PART 15

549 33 0
                                    

Byul leka menyiapkan kerjanya. Tiba-tiba telefon bimbitnya bergetar. Byul meletakkan file yang berada ditangannya lalu mengambil telefon bimbitnya. "Saya tunggu awak di tempat parking lepas kerja." Pesanan tersebut daripada Haha. Byul mula tertanya-tanya, ada apa sebenarnya. Mungkin Haha merindunya, kata Byul di dalam hati. Byul meneruskan kerja-kerjanya.

Jong Kook akui sejak dia bercinta dengan Ji Hyo, kehidupannya banyak berubah. Hatinya sentiasa gembira dan bahagia. Malah Jong Kook sangat bersemangat ke tempat kerja. Kadang kala Jong Kook dan Ji Hyo malu apabila mereka diusik oleh pekerja-pekerja di tempat mereka bekerja, namun Jong Kook dan Ji Hyo senang kerana semua mendoakan perhubungan mereka. Kalau dahulu Jong Kook banyak menghabiskan masa dirumah semasa hujung minggu, namun kini Jong Kook banyak meluangkan masanya bersama Ji Hyo. Mereka akan keluar makan dan jalan bersama-sama pada hujung minggu. Namun Jong Kook tidak akan melupakan sahabat dan keluarganya. Kadang kala Jong Kook akan keluar bersama Haha, Gary dan juga Kwang Soo.

Kes Kwang Soo dibuli akhirnya diketahui oleh Suk Jin. Minho tidak mahu melihat Kwang Soo terus diperlakukan seperti itu. Minho tahu Kwang Soo akan malu jika Rise dan Jong Kook oppa tahu perkara ini, oleh itu Minho mengambil keputusan untuk memberitahu Suk Jin. Minho sangat berharap agar Suk Jin dapat melakukan sesuatu untuk membantu Kwang Soo. "Terima kasih kerana beritahu ajusshi, kalau tidak ajusshi tak tahu apa akan jadi pada Kwang Soo." Suk Jin benar risau dengan Kwang Soo. Suk Jin tahu Kwang Soo bukan jenis yang melawan balik. Suk Jin mula memikirkan cara untuk membantu Kwang Soo.

"Oppa..." Ji Hyo memanggil Gary. Gary menoleh. Apabila melihat wajah Ji Hyo, kerinduan dihatinya mula terubat. Namun hatinya juga sakit apabila memikirkan Ji Hyo mencintai orang lain. "Saya nak minta tolong nie. Tolong tengokkan kertas kerja nie kejap. Saya takut ada kesalahan. Kejap lagi nak hantar pada pihak atas. Kalau ada kesalahan oppa tolong betulkan ye." Ji Hyo meletakkan dokumen tersebut diatas meja Gary. "Baiklah, nanti dah siap oppa beritahu." Balas Gary. "Terima kasih oppa. Nanti saya belanja minum ye." Ji Hyo kembali ke tempatnya. Gary mengambil dokumen tersebut lalu membelek-beleknya. Dalam waktu yang sama hati Gary memberontak. Entah sampai bila dia harus berpura-pura seperti ini. Entah sampai bila dia mampu bertahan.

Kalau dahulu setiap kali apabila Jong Kook turun ke unit Geun Young, Geun Young pasti akan pergi menyapa Jong Kook oppa. Namun sekarang Geun Young cuba mengelakkan dirinya daripada bertemu dengan Jong Kook oppa. Geun Young tahu sekarang bukan masa yang sesuai. Dia benar tidak kuat saat ini. Namun apabila terserempak dengan Jong Kook oppa Geun Young tidak boleh melarikan diri. Dia terpaksa berpura-pura sibuk dengan kerjanya kerana itu tidak dapat menyapa Jong Kook oppa. Untung saja Jong Kook oppa tidak perasan perubahan pada dirinya.

Byul sampai seperti yang dijanjikan. Semasa Byul berjalan menuju ke keretanya, dia melihat Haha dari jauh. "Haha..."Byul menyapa perlahan. "Rindu saya ke? Tiba-tiba je nak jumpa." Gurau Byul. "Siapa lelaki tuh?" Haha bersuara, namun tidak memandang Byul. Haha hanya menunduk. "Lelaki?" Hati Byul mula gelisah. "Jadi awak tak boleh keluar makan dengan saya sebab awak pergi makan dengan lelaki tuh?" Haha memandang Byul dengan pandangan yang tajam. "Jadi selama nie awak dengan lelaki tuh? Awak tipu saya?" Nada Haha semakin tinggi." "Haha..." Byul tidak dapat meneruskan kata-katanya.

Haha mendekati Byul. "Apa salah saya?" Haha memegang kedua-dua bahu Byul. "Pandang saya Byul. Kenapa buat saya macam nie?" "Maafkan saya." Suara Byul mula serak. Hancur hati Haha saat mengekori Byul tengah hari tadi. Haha nekad untuk mengekori Byul kerana Haha semakin curiga dengan kelakuan Byul. Haha tidak menyangka yang dia akan melihat Byul bersama lelaki lain. Malah Haha melihat bagaimana lelaki tersebut memegang tangan Byul semasa tengah hari tadi.

"Saya bukan tak nak beritahu awak. Tapi saya takut. Saya tak nak awak terluka." Airmata Byul mula gugur. "Awak lebih buat saya terluka Byul. Kenapa tak terus terang dengan saya. Kita boleh bincang." Kesedihan mula menyelebungi diri Haha. "Maafkan saya Haha. Saya tak mampu nak beritahu awak. Saya cuma tak nak awak sakit." Byul memeluk Haha dari belakang. Byul memeluk kuat pinggang Haha. Hari itu Byul menceritakan segalanya pada Haha atas apa yang terjadi selama ini.

"Mana si Geun Young nie." Seolhyun mencari-cari kelibat Geun Young. "Lamanya dia pergi tandas. Tuhlah, makan lagi pedas-pedas. Orang cakap tak nak dengar." Bebel Seolhyun sendiri. "Annyeong haseyo." Seolhyun mendengar suara seseorang. Seolhyun segera menoleh. "Eonni... annyeong haseyo." Seolhyun benar terkejut apabila Ji Hyo eonni berada di sebelahnya. "Awak ada datang majlis dekat rumah Jong Kook oppa hari tuhkan." Soal Ji Hyo. "Ah...ye saya." Seolhyun menganggukkan kepalanya. "Mana yang sorang lagi, yang pandai masak tuh?" "Oh Geun Young. Dia ke tandas jap. Dia tak berapa sihat." Kata Seolhyun. "Siapa yang tak sihat?" Tiba-tiba Jong Kook mencelah perbualan mereka."

"Jong Kook oppa..." Seolhyun menundukkan kepalanya. "Geun Young yang tak berapa sihat. Dia tak boleh makan pedas-pedas sangat tapi dia suka makan pedas-pedas. Lepas tuh mula la meragam perut dia." Jelas Seolhyun. Selang beberapa minit Geun Young datang menghampiri Seolhyun. "Eh, lamanya kau pergi tandas. Kau ok ke?" Seolhyun mula risau. Geun Young tidak menyedari kehadiran Jong Kook oppa dan Ji Hyo eonni disitu. "Aku tak apa-apa, jangan risau." Geun Young memegang-megang perutnya. "Marilah oppa hantarkan balik." Jong Kook mempelawa. Geun Young seakan mengenali suara tersebut. Geun Young menoleh melihat Seolhyun. Kelihatan Jong Kook oppa dan Ji Hyo eonni disebelahnya. "Ah..maafkan saya sebab tak perasan oppa dengan eonni." Kata Geun Young.

"Muka awak pucat, betul ke tak apa-apa? Marilah oppa hantar balik. Tak pun kita pergi klinik." Jong kook kelihatan risau melihat Geun Young. "Ehh...tak apa oppa. Saya ok. Kami balik naik bas je." Geun Young memandang Seolhyun dan memberi isyarat kepada Seolhyun. "Yelah Jong Kook oppa, tak apa terima kasih. Menyusahkan je. Saya ada, nanti saya je bawa Geun Young ke klinik." "Betul nie, eonni tengok pun Geun Young memang tak berapa sihat." Tambah Ji Hyo. "Ye, tak apa. Kalau macam tuh kami minta diri dulu ye." Geun Young dan Seolhyun segara meninggalkan Jong Kook dan Ji Hyo.

Love Is LifeWhere stories live. Discover now