Bab 15 + Bab 16

1.8K 47 4
                                    

15

Jalan Esfahan, Kuala Lumpur.

DUA-DUA senjata saling bertemu. Tongkat milik Ace di kepala Sofea, manakala pistol milik Sofea pula diacukannya ke arah Ace. Sofea termakan umpan Ace yang menyamar sebagai Charlie hingga membawanya ke jalan yang sunyi itu.

"What are you feeling on this subject?" soal Ace. Tongkatnya akan meluahkan peluru bila-bila masa.

"Aku takkan serahkan maklumat ni pada kau!" balas Sofea. Dia direnung tajam. Ace merapatinya.

Ace memicit butang tengah pada tongkatnya. Terpacul keluar satu mata tajam. Dia tenung Sofea, tajam.

Sofea membatu.

"You give me no option."

Thud! Peluru bermata tirus itu dilepaskan. Seseorang melompat keluar dari semak dan menolak Sofea. Sofea terjatuh ke tanah. Sekujur tubuh lelaki terbaring di atas tanah. Di bahu kiri lelaki itu, ada kesan darah.

"Aidid!!!" jerit Sofea.

"Bagi aku USB tu dan dia selamat," kata Ace, menayangkan satu silinder kecil berisi cecair ungu gelap. Penawar bisa yang meracuni tubuh Aidid. Bisa itu membuatkan tubuh badan Aidid jadi lumpuh serta-merta.

"Five minutes left. Kalau tak, dia akan lumpuh selama-lamanya," kata Ace lagi.

Sofea kusut. Dia perlu menyelamatkan Ac. Pemacu USB yang digenggam dibaling ke arah Ace, disambut pantas. Seperti yang dijanjikan, Ace menggolekkan silinder kecil berisi penawar ke tanah, sampai ke kaki Sofea.

"Bagi dia minum. Jangan bimbang, dia akan sedar in just a minute," ujar Ace kemudian ghaib dalam kabus putih. Sempat dia mengangkat tabik sebelum hilang. Cinabeng betul.

Sofea mendekati Aidid. Meletakkan kepala lelaki itu di atas ribaannya. Cecair yang diberikan Ace dititikkan ke dalam mulut lelaki itu sambil matanya merenung wajah lelaki itu. Mengapa lelaki itu sanggup bertindak bodoh sebegitu. Hatinya merasa sesuatu. Sesuatu yang tidak dapat diterjemah dalam kata. Lelaki itu didakap, lalu kepalanya didekatkan ke dadanya, rapat, hangat.

"Urgh!" Aidid tersedar kemudian, tergumam bila dipeluk sebegitu. Tidak mampu dia menolak rasa itu. Tidak tahu bagaimana hendak digambarkan rasa yang sedang dinikmati saat itu, rasa diapit enak, hangat, syurga, rasanya seperti di dalam syurga!

"Errr... Sofea?" tegur Aidid.

Sofea tersedar. Cepat-cepat dia menjarakkan diri. Sekurang-kurangnya kini Aidid tahu dia tidak bertepuk sebelah tangan. Ataupun andai dia salah menduga, dia tahu, dia ada peluang untuk memenangi hati gadis separa jantan itu.

"Sofea... actually..."

"Lu tak apa-apa? Apasal lu ikut gua haa??" belum sempat Aidid meluahkan isi hatinya, Sofea menyampuk dengan rupanya yang merah bara.

"Agak la. Sakit la jugak. Nasib baik aku lalu sini, kalau tak tentu kau dah lama mati, kan?"

"Hek eleh. Lu lalu sini ke lu follow gua?"

"Tak. Sebenarnya... aku... "

"Aku, aku apa??"

' "Sebenarnya, aku...ak..aku..."

"Cut the crap lah bro. Jom blah. Lu boleh bangun, kan? Jangan nak ngada-ngada suruh aku angkat. Kau kan lelaki soleh, mana boleh kena pegang sesuka hati walaupun oleh betina macam aku, you know what I mean. For some pious people like you, variety is HARAM," balas Sofea.

"Apa yang kau bagi kat dia?" soal Aidid, menepuk-nepuk bajunya yang terkena debu.

"Not your problem," jawab Sofea.

ESKAPIS - sebuah novel Deen NasirWhere stories live. Discover now