PART 19

565 35 0
                                    

Semasa di dalam bas, dalam perjalanan ketempat kerja, Geun Young memberitahu Seolhyun tentang apa yang terjadi antara dia dan Jong Kook oppa semalam. "Owhh, patutlah kau senyum sorang-sorang semalam. Kenapa baru pagi nie kau beritahu aku, sampai hati kau kan." Seolhyun pura-pura merajuk. "Hehe...alah janganlah merajuk Seolhyun. Hati aku berbunga-bunga semalam. Aku hanyut dalam khayalan aku. Mana sempat nak beritahu kau." Geun Young mencubit kedua-dua pipi Seolhyun.

"Kau mesti gembirakan?" Nada Seolhyun mula berubah. Geun Young mengeluh panjang. "Ye, aku gembira. Walaupun kegembiraan aku tuh hanya sementara. Kadang aku terfikir, aku tak kisah Jong Kook oppa anggap aku macam adik dia. Paling tidak, dia akan ambil berat pasal aku, dan aku pun bahagia." Jelas Geun Young. "Kau boleh ke anggap dia macam abang kau?" Seolhyun ingin tahu. "Aku cuba." Jawab Geun Young pendek.

Kwang Soo dan Rise jalan bersama-sama menuju ke dewan kuliah mereka. "Rise, saya betul gementarlah. Agak-agak macam manalah nanti. Jangan saya buat silap sudah depan ibubapa awak." Kwang Soo ketawa sendiri. "Hehe...awak jangan la risau. Semua akan ok." Rise hanya tersenyum memandang Kwang Soo. "Tapi lepas makan saya kene gerak ye." Kata Kwang Soo. "Awak nak kemana?" Tanye Rise. "Ajusshi nak jumpa saya. Katanya penting. Saya pelik juga, tak tahulah perkara apa yang penting sangat." Jelas Kwang Soo. Rise terdiam. Rise tahu ajusshi Kwang Soo, Suk Jin ingin menanyakan tentang kes buli Kwang Soo. Rise harap semuanya berjalan dengan lancar.

Byul hanya termenung melihat ke luar jendela. Fikirannya melayang. Byul tidak dapat melelapkan mata malam tadi. Apa yang terjadi malam tadi benar memberi kesan dalam hidupnya. Ayahnya tidak berganjak sedikitpun dengan keputusannya. Byul mati akal. Byul sangat meyayangi ayahnya, namun Byul juga mencintai Haha. Byul tidak mahu kehilangan salah seorang. Sedang Byul termenung tiba-tiba telefon Byul bergetar. Nama Myung Soo terpapar di skrin telefon Byul. Byul hanya membiarkan saja telefonnya terus bergetar. Byul benar-benar tidak ada mood pagi itu. Mungkin inilah yang Myung Soo harapkan. Myung Soo pasti sangat gembira jika mengetahui perkara ini. Kata Byul di dalam hati.

"Ehh...ehhh..." Habis bersepah barang-barang pejabat yang diangkat oleh Seolhyun. "Aishhh....diorang nie pun, tak ada banyak lagi ke barang suruh aku bawa." Keluh Seolhyun sendiri. "Awak tak apa-apa ke?" Gary lantas mengutip barang-barang yang bersepah itu dan memasukkannya semula ke dalam kotak. "Saya tak apa-apa." Kata Seolhyun sambil menoleh. Seolhyun ingin tahu siapakah gerangan yang sedang menolongnya sekarang. Selesai semuanya, Gary mengangkat kotak tersebut. "Gary kan?" Seolhyun tersenyum. "Ye saya." Gary membalas senyuman Seolhyun.

Semasa di dalam lif menuju ke unit Seolhyun, "terima kasih bantu saya angkat barang. Menyusahkan awak je." Kata Seolhyun. "Tak ada masalah pun. Lagipun orang lelaki yang patut bawa barang-barang macam nie. Dah terbalik pula." Kata Gary kurang setuju. Gary dan Seolhyun melangkah masuk ke unit Seolhyun. Gary meletakkan korak tersebut ke di atas meja yang ditunjukkan oleh Seolhyun. "Kalau macam tuh, saya nak balik ke unit saya dulu." Gary meminta diri. "Owh ye, awak free tengah hari nie, kalau saya ajak makan sama nak tak?" Pelawa Seolhyun tanpa teragak-agak. "Awak nak belanja saya ke?" Gary agak terkejut dengan pelawaan Seolhyun. "Ye, saya belanja. Awak dah tolong saya tadi. Itupun kalau awak sudi." Kata Seolhyun. "Ok, kalau macam tuh saya tunggu awak di kafe." Gary menundukkan kepalanya dan berlalu pergi.

Haha mengeliat di atas katilnya. Haha bangun dan duduk bersila. Mata Haha tertumpu ke arah jam di dinding biliknya. Jam menunjukkan hampir pukul 10 pagi. Haha nekad tidak mahu ke tempat kerja hari ini. Haha rasa sangat terbeban setelah apa yang terjadi. Haha tahu dia perlukan waktu untuk sementara waktu. Haha sedikit lega kerana dapat melepaskan rasanya malam tadi di dalam dakapan Jong Kook. Walaupun hakikatnya Haha sangat malu kerana menangis di hadapan Jong Kook dan Gary, namun semua itu tidak penting lagi melainkan hatinya yang sakit.

"Eh Kim Won, aku dengar Rise ajak Kwang Soo makan tengah hari dirumahnya hari nie." Kata Yoon Park sambil menikmati sarapannya di kafe kolej mereka. "Eh, kau jangan main-main dengan aku. Mana kau dengar cerita mengarut macam nie." Hati Kim Won mula resah. "Ha, tuh lah kau. Kau suka Rise, tapi apa dia wat kau tak tahu." Perli Yoon Park. "Nie yang aku nak marah nie. Si penakut tuh masih x faham bahasa ye. Bukan main lagi dia nak pergi rumah Rise." Hati Kim Won membuak-buak marah. "Untunglah Kwang Soo, dapat berkenalan dengan orang tua Rise, nampak sangat diorang serius." Kata Yoon Park selamba.

Semasa di kafe, seperti yang dijanjikan, "annyeong haseyo" Sapa Geun Young kepada Gary. "Annyeong haseyo." Gary membalas. Duduklah dulu. Seolhyun tengah beli makanan kejap. Tidak lama selepas itu Seolhyun pun sampai ke meja makan dengan makanan yang dibelinya. Seolhyun terus duduk disebelah Gary berhadapan dengan Geun Young. "Nah, harap awak suka." Kata Seolhyun. "Kamsahamnida. Susah-susah je." Kata Gary.

Sedang mereka baru mulai hendak makan Jong Kook datang menyapa mereka bertiga. "Annyeong haseyo." Geun Young dan Seolhyun bangun sejurus Jong Kook oppa menyapa mereka. "Wahh, semua ada. Bolehlah kami sertai sekali." Kata Jong Kook bersama Ji Hyo ketika itu. "Ye, apa salahnya, silakan Jong Kook oppa." Seolhyun mempelawa Jong Kook oppa dan Ji Hyo eonni untuk duduk. Ji Hyo segera duduk disebelah Geun Young sementara Jong Kook pergi membeli makanan.

"Jemput makan semua." Kata Seolhyun dengan keriangan. "Seronoknya dapat makan ramai-ramai macam nie." Tambah Seolhyun. "Tak tahu plak kau makan dengan Geun Young dan Seolhyun?" Soal Jong Kook ingin tahu. "Seolhyun yang ajak aku makan sekali, nak belanja katanya." Gary memberitahu. "Wahhh....seronoklah ada orang belanja." Kata Ji Hyo sambil ketawa kecil. "Gary bantu saya tadi semasa dilobi, jadi saya ajak dia makan untuk balas jasanya." Seolhyun tersenyum memberi penjelasan.

"Geun Young, senyap je dari tadi, tak sihat ke?" Geun Young terkejut. Dia tidak menyangka yang Jong Kook oppa akan bertanyakan soalan seperti itu kepadanya, apalagi dihadapan semua orang. "Saya sihat Oppa, jangan risau." Geun Young benar senang. Geun Young benar-benar ingin menjadi adik kepada Jong Kook oppa jika benar itulah cara terbaik untuk dia merasa kebahagiaan bersama Jong Kook oppa. "Kalau ada apa-apa, beritahu saja oppa ok." Tambah Jong Kook. Sedang mereka makan, Geun Young mula perasan rantai yang dipakai oleh Ji Hyo. "Cantik rantai eonni." Tiba-tiba kenyataan itu terkeluar daripada mulut Geun Young. Dia sendiri tidak sedar saat dia menyatakan hal tersebut.

"Owh, rantai nie ke? Ini hadiah daripada Jong Kook oppa." Ji Hyo memberitahu dengan nada gembira. "Abjad tuh, maksudnya mesti Ji Hyo dan Jong Kook kan." Geun Young cuba meneka. "Betul, pintar la Geun Young nie." Geun Young melontarkan senyuman palsunya kepada Ji Hyo eonni. Ternyata tekaannya benar. Gary berbual-bual dengan Seolhyun. Dia tahu itu jalan terbaik agar hatinya tidak sakit.

Love Is LifeWhere stories live. Discover now