PART 13

640 34 0
                                    

Cuti hujung minggu kembali menemui mereka. Pagi itu dirumah Jong Kook masing-masing sibuk dengan kerja yang telah dibahagikan. Jong Kook sibuk didapur bersama Kwang Soo manakala Haha dan Gary sibuk mengemas ruang tamu serta menyiapkan meja untuk tetamu makan. Sedang Kwang Soo memotong sayur-sayuran Kwang Soo bertanya kepada Jong Kook, "Hyeong, sebenarnya ada majlis apa hari nie? Tiba-tiba Hyeong buat makan-makan mengejut macam nie." Soal Kwang Soo ingin tahu. "Kalau nak tahu kena la tunggu." Jong Kook cuba yang terbaik dalam masakannya hari ini. Ramai yang akan merasai makanannnya, jadi dia tidak mahu ianya hanya ala kadar namun Jong Kook inginkan kesempurnaan dalam masakannya. Seperti biasa Jong Kook memberikan perhatian sepenuhnya apabila memasak.

"Eh, kau tahu hari nie ada apa sebenarnya? Tiba-tiba si Jong Kook tuh nak wat makan-makan. Ramai pula tuh yang dia panggil. Nasib la Byul free hari nie, kalau tak bosan juga aku dia tak ada." Haha sibuk mengemas ruang tamu mereka yang agak besar itu. Gary mengelap apa yang patut. "Entah, mana la aku tahu." Jawab Gary. "Kau satu tempat kerja dengan dia pun tak tahu ke." Tanya Haha. "Dah tuh kau satu rumah dengan dia pun tak tahu." Gary membalas. " Haha membuat muka geramnya pada Gary. "Kita pula yang dibidasnya." Kata Haha perlahan.

Geun Young agak teruja hari itu. Geun Young merasakan mungkin Jong Kook akan menunaikan janjinya pada hari ini iaitu ingin memasak untuknya. Geun Young tidak sabar lagi untuk merasa masakan Jong Kook oppa. "Seolhyun, tolonglah aku. Aku tak tahu nak pakai apa untuk majlis Jong Kook oppa nanti." Geun Young sedikit kelam kabut semasa memilih pakaiannya. Habis katilnya berselerak dengan pakaian yang dipilihnya. "Nie nak cuba baju ke nak jual baju?" Perli Seolhyun sambil ketawa kecil. "Kau nie Seolhyun, aku serius nie." Geun Young memandang Seolhyun dengan wajah geram. "Haha, ye la, ye la. Aku gurau je lah. Kejap aku tengok apa yang sesuai." Seolhyun membelek-belek kesemua pakaian Geun Young. Habis kesemua yang berada di dalam almari dibawa keluar.

Petang itu semuanya berkumpul di rumah Jong Kook. Tetamu yang hadir pada petang itu ialah Song Ji Hyo, Moon Geun Young , Seolhyun, Rise, Byul, Yoo Jae Suk dan Ji Suk Jin. Masing-masing kelihatan sangat cantik dan segak bergaya. Begitu juga Kim Jong Kook, Haha, Kang Gary dan Lee Kwang Soo. Petang itu mereka disajikan dengan pembuka selera iaitu Tiramisu Cup hasil air tangan Jong Kook dan dibantu oleh Kwang Soo. Semuanya kelihatan terpersona dengan keenakkan pembuka selera tersebut. "Wahh, sedap betul Tiramisu nie. Jong Kook oppa memang handal la. Nie baru membuka selera, belum rasa lagi menu utamanya." Seolhyun teruja. Geun Young senang akhirnya dapat merasai sendiri air tangan Jong Kook oppa. Namun hati Geun Young tidak keruan dengan kehadiran Ji Hyo disitu.

Masing-masing bersembang sesama mereka. Malah secara tidak langsung mereka masing-masing mengenali antara satu sama lain. Hati Geun Young gembira kerana dapat mengenali keluarga Jong Kook dengan lebih mendalam terutama Kwang Soo. Geun Young dan Seolhyun tidak henti-henti ketawa dengan gelagat dan tingkah laku Kwang Soo yang kelakar. Rise hanya mampu menyuruh Geun Young dan Seolhyun untuk bersabar dengan kerenah Kwang Soo sambil ketawa saat mengatakannya. Gary dan Ji Hyo berbual seperti biasa. Betapa cantiknya Ji Hyo pada hari itu. Gary tidak dapat menyatakannya pada Ji Hyo yang dia kelihatan begitu anggun sekali. Manakala Haha melepaskan kerinduannya pada Byul. Jae Suk dan Suk Jin pula dengan gelagat mereka berdua.

Menu utama yang disediakan khas oleh Jong Kook pada malam itu untuk para tetamu ialah Healty Clam Stew, Clear Clam Soup, Kimchi Clam Seasoning, Kimchi Flying Fish Eggs Bibimbap, Clam Cucumber Side Dish dan The Shiitake Pancake. Para tetamu terpegun dengan hidangan yang disedia semasa Haha dan Gary sibuk menghidang makan malam. Hiasannya saja telah membuatkan para tetamu tidak sabar-sabar untuk merasai makanan tersebut. "Silakan semua, jemput makan." Jong Kook mempelawa para tetamu. Kwang Soo menolong apa yang patut. Senyuman diwajah Kwang Soo tidak henti-henti kerana gembira dengan suasana yang dirasainya kini ditambah dengan kehadiran Rise.

"Terima kasih sebab sudi datang majlis oppa ye." Kata Jong Kook kepada Geun Young dan Seolhyun. Geun Young dan Seolhyun sama-sama mengucapkan terima kasih dan tersenyum. "Masakan Jong Kook oppa benar-benar sedap. Jika tidak keberatan saya ingin mempelajarinya. Harap Jong Kook oppa sudi ajar saya." Kata Geun Young bersungguh-sungguh. "Yelah Jong Kook oppa. Sedap sangat masakan Jong Kook oppa. Tak sangka Jong Kook oppa pandai memasak. Bertuahnya kalau dapat pasangan macam Jong Kook oppa." Kata Seolhyun sambil memandang Geun Young. Para tetamu tidak henti-henti memuji masakan Jong Kook pada malam itu. Malahan Jae Suk sendiri yang kurang senang dengan sikap Jong Kook juga terpaksa mengakui kesedapan masakan Jong Kook. Semasa Ji Hyo berbual dengan Jong Kook , Ji Hyo sempat bergurau, "Kalau macam nie, hari-hari saya nak awak masakkan untuk saya." Ji Hyo ketawa kecil.

Majlis malam itu semakin hampir dengan kemuncaknya. Bukan saja Ji Hyo malah Jong Kook sendiri agak gementar. Selepas makan malam, mereka semua berkumpul. Sebentar lagi kami akan hidangkan pencuci mulut pula seperti Sikhye, Yakgwa, Gyeongju Bbang dan Hoppang. Para tetamu bersorak keriangan. Mereka tidak merasa kenyang kerana keenakan masakan Jong Kook. Mereka semakin ingin dan ingin merasainya lagi. Namun sebelum itu saya ada sedikit pengumuman yang ingin disampaikan. Malah tujuan utama majlis ini diadakan adalah untuk saya saling berkongsi khabar gembira dengan anda semua. Para tetamu semakin gementar apabila mendengar ucapan Jong Kook terutama Gary dan Geun Young.

Selepas Jong Kook selesai memberi ucapan alu-aluan, Ji Hyo segera berjalan kearah Jong Kong dan berdiri bersebelahan dengan Jong Kook. Hati Gary dan Geun Young berdegup laju. Tidak semena-mena Jong Kook merangkul pinggang Ji Hyo. Ji Hyo juga melakukan hal yang sama kepada Jong Kook. Saya ingin memberitahu anda semua bahawasanya saya Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo kini sedang bercinta. Kami berharap anda semua akan merestui perhubungan kami dan mendoakan agar kami berkekalan sehingga ke alam perkahwinan.

Haha, Byul, Kwang Soo, Rise, Jae Suk dan Suk Jin bersorak gembira. Mereka tidak menyangka akan mendapat khabar gembira seperti ini. Manakala Gary dan Geun Young terdiam kaku. Mereka masing-masing cuba sedaya upaya menyorok perasaan mereka saat ini. Mereka mengikut para tetamu yang lain dengan menepuk tangan dan tersenyum. Sedangkan hati mereka sangat terkejut. Seolhyun hanya memandang Geun Young saat itu. Sesekali Seolhyun mengusap-gusap belakang Geun Young menandakan supaya Geun Young terus sabar dan tabah untuk saat ini. Seolhyun tahu Geun Young hanya menunggu masa untuk menumpahkan airmatanya. Haha memeluk Gary. Gary terpaksa berpura-pura gembira dengan khabar tersebut. Gary menggengam tangannya sekuat mungkin.

Jong Kook dan Ji Hyo sangat gembira kerana melihat para tetamu gembira dengan berita yang disampaikan. Para tetamu tidak henti-henti mengucapkan tahniah kepada mereka. Jong Kook dan Ji Hyo saling berpelukan. Sebelum Jong Kook meleraikan pelukannya dengan Ji Hyo, Jong Kook sempat mencium dahi Ji Hyo. Hati Geun Young dan Gary bagaikan dirobek-robek. Hancur dan luluhnya perasaan mereka ketika itu. Bukan saja Geun Young, airmata Gary juga tidak dapat dibendung lagi. Airmata seorang lelaki akhirnya tewas apabila wanita yang dicintainya kini menjadi milik orang lain.

Love Is LifeWhere stories live. Discover now