Bab 39 - Epilog (TAMAT!)

2.5K 59 38
                                    

39

Dewan Mawar Kamila, Tingkat 13, Hotel Continental.

TIADA siapa sangka majlis malam itu akan berakhir dengan kematian. Apapun, pastinya berita itu bakal dijadikan isu bagi sesetengah pihak yang sudah lama memendam kemarahan terhadap golongan kapitalis itu. Siapa yang tidak akan marah bila duit mereka yang sepatutnya digunakan untuk membangunakan negara dibazirkan dengan mengadakan majlis besar-besaran yang akhirnya berakhir dengan sebegitu rupa?

"Semua ni salah awak."

"Apa pulak salah saya. Awak yang cakap saya boleh panggil siapa je yang saya nak."

"Kalau jemput Dato' Rossa, takde la jadi macam ni."

"Err... sebelum ni diorang okay je."

"What? Tayang body sana sini, itu yang awak kata okay?"

"Eleh, habis Dato' Rossa tu? Ingat saya tak tahu abang ni jantan macamana?"

Mulut PM tersumbat dengan hujah bininya. Bila berdebat dengan bininya, selalu saja dia yang kalah. Bukan saja dengan bininya, malah bila berdebat dengan sesiapapun, dia tetap akan kalah.Walau bagaimanapun, tidak kira sama ada kalah atau menang, orang yang berdebat dengannya tetap akan dihukum. Kalau bukan kerana si Doraemon yang memiliki sebelas beg Birkin itu bininya, pasti sudah lama ia dibunuh hidup-hidup, dihancur leburkan dengan bom C4. Tapi, bukan RM saja yang suka berdebat dengan PM. Beberapa bulan lepas, seorang bekas perdana menteri mengajaknya berdebat – namun alkisahnya seperti Hang Jebat mengajak Hang Tuah beradu tenaga, "Hey Hang Tuah, kalau tuan hamba anak jantan, ayuh kita berentap!" – anehnya, Hang Tuah membisu, malah tiba-tiba saja sakit perut, maka ditilik sekalian pawang bahawa Hang Tuah sudah terkena buatan orang. Demi keselamatan rakyat berdasarkan tilikan air di dalam tempayan, Nujum Pak Belalang menasihatkan Hang Tuah agar tidak turun berentap – siapa tidak nampak, itu bererti ia anak luar nikah – namun rakyat jelata jauh lebih mengerti dengan penuh yakin bahawa hakikatnya Hang Tuah sudah dijangkiti virus diarrhea dari bininya.

Dari tadi Yusuf memerhatikan kedua-dua lakibini itu. Lega kerana dia bukanlah satu-satunya suami yang looser di atas muka bumi. Atau mungkin hakikatnya memang begitu; tidak kira dengan siapa wanita itu berkahwin hatta dengan raja Firaun sekalipun, mereka tetap akan menang walaupun salah. Mempersoalkan tentang suami mana yang tidak tunduk pada Queen Control tidak ubah seperti bertanya, 'Suami mana tak sayang bini?'. Sedang Yusuf asyik membandingkan bininya dengan bini RM, sesusuk tubuh tiba-tiba saja menampakkan diri. Yusuf menarik kolar bajunya ke atas agar Razak tidak menyedari kehadirannya di situ.

"Helo, Adam?" bisik Yusuf pada alat komunikasi yang dipasang di kolar bajunya.

"Ya?" sahut Adam.

"Kau betul. Razak ada kat sini."

"Okay, here is the plan. Aku nak kau heret dia sampai bumbung. Can you do it?"

Yusuf memandang semula ke tempat Razak berdiri tadi. Razak sudah tiada di situ.

Shit! Kau pergi mana?

"Can you do it?" soal Adam lagi.

Tuut! Alat komunikasi terputus tiba-tiba.

***

LANTAI dewan basah dengan air hujan yang turun makin lebat. Kelihatan beberapa orang juruteknik elektrik yang sedang berusaha untuk menutup bumbung itu menggunakan sistem suis alternatif melalui kendalian secara manual. Sudah berjam-jam mereka menghadap kotak suis itu, namun masih belum ada apa-apa perubahan. Adam memerhati gelagat Yusuf dari belakang pentas di samping cuba untuk memahami apa sebenarnya yang sudah terjadi di atas pentas. Seorang lelaki baru saja mati di atas pentas – kematiannya boleh diklasifikasikan kemalangan atau boleh juga dianggap kes bunuh diri.

ESKAPIS - sebuah novel Deen NasirWhere stories live. Discover now