PART 22

443 28 0
                                    

Pagi itu Geun Young menerima panggilan telefon daripada Seolhyun. Seolhyun memberitahu bahawa dia harus mengambil cuti selama seminggu untuk menjaga eommanya yang kini berada dihospital. Geun Young sendiri sangat terkejut mendengar berita yang disampaikan oleh Seolhyun. Eomma Seolhyun terjatuh semasa berada didalam bilik air. Keadaan eommaya kini sedang kritikal. Geun Young hanya mampu memberikan kata-kata semangat dari jauh kepada sahabat baiknya itu. "Tentang cuti kau jangan risau, biar aku yang uruskan. Aku tahulah nak buat apa nanti. Yang penting sekarang kau jaga je eomma kau ok. Yang lain-lain jangan fikir buat masa nie." Kata Geun Young sebelum menamatkan perbualan mereka.

Gary berjalan dengan berhati-hati semasa membawa makanan yang dipegangnya. Gary meletakkan makanan tersebut dengan cermat dan lantas duduk. Dengan perlahan Gary menolak makanan tersebut kearah Seolhyun. Malah Gary menyusun apa yang patut dan membuka air kotak yang dibelinya di kafe hospital tempat ibu Seolhyun sedang dirawat sekarang. "Nah, awak makanlah. Dari semalam kita sampai awak tak makan apapun. Nanti awak pula yang sakit. Macam mana awak nak jaga eomma awak kalau awak pun sakit?" Gary cuba memberikan senyuman semangat pada Seolhyun.

"Gary, saya tak tahu membiarkan awak disini adalah keputusan yang betul atau tidak." Seolhyun mula bersuara setelah sekian lama mendiamkan diri. "Kenapa cakap macam tuh, saya ikhlas tolong awak Seolhyun. Awak tak perlu risau apa-apa ok." Gary cuba meyakinkan Seolhyun. "Tapi Gary, inikan waktu percutian awak. Saya tak nak jadi sebab saya awak susah. Saya tak nak sebab saya perancangan awak nak bercuti terpaksa dibatalkan." Seolhyun sangat risau dengan keputusan Gary untuk bersamanya selama seminggu bagi membantu dia menjaga eommanya yang sakit. "Kan saya dah beritahu awak, saya sendiri belum ada arah tujuan. Saya sendiri tak tahu nak kemana. Mungkin percutian saya ialah membantu awak Seolhyun. Siapa tahu kan." Gary masih dengan keputusannya

"Tapi Gary..." Belum sempat Seolhyun menghabiskan kata-katanya Gary segera memotong percakapan Seolhyun. "Tak ada tapi-tapi lagi. Saya tetap akan ada disini dengan awak ok." Gary membuat isyarat kepada Seolhyun agar segera makan. Seolhyun mula menyuapkan nasi ke mulutnya. "Awak tak makan ke?" Seolhyun tertanya-tanya apabila makanan yang dibeli Gary cuma satu. "Tak apa, awak makanlah. Saya betul-betul tak ada selera." Melihat Seolhyun makan saja sudah membuatkan Gary kekenyangan.

"Gary, boleh saya tanya sesuatu." Seolhyun memandang Gary. "Ye, tanyalah." Kata Gary. "Sebenarnya awak nak kemana? Awak sendiri cakap awak tak ada arah tujuan." Gary mengeluh panjang. "Mungkin bila dah sampai masanya atau saya akan beritahu awak." Kepenatan mula dirasai Gary.

Sudah hampir beberapa hari hubungan Byul dan ayahnya masih tegang. Byul kini menjadi lebih senyap. Dia hanya bercakap bila perlu. Hampir beberapa hari itu juga senyuman yang biasa Byul lontarkan hilang dari pandangan. Byul lebih suka menghabiskan waktunya sendiri dan termenung. Walaupun Byul masih keluar seperti biasa bersama Haha, namun itu belum mampu mengembalikan Byul yang dulu. Haha sendiri sudah mati akal. Haha hanya mendiamkan diri dan melihat Byul. Haha tahu sekarang bukan waktu yang sesuai untuk dia menegur Byul. Haha membiarkan Byul hanyut dalam perasaannya sendiri.

Haha memandu kereta Byul seperti biasa apabila mereka keluar bersama. Keadaan sunyi sepi di dalam kereta. Byul hanya menikmati memandangan diluar tingkap. Sesekali Haha menoleh melihat Byul. Hatinya sayu. Haha merasakan dia tidak mampu melakukan apa-apa untuk Byul. Haha merasakan seolah-olah dia tidak berguna untuk Byul. Haha mula membenci dirinya sendiri. Tiba-tiba suara tangisan Byul mula kedengaran. Byul sedaya upaya menahan airmatanya, namun Byul tahu dia tidak kuat. Haha terkejut dan mula bersuara. "Byul...kenapa nie. Awak tak sihat ke?" Byul menutup mukanya dengan kedua-dua tangannya. Tangisannya semakin kuat kedengaran.

Haha segera memberi signal ke kiri dan memberhentikan kereta. Haha membuka pintu dan berlari keluar daripada kereta menuju kearah Byul. Haha membuka pintu kereta dan menarik Byul keluar daripada kereta. Haha terus memeluk Byul. Haha mengusap-gusap kepala Byul dengan lembut. "Nangislah...saya tahu awak sakit." Nada Haha perlahan. Byul menangis sekuatnya semasa di dalam dakapan Haha. Tanpa sedar airmata Haha juga jatuh membasahi pipinya. Haha berharap ini bukan pelukan terakhir mereka. Haha dan Byul hanyut di dalam dunia mereka. Kereta hanya lalu lalang melintasi mereka. Bunyi bising kereta di jalan raya sama sekali tidak diendahkan. Mereka terus berpelukan antara satu sama lain.

Love Is LifeWhere stories live. Discover now