Bab 13 + Bab 14

1.9K 53 3
                                    

13

HEADPHONE melekat pada kepala. Rusdi Daniel, 27 tahun, bekas graduan jurusan Teknologi Komputer dari Universiti Multimedia tenggelam dalam dunia maya. Matanya tertumpu penuh pada skrin komputer. Terpampang bahasa komputer berbentuk aksara-aksara hijau dengan font berformat Lucida Console berlatar belakang hitam, hanya difahami oleh pakar pengaturcara komputer. Lagu Guilty All The Same – Linkin Park dipasang kuat.

"Dude, now you can make a single move to the left. Only a single move."

Headphone tanpa wayar yang lengkap dengan mikrofon itu disambung pada sebuah alat komunikasi. Dia melakukan kerja penggodaman sambil berkomunikasi dengan seseorang. Seseorang yang hanya dikenalinya di dunia maya.

"Okay, nice! Sekarang, apa yang kau nampak?" soal Edy.

"Kotak suis?" Kedengaran jawapan daripada seseorang menerusi headphone.

"Chillax, you're on the right track. Sekarang, aku nak kau bukak kotak suis tu."

"Done. Now, what?"

"Okay, do you see any USB port there?"

"Yup."

"Connect the microchip to the port. Make sure you connect it tightly."

"Okay."

"Sekarang, turn On device tu."

"Dah."

Data-data dalam bahasa komputer telah disetkan. Butang 'ENTER' ditekan. Maklumat diterjemah dan dihantar terus dalam bentuk gelombang kepada peranti yang dipasang pada mikrocip. Sesuatu ditaip pada papan kekunci. Butang 'ENTER' ditekan kali kedua. Gelombang seterusnya sampai pada sistem peranti dan mengaktifkan mikrocip.

"Now, show time!" monolog Edy sendirian.

Dalam masa beberapa saat, sistem keselamatan City Square dikuasai sepenuhnya. Di skrin monitor, terpampang sebuah bangunan besar dalam rupa garis-garis hijau yang dipisahkan oleh grid-grid segi empat sama.

"Dude, are you still there?"

***

"Hello?"

Tiada sebarang jawapan. Edy menaip sesuatu. Kod-kod untuk mengawal kamera keselamatan di bangunan City Square diaktifkan. Dengan mudah, dia mengawal pergerakan kamera keselamatan dengan menggunakan keyboard. Dia ingin tahu apa yang sudah berlaku kepada Jack Oliver atau nama sebenarnya Amir Rashid.

Prang! Tingkap rumahnya tiba-tiba pecah berderai dibaling batu dari luar. Edy menghampiri tingkap itu, memerhati dari mana datang batu itu. Namun tiada sesiapa pun di luar. Dia kembali menatap skrin komputer. Sesuatu mengejutkannya. Di dalam skrin, seorang lelaki sedang menghalakan sebatang tongkat ke arah Amir. Belum sempat pandangan 'zoom in' diaktifkan, sekeping daun terup terbang melayang ke arah kamera. Serta-merta skrin monitor menjadi biru beberapa saat sebelum terpadam.

Fuck! What the hell is happening?!!

Edy menekan-nekan lagi butang keyboard. Skrin monitor tetap tidak menyala. Tiba-tiba saja ada bau wangi menerjah rongga nafasnya, memeningkan kepala. Dia memutarkan pandangan. Kelihatan seorang lelaki berdiri di hujung katil. Rauhan.

Siapa pulak ni..?

"Rusdi Daniel. Or known as Edy," kata Rauhan.

"Siapa kau?" soal Edy.

"Hahahah. Kolonel tak bagitahu kau siapa aku?" ujar Rauhan, sambil bermain-main dengan api lighter di dalam genggamannya.

"Kau... kau pembunuh Burning Corpse?" telah Edy.

ESKAPIS - sebuah novel Deen NasirWhere stories live. Discover now