21
CIU.
RAZAK sudah ada di dalam bilik itu bila Aidid memasukinya. Seperti sudah lama menanti Aidid di hadapan komputer riba milik Datuk Nazeri. Aidid sedikit terkejut dengan keberadaan Razak di situ. Sehabis upaya disembunyikan rasa pelik itu, tapi Razak berjaya mengesannya.
"Kenapa? Tak suka saya ada kat sini?" tanya Razak.
"Tak. Tuan buat apa kat sini?"
"Tentang laporan keseluruhan maklumat dalam komputer Datuk Nazeri, dah siap?"
"Belum. Ada satu folder yang saya gagal buka."
"Oh, ya ke? Boleh saya tengok?"
Aidid mengambil komputer riba itu, menekan-nekan papan kekuncinya.
"Ini foldernya," ujar Aidid.
Razak menatap skrin komputer riba itu. Ada folder yang mesti dimasukkan password terlebih dahulu. Dengan tenang, Razak menaip-naip sesuatu, memasukkan passwordnya. Sekali cuba, folder itu berjaya dibuka.
"Done," kata Razak
Aidid terkejut.
"Bagaimana tuan tahu passwordnya?"
"Kan saya dah cakap, bekas setiausahanya orang dalam CIU. He used the same password for every account he has. 'irezan', terbalik dari namanya sendiri."
Aidid membuka folder itu. Pelik. Cuma ada satu dokumen. Berbeza dengan folder-folder sebelumnya. Dia membaca dokumen itu. Seperti jadual. Dan mengikut jadual itu, minggu depan, akan berlaku urus niaga antara Black Rose di Pelabuhan Kuantan. Urus niaga itu dilabelkan dengan 'w-ex'.
"W-ex?" monolog Aidid.
"Did you just say 'w-ex'?" soal Razak.
Aidid mengangguk, menunjukkan apa yang terpapar di skrin ketika itu.
"W-ex stands for weapon exchange," ujar Razak lagi.
"Apa maksudnya?"
Razak berfikir sejenak.
"Black Rose mempunyai kod bahasa isyarat tersendiri. If I am not mistaken, W-Ex, maksudnya lebih kurang, untuk pertukaran senjata ketika perang, atau boleh jadi juga penerimaan bekalan tentera."
"So, ada kemungkinan akan berlaku pertukaran senjata ataupun penerimaan bekalan senjata api la ni."
"Tengok kat mana?"
"Pelabuhan Kuantan."
"Bagus Aidid. Kumpulkan semua orang kita. We got works to do."
Razak meninggalkan Aidid. Aidid hairan. Kenapa sebelum ini Razak tidak membantunya dengan folder itu? Kenapa baru sekarang?
Pelabuhan Kuantan.
SEBUAH kapal kargo berlabuh. Kolonel dan anak buahnya berjalan berkumpulan penuh gaya. Dia berada di tengah. Dikawal rapi oleh orang-orangnya. Mereka berhenti pada sebuah kargo. Kargo itu dibuka. Silent Assassin, Carl Gustav, Mesingan M60 dan segala jenis raifal serta bom memenuhi setiap inci ruang kargo itu. Seorang lelaki berkepala botak, berseluar pendek dan hanya berselipar jepun berjalan menghampiri mereka semua, sendirian, tanpa gentar sedikit pun.
"Bagaimana?" tanya lelaki botak itu.
"Baik. Bayarannya kemudian," balas Kolonel.
Lelaki botak itu tersengih-sengih. Tangan kirinya diangkat seakan-akan memberi arahan kepada seseorang.
YOU ARE READING
ESKAPIS - sebuah novel Deen Nasir
AcciónBLACK Rose – sebuah organisasi pengganas yang memperalatkan sekumpulan saintis negara – FINaL – bagi mencipta senjata pembunuh paling sempurna – G-Mutation. Black Rose disahkan lumpuh setelah letupan di markaznya yang meragut nyawa ketuanya. Kemuncu...