2
Kuala Lumpur.
BUNYI siren polis. Lampu merah biru dari kereta peronda polis mengelip-ngelip. Adegan kejar-mengejar sedang berlaku. Antara polis dan orang jahat. Ini bukan tengah main polis sentry want to jaga, polis mati pencuri jaga. Ini polis real. Ini penjenayah real. Real macam dalam drama Gerak Khas, di mana semua polis tiba-tiba jadi cepat, cekap dan telus.
Suspek menaiki Pagani Zonda. Zainal menaiki Proton. Zainal tahu. Rakyat Malaysia pun tahu. Proton tidak ada peluang. Kalau dalam filem, ada kereta Proton lebih laju daripada Pagani Zonda, sah-sah pengarah filem jenis pengarah filem yang pakai kacamata old school, sedut marijuana, roh keluar masuk jasad hari-hari sambil jerit "Hiba...!" dengan deep-nya, bak melepaskan angin yang sudah sekian lama terperap di pangkal rektum.
Zainal memecut keretanya. Percaturan malam itu bergantung sepenuhnya kepada nasib. Nasib baik buruk yang ditentukan oleh dadu 'Kun fayakun' yang dibaling Tuhan. Dan siapa tahu 'Kun fayakun' malam itu memihak kepada Zainal.
"Suspek menaiki Pagani Zonda berwarna merah. Suspek bersenjata. Semua unit bersedia. Diulang. Suspek menaiki Pagani Zonda berwarna merah. Suspek bersenjata. Semua unit bersedia. Over!"
Zainal menoleh kanan kiri. Mencari kalau ada mana-mana jalan pintas yang boleh diambil untuk memotong kereta suspek. Malangnya tidak ada. Kiri kanan hanya laluan lain untuk ke jalan yang lain. Dia tidak dapat menerka ke mana suspek mahu pergi.
Kau nak ke mana, bangang!
Sebuah lori treler sarat dengan kereta berjenama Perodua muncul dari satu simpang dan bergerak ke timur. Pagani Zonda itu mengekor perlahan.
"Suspek mengubah haluan ke timur. Over!"
Suspek tidak kelihatan. Konsentrasi Zainal terganggu dengan bunyi bising dari luar.
Awak kat mana? Awak, Awak, Awak kat mana? Awak kat mana?Awak, awak, kat mana?. Lagu sengal itu kedengaran, datang kuat dari kereta kancil model lama yang diubahsuai dengan tambahan kuasa turbo dan speaker besar, bergerak perlahan di sebelah. Kepala pemandunya terhingguk-hingguk serupa kepala ayam terkedek-kedek.
Zainal kembali memandang depan.
"Semua jalan ke timur sudah ditutup. Over!"
Zainal mengambil laluan kanan memotong lori treler itu. Ketika itu juga sebuah kereta yang berada di barisan Perodua MyVi di atas treler itu mengundur perlahan-lahan. Sebaik tayar belakangnya mencecah jalan, kereta itu membuat pusingan belakang.
What?!
Sedar dia telah diperbodohkan oleh helah licik penjenayah itu. Zainal segera membuat U-turn. Saat itu, dua buah kereta peronda polis datang dari arah berlawanan, bakal merempuhnya, sial.
Oh, no, no, no!
Shreeetttt....!!! Keretanya tersekat. Dihadang kereta peronda polis sendiri. Setelah itu, satu demi satu kenderaan orang awam berhenti di belakang membaris memanjang. Bunyi hon dari kenderaan lain kedengaran tidak putus-putus, bercampur aduk dengan bunyi siren polis. Jalan jem. Telinga jem. Otak jem.
"Hoi! Kalau nak buat roadblock pun agak-agak la!" jerit pemandu kereta kancil berkuasa turbo tadi sambil dilatari lagu 'Awak Kat Mana?', disetkan replay barangkali.
Kesian. Sudah berbakti, masih diherdik. Orang awam tidak pernah faham kerja polis.
Pejabat Manny Press.
SATU lampu masih menyala. Hani masih di pejabat. Suara DJ Alin dalam slot Mentari Cinta menerusi saluran radio MentariFm sedang berputar di radio. Seperti biasa, DJ Alin membaca puisi cinta.
YOU ARE READING
ESKAPIS - sebuah novel Deen Nasir
ActionBLACK Rose – sebuah organisasi pengganas yang memperalatkan sekumpulan saintis negara – FINaL – bagi mencipta senjata pembunuh paling sempurna – G-Mutation. Black Rose disahkan lumpuh setelah letupan di markaznya yang meragut nyawa ketuanya. Kemuncu...