7
Lapan tahun lalu...
Lebuhraya Utara-Selatan, Kilometer 223.
TIDAK banyak kenderaan yang melalui lebuhraya malam itu. Selang lima belas minit, baru ada sebuah kenderaan. Tidak hairan kalau kawasan itu sentiasa menjadi sasaran perompak lebuh raya. Selain perompak lebuh raya, mekanik-mekanik jalanan pun selalu meronda di kawasan itu, mencari klien yang dijerat dengan taburan paku-paku di jalan. Cara cari makan zaman ini, jerat.
Van Vanette berwarna putih bergerak dengan kelajuan normal. Pemandunya, lelaki berbangsa Cina. Di tempat duduk penumpang depan, seorang remaja belasan tahun.
"Boleh tahan jugak radio ni," Amos Tan Ryung Jang bermonolog sendiri. Bibirnya cuba mengikut rentak lagu Lies dendangan McFly.
You better run for cover,
You're hurricane full of lies,
The way you headed,
No one's getting out alive...
Radio itu dibelinya daripada seorang salesman Siam yang mendatangi vannya semasa di Hentian Temerloh. Harganya murah. RM30.
Barang 'Made in China' ni tahan tiga bulan pun jadi dah. monolog hati Amos.
Lies...
Li..li..living in fantasy...
Capaian frekuensi siaran radio tiba-tiba terganggu.
Aik, dah rosak!
Tidak semena-mena lampu depan pula terpadam. Amos tenang. Kelajuan diperlahankan. Mata dileretkan ke cermin pandang belakang. Sebuah Volvo hitam bergerak perlahan di belakang. Signal kecemasan dinyalakan.
Amos pandang cermin pandang belakang sekali lagi lalu tersedak. Kepala seorang lelaki bersama SVD-Dragunov terjongol di atas bumbung Volvo itu. Raifalnya bersedia untuk melepaskan tembakan. Gila.
"Kissiyya..!!" tempik Amos.
Ihsan terjaga.
THUD!
Satu tembakan dilepaskan. Tepat mengenai salah satu tayar belakang van. Van hilang kawalan dan mula terhuyung-hayang. Ihsan toleh ke belakang. Segera, HK P9S dari beg galasnya dikeluarkan. Pistol diacu ke luar, ke belakang, tanpa menoleh.
DAM! DAM!
Beberapa das tembakan dilepaskan. Pergerakan van yang tidak stabil membuatkan tembakan-tembakannya tersasar.
THUD!
Sekali lagi tembakan yang tepat dilepaskan dari musuh. Mengena bahu Ihsan. Pistol yang dipegangnya terjatuh. Amos membelokkan vannya ke bahu jalan, menarik brek tangan. Van itu bergesel sebelum berhenti. Nyaris-nyaris merempuh penghadang jalan.
"Cepat lari! Lari!!" arah Amos.
Sambil menahan sakit akibat luka di bahu, Ihsan mengeluarkan sebilah pisau belati dari beg galasnya. Darah dari luka itu mengalir hingga ke siku. Dia menanggalkan bajunya, mengoyak dan mengikat bahagian luka itu untuk menghentikan pendarahan.
"Uncle?"
"Jangan pedulikan Uncle. Lari sekarang! Lari!"
Volvo hitam tadi berhenti di belakang van Amos. Amos menggenggam erat rantai salibnya. Bibirnya terkumat-kamit membaca sesuatu. Sementara Ihsan, mengatur modus operandi untuk memberikan serangan balas. Empat orang lelaki berbadan sasa keluar dari Volvo itu. Mereka berjalan tenang ke arah van Amos. Salah seorang dari mereka berlari anak ke arah tingkap di tempat duduk pemandu van.
YOU ARE READING
ESKAPIS - sebuah novel Deen Nasir
ActionBLACK Rose – sebuah organisasi pengganas yang memperalatkan sekumpulan saintis negara – FINaL – bagi mencipta senjata pembunuh paling sempurna – G-Mutation. Black Rose disahkan lumpuh setelah letupan di markaznya yang meragut nyawa ketuanya. Kemuncu...