11
Enam tahun lalu...
Kedai Sutera Emas, Bandar Ceneh Baru, Kemaman, Terengganu.
HAJI Nasrul mengemaskan susunan kain sutera di atas rak. Tempahan bulan ini makin bertambah. Dia perlu bekerja lebih efisien. Dua hari kelmarin, dia mendapat tempahan kain sutera yang banyak. Baru kali pertama sepanjang dia berniaga di pekan kecil itu, dia menerima tempahan sebanyak itu. Dia menoleh ke satu sudut. Ina sedang membuat kerja sekolah. Ihsan pula berlatih taekwando di belakang kedai. Hj. Nasrul senang hati melihat anak-anaknya berada di depan mata. Bahagia.Telefon berdering. Hj. Nasrul mengangkat gagang telefon. Bunyi klik-klik kedengaran bila ganggang telefon diangkat.
Takguna! detik hati Hj. Nasrul.
BOOM! Hj. Nasrul segera melompat ke luar bila kedainya itu meletup. Api menyambar bahagian belakang bajunya. Tidak dipedulikan. Matanya memandang tepat ke dalam api marak yang sedang menjilat kedainya itu. Anak-anaknya masih berada di dalam.
Ina? Ihsan?!
Hj. Nasrul melutut di depan kedainya yang terbakar. Bahagian badannya yang terbakar itu tidak dihiraukan.
"Abang!" jerit Rosnah yang baru tiba di situ. Dengan pantas dia membasahkan lebaran kain hitam yang baru saja diambil dari pembekal. Kain basah itu digunakan untuk menyelubungkan belakang badan suaminya yang sedang terbakar. Beberapa minit saja, api berjaya dipadamkan. Hj. Nasrul pula kaku masih di situ dengan mata terbuka.
Hari ini...
Hospital Keningau, Sabah.
SUDAH masuk tiga minggu Ina koma. Kepalanya luka teruk akibat dihentam dengan pasu bunga oleh seorang senior. Senior tersebut sudah lama menyimpan dendam terhadapnya. Semuanya kerana tindakan melulu Ina yang memukulnya tempohari. Sebenarnya, bukan salah Ina. Senior itu yang mencetuskan pergaduhan itu. Mengusiknya ketika dia sedang mandi bogel. Memang tabiat senior suka cari pasal dengan junior. Mereka mahukan kuasa. Mahu merasa diri berkuasa. Mahu dihormati, tapi tidak reti menghormati. Dasar senior bangang.
"Doktor, bagaimana keadaan pelajar saya?" soal Aizat.
"Cikgu jangan bimbang. Keadaannya dah makin stabil," jawab Dr. Looi lalu pergi dari situ.
"Doktor, Ina dah sedar," kata Aizat.
Dr. Looi berpaling. Mata Ina bergerak-gerak. Sedikit demi sedikit cahaya menjengah korneanya.
"Ina, ni saya. Cikgu Aizat," kata Aizat.
"Cikgu... Cikgu Aizat?" Ina terpinga-pinga. Dr. Looi mendekati. Memeriksa kedua-dua belah mata Ina.
"Saya kat mana?" soal Ina.
"Ina, awak berada di hospital. Saya Doktor Looi. Awak tak ingat siapa lelaki ni?" soal Dr. Looi pula.
"Tak. Siapa saya?"
"Hmm... tepat tekaan saya," balas Dr. Looi. Kemudian menarik Aizat menjauh.
"Hentakan yang kuat telah menyebabkannya hilang ingatan. Dia mengalami temporary amnesia. Cikgu perlu sentiasa berada di sisinya agar ingatannya kembali seperti biasa. Baiklah cikgu, saya ada patient lain lagi. Saya pergi dulu."
Dr. Looi pergi dari situ. Meninggalkan Aizat bersama anak muridnya itu.
"Pakcik siapa?" soal Ina.
Pakcik? Nampak tua sangat ke aku ni?
"Awak boleh panggil saya Abang Aizat," balas Aizat.
YOU ARE READING
ESKAPIS - sebuah novel Deen Nasir
AksiBLACK Rose – sebuah organisasi pengganas yang memperalatkan sekumpulan saintis negara – FINaL – bagi mencipta senjata pembunuh paling sempurna – G-Mutation. Black Rose disahkan lumpuh setelah letupan di markaznya yang meragut nyawa ketuanya. Kemuncu...