6
Mont Kiara.
RUANG tamu bersepah. Dua lelaki yang menginap di situ sememangnya bangsa lipas, tikus mondok dan sekutu-sekutunya. Bungkusan fast food McD Israel, botol Coke Israel dan tin oren F&N Malaysia bersepahan sana sini. Di atas meja pula sepucuk pistol terbiar begitu saja. Memang cari bahana letak senjata api merata-rata. Laila memungut pistol itu sambil mulutnya potpet-potpet macam nenek tua, serupa bekas ahli politik yang sudah bersara tapi masih mahu bersuara, suara generasi, melaung-laung wawasan 2020 yang masih belum nampak, atau mungkin bakal dianjakkan sepuluh tahun lagi, dengan ais krim dalam tong sampah, hasil evolusi daripada idea ais krim pasu.
"Letakkan pistol tu!" arah Adam, mengacukan pistol ke arah gadis yang sedang membelakanginya.
"Apa yang kau mengarut ni, hah? Ni aku la... Laila!" balas Laila, memalingkan tubuhnya.
Adam menggeleng-geleng kepala. Sepatutnya dia sudah dapat mengagak orang di depannya itu siapa, hanya dengan melihat pinggulnya. Ya, Adam memang sudah hafal setiap bentuk tubuh badan gadis itu tadi. Lagipun, figura tubuh yang fit semacam itu itu pasti saja akan melekat dalam setiap kepala lelaki seperti Adam. Kerana setiap lelaki yang hidup sendirian, memerlukan imej seperti itu untuk dibayangkan dalam fantasi. Ya, fantasi seorang lelaki yang kesunyian kala malam menjelma.
"Buat apa kau datang sini malam-malam? Macamana kau masuk?? Alahai, kacau je orang nak tidur."
Adam menurunkan pistolnya. Dia membetulkan kembali loceng-loceng kecil yang digantung pada tali-tali halus. Loceng-loceng itu akan berbunyi bila saja ada orang menceroboh rumahnya. Bunyinya perlahan, tapi desingannya boleh mengilukan telinga.
"Kau jugak yang suruh aku datang malam-malam. Takut orang lain nampak. Satu lagi, rumah bersepah-sepah. Pistol kau letak merata-rata. Pintu pulak tak kunci. Aku ingatkan selamat sangat tempat ni," kata Laila.
"Pintu tak kunci??" soal Adam. Dia pasti sebelum tidur dia sudah mengunci pintu rumahnya. Mustahil ada yang dapat membuka pintu itu kerana kunci rumah sentiasa melekat di tubuhnya, diselitkan di dalam seluar dalamnya.
"Ye lah. Pintu tak kunci. Kalau tak, macamana aku boleh masuk? Kau ingat aku ni hantu ke boleh tembus-tembus?" Laila cuba berjenaka. Macam pelawak I'm sorry, jenakanya tidak menjadi.
"Fak!" jerit Adam. Dia meraba-raba setiap inci badannya. Baju tidurnya ditanggalkan lalu menampakkan susuk tubuhnya yang sasa. Setelah itu, tali pinggangnya ditanggalkan pula. Hampir sahaja seluarnya ditanggalkan di depan Laila.
"Kau nak buat tarian bogel ke apa ni?" Laila mengomel, mengepal tangannya, bersiap-sedia untuk menyerang lelaki separuh bogel di depannya itu.
"Haish! Apa yang kau pikir? Kau ingat aku ni murahan sangat ke?" balas Adam. Silap dia juga kerana terlupa yang berdiri di depannya itu seorang gadis sunti, si anak dara.
"Mana la tau kau ni spesis gigolo ke, siang Adam, malam Hawa," jawab Laila, tersenyum nakal, 'hiks'!
"Jangan buat lawak bodo boleh tak? Kunci rumah yang selalu melekat kat badan aku, sekarang dah tak ada!"
"Jehan? Jehan mana??"
"Alamak!" Adam menepuk dahi. Dia berlari ke bilik yang ditempatkan Jehan. Tepat agakannya. Jehan tiada. Di atas katil, ada sekeping nota yang ditinggalkan Jehan. Adam membacanya.
Sorry, Adam. Aku tak percayakan kau. One more thing, sorry sebab teraba 'barang' kau. Mana la tau kan kalau kau tetiba horny tadi. Salah kau jugak taruk kat tempat camtu. Anyway, not bad. I'm impressed! - Jehan
"Kenapa?" soal Laila bila Adam keluar dari bilik itu.
"Jehan dah lari. Dia tak percayakan aku," jawab Adam.
YOU ARE READING
ESKAPIS - sebuah novel Deen Nasir
ActionBLACK Rose – sebuah organisasi pengganas yang memperalatkan sekumpulan saintis negara – FINaL – bagi mencipta senjata pembunuh paling sempurna – G-Mutation. Black Rose disahkan lumpuh setelah letupan di markaznya yang meragut nyawa ketuanya. Kemuncu...