PART 3

892 44 0
                                    

"Jadi kamu dah mula rapat dengan dialah? Cantik tak orangnya? Anak orang berada ke?" Tanya Suk Jin ajusshi kepada Kwang Soo. Satu-satunya ahli keluarga yang Kwang Soo punya. "Ajusshi! Kalau ye pun, tak ada banyak lagi soalan nak tanya. Satu-satu la. Buat orang pening je" Kwang Soo mengerutkan mukanya. "Hahaha...ajusshi cuma tumpang gembira mendengarnya. Nanti bolehlah kenalkan pada ajusshi ye." Walaupun sikap ajusshi Kwang Soo kadang menyakitkan hatinya, namun dia telah banyak membantu dan memberikan semangat kepada Kwang Soo setelah kematian kedua ibubapanya. "Saya harap dia sudi untuk jadi sebahagian dari hidup saya. Saya tak ada siapa-siapa pun kat dunia nie" Nada Kwang Soo mula perlahan. "Ishh...apa yang kamu cakapkan nie. ajusshi ada, Kim Jong Kook ada, Minho ada. Semua orang sayang pada kamu" "Kalaulah appa dan eomma masih ada..." Kwang Soo menghela nafas panjang. Ditambah cuma Kwang Soo anak tunggal keluarga itu.

Kwang Soo tahu semua orang merasa terbeban dengan kehadirannya. Ikatan persahabatan yang kuat antara ayah Jong Kook dan ayah Kwang Soo membuatkan Jong Kook terpaksa menjaga Kwang Soo. Pada awalnya Kwang Soo tidak mahu tinggal bersama Jong Kook. Apalagi hidup bersama Jong Kook. Namun Kwang Soo tiada pilihan dalam hidupnya. Saat itu cuma itu pilihan yang dia ada. Nak mengharapkan ajusshinya, Kwang Soo tahu ajusshinya tidak mampu untuk membelanya. Apalagi dengan usia ajusshinya. Kwang Soo tidak mahu menyusahkan ajusshinya. Kini hampir 3 tahun Kwang Soo dijaga oleh Jong Kook. Sememangnya Kwang Soo tidak suka dengan sikap Jong Kook yang cerewet, suka membebel apabila marah, suka mengarah dan sebagainya. Namun Kwang Soo sedar Jong Kook adalah orang yang telah banyak membantunya selama ini. Kwang Soo tahu tanpa Jong Kook, Haha dan Gary hidupnya pasti sepi. Dengan kehadiran mereka bertiga dia masih mampu ketawa dan mewarnai kehidupannya.

"Nah." Gary meletakkan setangkai bunga dan sekotak coklat diatas meja Ji Hyo. "Untuk apa nie?" Ji Hyo memandang kehairanan. "Saja nak bagi. Ambil la. Kebetulan lalu depan kedai cenderahati tadi, nampak comel pula. Saja beli, tapi takkan nak simpan, macam pelik je kan. Ji Hyo jelah yang ambik ok." "Kamsahamnida" jawab Ji Hyo. "Entah betul ke tidak apa yang aku buat nie" Gary bercakap seorang diri. "Haa? Apa dia?" Tanya Ji Hyo seolah-olah mendengar sesuatu. "Tak...tak ada apa-apa. Ji Hyo suka lelaki yang macam mana ye?" Tanya Gary ingin tahu. "Hemmm....yang ambil berat, sentiasa ada disaat saya memerlukan dan tidak memalukan." Ji Hyo ketawa kecil. Gary tahu kadang kala dia suka memalukan dirinya dengan tindak tanduknya yang aneh.

"Ji Hyo...saya suka awak." Kata Gary dengan wajah yang tenang walaupun hakikatnya Gary gemuruh saat mengatakannya. "Ha?" Ji Hyo meneruskan kerjanya sesekali memandang Gary. "Laa...kenapa, tak dengar ke. Kalau tak dengar saya ulang balik. Saya cintakan awak!" Gary mengatakan dengan penuh yakin. "Hahaha...Kang Gary, awak nie ada-ada je. Rasanya dah banyak kali awak cakap macam tuh." Ji Hyo merasakan ianya hanyalah gurauan dari Gary. Gary buntu. Apakah Ji Hyo sedar perasaannya atau Ji Hyo sengaja buat-buat tak tahu. Gary tahu kadang apa yang disampaikannya kelihatan kelakar dan tidak meyakinkan. Namun itu adalah isi hatinya selama ini.

"Kamsahamnida. Susah-susah je. Oppa main-main je hari tuh. Tak sangka plak awak masak betul-betul." Jong Kook senang menerima pemberian Geun Young. "Tak apa, kebetulan saya masak lebih." Geun Young hanya menunduk. "Oppa suka masakan awak. Semuanya berkhasiat. Elok untuk tubuh badan." Tegas Jong Kook. Geun Young tahu jejaka seperti Jong Kook sangat mementingkan soal pemakanan seimbang. Apalagi Jong Kook sangat suka bersenam. "Haa, free tak, kalau free nak ajak awak teman oppa kejap. Ada barang syarikat yang harus dibeli." Soal Jong Kook. Geun Young terus mengangguk tanpa ragu-ragu.

Suasana senyap seketika saat didalam kereta. Geun Young menepuk-nepuk pipinya perlahan. Seolah-olah tidak percaya yang dia akan keluar berduaan dengan Jong Kook oppa walaupun atas urusan kerja. Geun Young tahu jarak umur antara mereka sangat jauh, namun cinta tidak mengenal usia. Dia sendiri tidak sangka akan jatuh cinta pada Jong Kook. Dia tahu jika dia meneruskan rasa ini, dia pasti akan sakit. Namun Geun Young tetap meneruskan rasa itu kerana dia sangat menyukai Jong Kook. Geun Young teringat kata-kata sahabat baiknya Seolhyun, "Cintailah orang yang cintakan kau. Jangan sebab orang lain kau yang merana. Kau wanita yang baik dan kau berhak dapatkan yang terbaik. Aku kawan baik kau, aku kenal kau macam mana."

"Aduhhh..." Seolhyun mengeluh sakit. Gary tidak sengaja telah melanggar bahu Seolhyun sehingga Seolhyun jatuh. "Awak ok ke, awak tak apa-apa? Maaf saya nak cepat tadi" Soal Gary cemas. "Ehh...awak Gary kan, yang duduk tingkat atas kami tuh" tanya Seolhyun secara tiba-tiba. Gary menghulurkan tangan untuk membantu Seolhyun bangun. Seolhyun pun memegang tangan Gary dan bangun. "Ye, saya Gary. Awak kenal saya?" "Kenal, awak kawan Jong Kook oppakan. Saya Seolhyun. Yelah, saya unit bawah awak. Biasalah kalau awak tak kenal saya." Kata Seolhyun menerangkan. "Owhh ye ke, maafkan saya ye" "Tak apa" jawab Seolhyun tersenyum. "Wahh...cantik juga dia nie." Bisik hati lelaki Gary.

"Sebenarnya saya nak hantarkan dokumen nie. Tadi Jong Kook mesej saya, katanya penting." Gary menunjukkan file tersebut. "Kalau macam tuh tak apa, beri je pada saya. Lagipun Jong Kook oppa baru je keluar tadi dengan Geun Young." Seolhyun mengambil file daripada Gary. "Yang selalu beri lauk pada Jong Kook tuh ke?" Tanya Gary ingin tahu. "Ye, dia kawan saya." Seolhyun merasa bangga kerana mempunyai kawan yang pandai memasak. "Owhhh...jadi dia kawan awak. Saya pernah rasa masakan dia. Sedap." Mereka berbual seketika sebelum Gary kembali ke unitnya.

Love Is LifeWhere stories live. Discover now