yang dicintainya berjuang dengan kanser. Saat-saat akhir bersama si dia tak mungkin Jong Kook lupakan. Masih segar dalam ingatannya kekasihnya menyuruh dia mencari penganti yang lebih baik selepas dia pergi. Jong Kook harus hidup bahagia dan bina keluarga. Tapi setelah kematiannya pintu hati Jong Kook tertutup untuk bercinta lagi. Mungkin belum masanya.

Jong Kook menghela nafas panjang. Sebolehnya Jong Kook tidak mahu lagi mengingati semua yang pernah terjadi dalam hidupnya. Hatinya bertambah sakit kerana Jong Kook tidak berkesempatan melamarnya sedangkan Jong Kook telah merancang semuanya. Jong Kook termenung melihat ke jendala. Perasaannya kosong.

Jam menunjukkan pukul 6 petang. Gary dan Haha berada di pasar raya untuk membeli barang dapur sementara Jong Kook terus pulang ke rumah untuk masak makan malam. Haha membelek-belek sayur yang dibelinya. Sementara itu Gary melihat-lihat harga barang. Selesai memilih Haha memasukkan sayur-sayur tersebut ke dalam troli. Haha dan Gary berhati-hati memilih apa yang dibelinya kerana Jong Kook sangat cerewet bab tersebut. Oleh itu mereka harus memastikan apa yang dibeli adalah yang terbaik.

Kwang Soo membantu Jong Kook di dapur. Kadang kala sakit telinga Kwang Soo apabila diarah itu dan ini. Namun dipekakkan saja. "Kamu suka perempuan tuh?" Jong Kook bersuara. "Ha?" Kwang Soo cemas. "Apa nama dia, Rise. Kawan sekelas kamu tuh." Jong Kook memotong kentang lalu dimasukkan ke dalam periuk. Malam ini lauk utama mereka adalah sup ayam. Jika Jong Kook yang masak semuanya pasti berkhasiat. "Kami kawan je." Kwang Soo pura-pura tenang. "Memang semuanya bermula daripada kawan. Hyeong tak kisah pun. Yang penting jangan abaikan pelajaran. Kamu dan dia kena sama-sama berjaya. Dan lagi satu, jangan mainkan perasaan dia." Jong Kook ke singki dan membasuh pinggan-pinggan kotor yang telah digunakan. Sementara itu Kwang Soo mengelap-gelap meja dan mengemas apa yang patut. Kwang Soo agak terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Jong Kook. Kwang Soo fikir dia akan dimarahi oleh Jong Kook kerana tidak bersetuju untuk dia bercinta. "Ye Hyeong. Saya akan belajar bersungguh-sungguh dan jaga dia dengan baik." Nada Kwang Soo bersemangat.

Seolhyun berjalan kearah Geun Young yang kelihatan khusyuk dari tadi. "Eh, kau buat apa tuh. Bukan main khusyuk aku tengok." Geun Young sedang melihat-lihat resepi terbaru di internet. "Nak masakkan Jong Kook oppa lagi la nie?" Duga Seolhyun. Geun Young khusyuk membaca resepi yang menarik minatnya itu tanpa menjawab pertanyaan Seolhyun. "Ishh budak nie. Senyap pula dia." Seolhyun berlalu pergi dan mengisi masa lapangnya dengan menonton televisyen.

Hati Geun Young senang kerana dah jumpa resepi terbaik yang hendak dimasak nanti. Geun Young tahu ini adalah salah satu cara untuk menambat hati Jong Kook oppa." "Seolhyun!" Geun Young memanggil Seolhyun. Seolhyun leka menonton televisyen. Geun Young bangun dan duduk di sebelah Seolhyun. "Kau ada nombor telefon Jong Kook oppa?" Tanya Geun Young. Seolhyun menggelengkan kepalanya. Geun Young kecewa. "Kau pun satu, tanya dekat aku. Mana la aku ada nombor Jong Kook oppa. Kalau aku ada kang kau yang pelik. Bukan aku yang suka dia." Seolhyun memandang Geun Young. "Apa susah, besok kau minta je dekat Jae Suk oppa. Dah tentu-tentu dia ada nombor Jong Kook oppa." Seolhyun memberi cadangan. "Tapi agak-agak macam mana aku nak minta eh?" Geun Young menyandarkan tubuhnya pada sofa sambil memandang ke siling. Matanya mengikut arah kipas yang berputar. Geun Young terfikir-fikir bagaimana caranya agar Jae Suk oppa tidak syak yang bukan-bukan.

"Betul ke kamu suka Kim Jong Kook?" Jae Suk bertanya pada Ji Hyo. "Hmmm." Ji Hyo berfikir. "Kamu keluar dengan dia tapi kamu tak tahu?" Jae Suk menunggu makanan yang dipesan tadi. "Saya masih mengenali hati budi dia oppa." Balas Ji Hyo. "Tapi oppa tengok kamu macam suka padanya." Jae Suk menuangkan minuman yang baru sahaja dihantar ke meja mereka. "Ye...saya memang suka dengan sikapnya. Ringan tulang, pandai menghormati saya, dan menjaga saya. Tapi saya tak tahu kalau Jong Kook oppa suka saya atau tidak." Ji Hyo termenung memandang minuman di hadapannya. "Kalau tak luahkan, macam mana nak tahu." Jae Suk menggoyang-goyangkan kakinya. Perutnya sudah kelaparan. "Entah la. Saya takut nak luahkan." Ji Hyo melihat Jae Suk." "Oppa lagi takut kalau kamu kahwin dengan dia. Oppa dan dia akan jadi keluarga? Ishhh....habislah. Perang dunia ketigalah nampaknya." Ji Hyo ketawa melihat gelagat ajusshinya. Ji Hyo tahu itu adalah perkara yang sangat Jae Suk takutkan.

Tak siapa pun yang tahu sebenarnya Yoo Jae Suk adalah ajusshi kepada Song Ji Hyo. Andai saja Kim Jong Kook mengetahuinya, pasti dia akan terkejut besar. Siapa sangka orang yang dia tidak suka dan selalu bergaduh adalah ahli keluarga Ji Hyo.

Love Is LifeWhere stories live. Discover now