27
YUSUF ditolak rapat ke dinding. Kolar bajunya ditarik kuat. Gema air menitis kedengaran dalam kesunyian lorong antara bangunan-bangunan. Kawasan itu aman. Jauh dari orang. Di situ, hanya ada Yusuf dan penjenayah yang selama ini dilindunginya. Yusuf juga menjadi orang dalam Ace dalam PDRM. Tiap-tiap maklumat yang diterima tentang Black Rose akan segera dimaklumkan kepada Ace.
"Kenapa kau bunuh Datuk Nazeri?" soal Ace.
Yusuf merenung bebola mata entiti misteri itu. Dalam masa yang sama dia menyampaikan maksud tersendiri yang tampak kosong dari rasa bersalah.
"That man deserved to die!" balas Yusuf.
Ace mengeluh. Kemudian, melepaskannya. Sebetulnya dia mahu menyelamatkan Datuk Nazeri dengan menjadikannya tahanan CIU. Sama seperti yang dilakukan Adam kepada Jehan. Hanya itu tempat selamat. Menurutnya, mustahil akan ada yang cuba membunuh Datuk Nazeri dari dalam. Sedangkan di luar, Datuk Nazeri akan sentiasa diburu oleh orang-orang Black Rose. Siapa sangka, Yusuf sendiri yang membunuhnya!
"Datuk Nazeri harus hidup. Kematiannya membuatkan semua bukti kerja jahatnya menjadi milik polis. Itulah yang Black Rose mahu," ujar Ace.
"So?"
"Kau tak tahu apa yang akan jadi? CIU is one of them. Kalau bukti kerja jahatnya jatuh ke tangan CIU, pasti segala-galanya akan dihapuskan!"
"Maksud kau, Razak?"
"Just think about it, man. Bagaimana kau difitnah dan mengapa dia mahu mengambil-alih UTK."
Yusuf kelu. Barangkali menyesali tindakan terburu-burunya membunuh Datuk Nazeri. Kini dia faham sebab mengapa Ace tidak mendedahkan kerja jahat Datuk Nazeri dan hanya memerangkapnya. Walaupun Datuk Nazeri dituduh sebagai Ace, tiada sebarang bukti yang dapat membuktikan dia bertanggungjawab atas segala 'jenayah' Ace. Meletakkan Datuk Nazeri di dalam posisi persona bertopeng itu seperti menyelamatkannya dalam lingkungan misteri yang tiada sesiapa mengetahui.
"Sekarang, apa yang kita kena buat?"
"Razak will use that man to trap me."
"That man?"
"Adam."
"Pembunuh Burning Corpse?"
Ace tersenyum sinis. Nyata, UTK juga terperdaya. Mereka tidak pernah tahu siapa sebenarnya penjenayah sebenar pembunuh teknik Burning Corpse itu. Ace juga tidak tahu. Yang jelas, bukan Detektif Adam. Dia yakin.
"Ceritanya rumit. Adam bukan penjenayah Burning Corpse. But he was the saddest victim. Lagi menyedihkan, dia tak pernah sedar tentang itu."
Ace membaling keping-keping daut terup ke udara. Menyalakan api. Api yang seakan-akan terbang itu menyambar sekeping daun sat. Membakarnya sampai hangus.
"The point here is to choose the right target. The question is why it must be this card?"
Payah untuk Yusuf mengerti filosofi itu. Belum sempat dia bersuara, Ace menambah, "Lakukan tugas kau sebagai polis sejati. Kau saja polis yang aku percaya."
Pandangan Yusuf dilirikkan ke tanah. Celahan daun-daun sat tadi bersinar-sinar dipancar cahaya lampu jalan. Dia menguis-nguisnya. Sepucuk pistol emas diam di situ bersama sekeping nota; 'Sasarkan pada pesalah'. Dia berpaling ke arah Ace. Tiada siapa lagi di situ.
***
SESAK. Pintu depan dikerumuni wartawan. Masing-masing berebut untuk mendapatkan berita terkini tentang pencerobohan yang berlaku di CIU. Tambah sensasi, suspek yang dipercayai sebagai Ace selama ini dibunuh di dalam penjara.
YOU ARE READING
ESKAPIS - sebuah novel Deen Nasir
ActionBLACK Rose – sebuah organisasi pengganas yang memperalatkan sekumpulan saintis negara – FINaL – bagi mencipta senjata pembunuh paling sempurna – G-Mutation. Black Rose disahkan lumpuh setelah letupan di markaznya yang meragut nyawa ketuanya. Kemuncu...