Bab 29 + Bab 30

1.6K 35 0
                                    

29

WAJAH Naomi merah menyala. Gadis blonde itu menyisip rambutnya. Wajahnya suram. Mana tidaknya, sudahlah kedua-dua budak perempuan yang diculik mereka melarikan diri. Ditambah pula dengan berita kematian tiga lagi kawannya yang hangus terbakar.

"Walau macamana pun, kita kena cari mereka berdua sampai jumpa. Budak perempuan tu satu-satunya kunci kita untuk mendapatkan penawar bagi virus ni. Bekalan antidot kita pun dah nak habis. Kalau kita curi lagi, nanti akan ada yang perasan."

"Aku yakin mereka tak dapat pergi jauh. Lagipun, ini kawasan hutan. Belon terbang or whatever pun benda yang mereka naik takkan tahan lama. Tak mungkin mereka boleh keluar dari sini."

"Ya, tapi lambat-laun Kolonel pasti tahu. Rancangan kita pasti bocor."

Moray diam lagi. Naomi mengeluh panjang.

"Aku dah tak tahan lagi jadi hamba Kolonel. Kalau bukan kerana antidot, dah lama aku bunuh iblis tu," sambung Naomi.

"Hanya dia yang tahu bagaimana untuk hasilkan antidot. Kita tak ada pilihan," balas Moray, juga berada dalam kasus yang sama.

"Tak. Sepatutnya bukan dia seorang je yang tahu."

"Naomi, kau yakin Profesor Nasrul masih belum lupakan semuanya?"

Tidak dapat dijawab Naomi. Dia sendiri tidak pasti. Namun, sesiapa saja yang sudah menjalani hukuman hipnosis yang dilaksanakan Foxtrot, pasti serebrumnya sudah dibersihkan dari segala maklumat tentang apa-apa jua ujikaji yang dijalankan Black Rose. Datuk Nasrul merupakan salah seorang daripada mereka yang telah menjalaninya.

Buat masa sekarang, harapan Naomi dan Moray ialah anak perempuannya. Dipercayai Ina merupakan orang terakhir yang tahu tentang pelengkap kepada rumus antidot itu. Hipnosis itu membahayakan nyawa kanak-kanak. Ina terlepas hukuman hipnosis kerana dia masih kanak-kanak pada masa itu. Auni? Naomi dan Moray tidak tahu mengapa Kolonel pun menyuruh mereka menculik Auni. Apa yang mereka tahu, Auni hanyalah umpan untuk menculik Dr. Aini. Tapi, apa tujuan veterinar itu diperlukan, Kolonel saja yang tahu. Demi mengekalkan kepercayaan Kolonel, mereka hanya patuh.

Di dalam hutan...

LANGIT makin gelap. Bunyi menyeramkan menjengah telinga. Auni memeluk Ina erat-erat. Ina memandang Auni, dalam. Memang patut gadis itu merasa takut. Dia juga nampak apa yang Auni nampak semalam. Hantu. Setan. Jin. Atau mungkin cuma pantulan cahaya dari mana-mana. Walau apapun, semua itu tetap menakutkan Auni. Hutan itu gelap. Di dalam kegelapan, ranting kayu pun boleh nampak seperti jemari hantu. Yang jelas, hantu tidak wujud. Yang wujud hanyalah persepsi manusia yang menjadikannya nyata pada mata kasar.

"Kau takut ke?" tanya Ina.

"Tak. Aku... aku..."

"Ala, dah dekat dua minggu kita kat dalam hutan ni. Kau pun dah nampak macam-macam, kan? Biasalah, mereka pun makhluk Tuhan jugak macam kita. Kalau kita tak kacau mereka, mereka pun tak kacau kita."

Bunyi cengkerik berpanjangan. Auni melihat Ina. Kagum. Walaupun tampak lebih muda, gadis itu lebih berani. Lebih matang.

"Betul tak macam ni?" tanya Ina. Dia cuba menyalakan unggun api. Sebelumnya, Auni yang buat.

"Hmm... ke tengah sikit," jawab Auni.

"Apa kita nak makan malam ni?" tanya Ina lagi.

"Ini saja yang aku dapat," balas Auni sambil menunjukkan seekor ikan bersaiz sederhana dan dua ekor anak ikan.

"Dah buang isi perut?" tanya Ina.

"Hah! Aku lupa."

"Bak sini."

ESKAPIS - sebuah novel Deen NasirWhere stories live. Discover now