Bab 33 + Bab 34

1.5K 34 1
                                    

 33

JEHAN merobek bungkusan yang diberikan kepadanya. Kelihatan seekor tikus menghampiri kakinya. Disepak makhluk Tuhan itu sampai tercampak ke dinding. Manusia, pengguna makhluk primer mengatasi segala sekunder. Bungkusan itu berisi nasi putih, seekor ikan goreng, sayur kacang panjang dan sedikit sambal. Lauk sama macam semalam. Nasi berlauk itu digaul kemudian disuap segempal demi segempal ke dalam mulut. Kedengaran roda bergesel. Jehan kenal bunyi kerusi roda itu. Serta-merta kunyahannya terhenti. Mulut yang comot dengan nasi tidak dihiraukannya.

Pintu bilik dikuak dari luar. Kolonel muncul dengan berkerusi roda. Cuma dia seorang memasuki bilik itu. Sengaja Mustapha disuruh tunggu di luar. Jehan tidak berkelip merenung Kolonel. Kolonel menggerakkan kerusi roda itu, mendekati Jehan.

"Aku janji aku akan lepaskan kau dari sini dengan syarat kau beritahu aku kat mana Rauhan," bisik Kolonel.

Jehan menelan ketulan nasi yang masih berkumpul di kerongkongnya.

"Aku tak bodoh la. Sebab aku tak bagitau lagi kat mana Rauhan la kau masih biarkan aku hidup, kan?" balas Jehan. Segumpal nasi lagi dimasukkan ke mulutnya. Kunyahannya dibuat kuat-kuat.

Kolonel menekan punat kecil di kerusi roda. Mematikan kamera yang dipasang di dalam bilik itu. Dia tiba-tiba turun dari kerusi roda. Kakinya tersandung ke lantai. Diengsot-engsot tubuhnya menuju ke arah Jehan. Gerak-geri aneh itu membuat Jehan terkedu. Lelaki kejam itu kini sedang melutut di kakinya.

"Please, Jehan... Mana Rauhan? Aku takkan beritahu sesiapa, sekalipun Black Rose."

Jehan tidak mudah ditipu. Mata pembunuh upahan yang dimilikinya tidak pernah silap. Dia kenal bagaimana rupa penipu. Tapi hal itu tidak ada pada roman Kolonel saat itu. Dia seolah-olah berkata benar.

Mustapha memasuki bilik itu. Serta-merta, Kolonel mengubah perwatakannya.

"Ada apa kau masuk?" soal Kolonel.

"Kolonel terjatuh dari kerusi. Bimbang kalau jadi apa-apa. Lagipun, luka Kolonel belum sembuh," balas Mustapha.

Kolonel diangkat kembali ke atas kerusi roda.

"Bawa aku keluar dari sini," kata Kolonel.

***

KELIHATAN lima orang lelaki berbadan sasa berada di depannya. Rauhan berjaga di pintu belakang kereta. Mata Aini melilau sana-sini, sekejap ke luar, sekejap ke dalam kereta, memandang ibunya. Dia sayangkan kedua-duanya. Dia mahu selamatkan kedua-duanya. Ikut rancangan, Rauhan akan membunuh kedua-duanya, kemudian menyelamatkan anaknya.

"Hey, buddy!" kedengaran suara seorang lelaki.

Raut wajah Rauhan berubah.

Mr. William? Tak mungkin.

"Mana Auni, hah?" tanya Rauhan.

"Well, sorry to say. I don't have her," balas Mr. William.

Mr. William melangkah menghampiri Rauhan. Dia menjenguk ke dalam kereta. Agaknya Prof. Farhana ada di dalam.

"Sergeant Rauhan, please stay away," arah Mr. William.

"Bangsat, langkah mayat aku dulu!"

Rauhan mengeluarkan senjatanya.

"Are you kidding me? What kind of weapon is that?"

Tangan kanannya menghalakan pistol air mainan itu ke arah Mr. William sementara tangan kirinya pula mengeluarkan pemetik api dari poket seluarnya.

ESKAPIS - sebuah novel Deen NasirWhere stories live. Discover now