PART 10

591 33 2
                                    

Pagi itu Geun Young bangun awal daripada biasa. Selalunya Geun Young akan menyediakan sarapan bersama-sama Seolhyun. Namun hari ini Geun Young menyediakan sendiri. Apabila Seolhyun keluar daripada biliknya Seolhyun terkejut kerana semuanya sudah tersedia. "Bagus juga penangan cinta nie. Ia membuatkan kita jadi lebih rajin. Harap-harap kau akan berterusan macam nie." Seolhyun ketawa. "Ish Kau nie kan." Geun Young mencubit manja lengan Seolhyun.

Geun Young tidak menyangka pesanannya malam tadi dibalas oleh Jong Kook oppa. Malah Jong Kook oppa tidak kisah Geun Young menghantar pesanan kepadanya dan Jong Kook oppa gembira menerima pesanan daripada Geun Young. Geun Young masih menyimpan pesanan yang dibualkan bersama Jong Kook oppa malam tadi.

Dirumah sewa Jong Kook pula riuh dengan khabar tentang Kwang Soo. Pagi-pagi lagi Gary telah menceritakan segalanya pada Jong Kook dan juga Haha. "Wahhh, Hyeong tahu dah itu mesti teman wanita kau masa kita jumpa dia hari tuh di restoran." Haha mengusik Kwang Soo. Perkara yang paling menyenangkan hati Kwang Soo adalah Jong Kook menerima perhubungan Haha dengan Rise. Kwang Soo sangat bimbang jika Jong Kook tidak dapat menerimanya. Kerana Jong Kook adalah orang paling penting didalam kehidupannya kini diikuti ajusshinya Suk Jin. Oleh itu Kwang mahu orang-orang penting didalam hidupnya menyokong apa yang dilakukannya.

"Nanti bila-bila senang bawa dia datang rumah. Hyeong sendiri yang akan masakkan untuk dia ok?" Jong Kook memberitahu Kwang Soo. Namun Jong Kook kehairanan apabila keadaan sunyi sepi. Jong Kook menoleh dan melihat Gary, Haha dan Kwang Soo. Mereka semua saling berpandangan. "Kenapa?" Soal Jong Kook. Gary, Haha dan Kwang Soo tidak menyangka yang Jong Kook akan seperti itu. Ternyata masih ada sayangnya dalam ketegasan Jong Kook. Sukar untuk mereka percaya perkara nie. "Yeahhhh....." Haha menjerit keseronokan lalu pergi memeluk Kwang Soo. Kemudian Gary mengikuti Haha. Tidak lama kemudian mereka bertiga memandang Jong Kook serentak. Dan mereka pun berlari menuju kearah Jong Kook dan mereka memeluk Jong Kook beramai-ramai. Itulah kebahagiaan kekeluargaan dan setia kawan mereka sesungguhnya. Jong Kook hanya ketawa melihat gelagat mereka.

Manakala Ji Hyo pula sangat teruja pagi itu.Hari itu Ji Hyo mengambil masa yang agak lama untuk bersiap sebelum berangkat ke tempat kerja. Ji Hyo mahu kelihatan cantik di mata Jong Kook. Selepas selesai bersolek Ji Hyo mengambil rantai yang dihadiahkan oleh Jong Kook dan meletakkan rantai tersebut ke dalam beg tangannya. Ji Hyo telah membuat keputusan untuk tidak memakai rantai tersebut lagi. Ji Hyo ingin meluahkan rasanya pada Jong Kook, dan Ji Hyo mahu Jong Kook sendiri yang memakaikan untuknya jika Jong Kook juga merasakan hal yang sama. Jika Jong Kook tidak menyukainya, Ji Hyo tidak akan memakainya, namun hanya akan menyimpannya sebagai kenangan untuk dia dan Jong Kook.

Ji Hyo memandang cermin. Ji Hyo memusing-musingkan badannya. "Hemm...cantik dah rasanya nie." Bisik Ji Hyo. Ji Hyo agak gementar untuk bertemu Jong Kook hari ini. Ji Hyo agak yakin yang dicintanya akan terbalas. Ji Hyo tidak tahu mengapa dia begitu pasti, namun itulah yang Ji Hyo rasakan. Dalam waktu yang sama Ji Hyo memikirkan Gary. Ji Hyo sedang mencari cara bagaimana untuk dia memberitahu Gary bahawa Jong Kook adalah pilihannya. Ji Hyo tahu Gary seorang lelaki yang baik. Namun cintanya pada Jong Kook. Ji Hyo sebolehnya tidak mahu menyakiti Gary. Sebelum melangkah keluar dari biliknya Ji Hyo menarik nafas dalam-dalam. "Ji Hyo! Hwaiting!!!" Ji Hyo memberikan semangat untuk dirinya sendiri.

Byul nekad untuk berterus terang dengan Myung Soo. Byul sangat berharap yang Myung Soo akan memahami. Byul menunggu kedatangan Myung Soo. Byul datang lebih awal dari yang dijanjikan. Malah Byul telah membeli minuman untuk mereka berdua. "Annyeong Haseyo" Myung Soo menyapa dan menundukkan kepalanya. "Duduklah." Byul mempelawa Myung Soo. "Saya dah pesankan minuman untuk awak. Harap awak tak kisah." "Tak mengapa." Jawab Myung Soo. Myung Soo memandang Byul. Dia tahu ada sesuatu yang ingin diberitahu oleh Byul. Masa kan pagi-pagi begini Byul sudah mengajak Myung Soo untuk berjumpa.

"Saya harap saya tak ganggu waktu kerja awak." Kata Byul. "Tak adalah. Jangan Risau. Jadi apa yang awak nak beritahu saya." Myung Soo benar-benar ingin mengetahuinya. "Saya rasa lebih baik saya berterus terang dengan awak sebelum perkara nie makin berlarutan." Byul menarik nafas dan cuba menenangkan dirinya. Myung Soo memberikan perhatian kepada Byul seratus peratus. Selesai Byul memberitahu semuanya hati Byul terasa ringan. Byul dapat rasakan sedikit beban yang ditanggungnya selama ini makin berkurang. "Byul, saya faham apa yang awak cuba sampaikan. Namun itu bukan halangan untuk saya dapatkan awak. Saya tahu awak mencintai Haha, tapi saya juga akan berjuang untuk cinta saya. Haha perlu berjuang seperti seorang lelaki. Kalau dia benar-benar cintakan awak, dia akan terus berusahakan dapatkan awak." Myung Soo memberi penjelasan.

"Myung Soo, tolonglah faham. Saya cintakan Haha, bukan awak." Byul sedikit kesal. Byul fikir Myung Soo akan melepaskannya selepas mendengar semuanya, namun jangkaan Byul salah. "Saya tak akan gunakan cara kotor untuk dapatkan awak Byul. Mungkin sekarang awak cintakan Haha, tapi dimasa hadapan?" Myung Soo tidak berganjak dari keputusannya. "Awak ada kelebihan dari segala aspek. Mana mungkin Haha dapat kalahkan awak Myung Soo. Cubalah faham." Byul mendesak. Pagi itu Byul kepejabat dalam keadaan yang sangat serabut. Beban yang sedikit hilang sebentar tadi kini mula menemaninya sekali lagi.

Love Is LifeWhere stories live. Discover now