Bab 1

36.2K 969 42
                                    

Husna Humaira POV

Nama penuh aku Nur Husna Humaira Binti Datuk Hamzah. Papa aku seorang ahli bussinessman yang berjaya. Mama aku Datin Haliza, seorang ketua persatuan wanita dikalangan Datin dan Puan Sri. Aku dibesarkan dengan limpahan kemewahan. Apa yang aku nak, pasti orangtua aku akan turuti. Aku sangat mementingkan gaya fesyen terkini dan barang mahal. Aku mempunyai dua bilik iaitu satu tempat aku beradu manakala bilik lagi satu menempatkan koleksi kasut, handbag, baju, jam, dan barang lain yang branded. Kebanyakkannya jenama Gucci, Louis Vuitton dan Prada. Aku bersekolah di Sekolah Menengah Swasta Sri Utama, Kuala Lumpur. Di sekolah, aku mempunyai geng sendiri, ahlinya Sarah dan Keysha. Mereka berdua anak Tan Sri. Setiap kali kami berjalan, para lelaki akan berhenti dan terpaku melihat kecantikkan kami. Aku juga mempunyai buah hati yang handsome, popular dan kaya. Nama buah hati aku Rayyan Haziq, Anak Datuk Ramdan.

****************************

Aiman Amzar POV

Nama aku Muhamad Aiman Amzar Bin Datuk Amran. Ayah aku seorang ahli perniagaan yang berjaya berlandaskan agama islam. Ibu aku Datin Mariah seorang suri rumah sepenuh masa. Ibu aku jarang mengikuti perjumpaan antara Datin. Dia lebih suka duduk di rumah. Walaupun diberi kemewahan, aku tetap menolak dan lebih memilih untuk bersederhana. Ayah aku memberi kemewahan dan didikan agama seimbang supaya berjaya di dunia dan akhirat. Aku mengalami rabun sehingga terpaksa memakai cermin mata pada usia 15 tahun lagi. Aku lebih santai dan simple bila mengenakan pakaian. Aku dan keluarga baru berpindah ke Kuala Lumpur dari Johor Bahru. Kawan baik aku di Johor Bahru satu-satunya yang ikhlas berkawan tanpa mengetahui status sebenar hanya Syahir seorang saja. Aku akan berbohong kepada orang mengatakan ayah aku hanya berniaga di pasar malam. Cinta? Tak pernah aku terfikir untuk jatuh cinta. Lagipun siapa nak terima lelaki nerd macam aku ni.
"Aiman kamu dah sedia? Esok nak masuk sekolah baru tau. Ayah kamu dah daftarkan kat Sekolah Menengah Swasta Sri Utama" sapa Datin Mariah.

"Dah ibu, semuanya dah siap. Ibu? Ayah tak bagitahu identiti Aiman yang sebenar kan? Aiman nak orang ikhlas kawan dengan aiman." tanya Aiman Amzar kembali.

Malam itu seperti biasa mereka berkumpul di ruang meja makan untuk makan bersama-sama. Empat beranak makan dengan berselera. Masakan Datin Mariah memang menjadi kegemaran anak-anaknya.

"Ayah, kenapa kita mesti pindah Kuala Lumpur? Kenapa kita tak duduk di Johor Bahru je. Aiman tak sukalah asyik kena pindah je. Dulu duduk Kelantan pindah Johor Bahru." soal Aiman Amzar memeriahkan suasana yang senyap sunyi tadi.

"Ayah taknak bincang lagi hal ini. Ayah dah berkali-kali bagitahu semua ini atas urusan kerja. Dah senyap. Makan." jelas Datuk Hamzah dengan memperlihat muka garangnya.

Aiman Amzar duduk di meja belajar dalam biliknya dengan bertemankan lampu meja kecil dan juga buku mata pelajaran Addmaths. Sebelum tidur dia akan mengulang kaji pelajaran. "Abang, buat ape tu? Rajinnya belajar. Esok kan baru mula sekolah. Temanlah adik berbual." sapa adik perempuan Aiman Amzar yang berusia 12 tahun, Irdina.

"Eh, pergi balik bilik sana. Macam ni ke calon pelajar nak ambik periksa UPSR? Belajar malas, main je kerjanya" perli Aiman Amzar kepada adiknya. Irdina menarik muka dan terus berlari ke biliknya.

"Hish abang ni. Bukan selalu pun berbual. Sikit-sikit belajar, belajar, belajar. Tahulah dia tuh pelajar pintar." rungut Irdina sambil membuka buku nota Sains dengan perasaan terpaksa.

SMK SRI UTAMA

"Aiman nanti ayah balik ayah jemput ye?"

"Eh takpayahlah ayah, Aiman boleh balik naik bas je, takpe ayah Aiman balik sendiri. Pergi dulu ayah. Assalamualaikum." Aiman Amzar menyalami tangan ayahnya sebelum melangkah masuk ke dalam sekolah barunya. Rumah keduanya.

Kedengaran suara asing yang membisik di sekelilingnya. Mungkin kerana dia pelajar baru dan perwatakannya yang nerd.

"Assalamualaikum, boleh saya tanya pejabat guru besar kat mana ye awak?" sapa Aiman Amzar kepada seorang gadis yang kebetulan lalu dihadapannya.

"Excuse me? Kau tengok muka aku ada tulis 'kaunter pertanyaan' ke? Takde kan? So please go away." Gadis itu menghalau Aiman Amzar dengan angkuhnya.

Tahulah cantik tapi tak guna kalau berlagak. Muka je cantik. Hati busuk. Malang betul hari pertama jumpa orang macam ni. Rungut Aiman Amzar sendiri.

"Assalamualaikum maaf ganggu, saya nak tanya pejabat guru besar kat mana yee?" Aiman Amzar menyapa dua orang pelajar yang sedang duduk bersarapan di kantin. Alhamdulillah mereka memberitahu pejabat guru besar kepada aku. Masih ada manusia yang baik lagi.

Husna Humaira POV

"Ohmygod buat rosak mood i jelah pagi-pagi ni. Dia ingat i ni kaunter pertanyaan ke. Ergh! You all tengok tak tadi penampilan dia? Euww cermin mata besar. Yucks!" Husna Humaira sempat mengumpat dengan ahli kumpulannya, Keysha dan Sarah.

"By the way kan Maira, mana buah hati you? Tak datang ke?" tegur Keysha.

"You ingat i peduli ke dia nak datang ke nak mati ke nak hidup ke, i really dont care. Tak penting lansung. I couple dengan dia just untuk menaikkan populariti i. Dia je yang tergilakan i." jelas Husna Humaira dengan angkuhnya.

"You're the mad girl i ever meet Maira. You such a great girl!" puji Sarah mencelah perbualan mereka.

Loceng berbunyi menandakan mereka semua harus masuk ke kelas masing-masing. Berpusu-pusu pelajar menaiki anak tangga menuju ke kelas. Kumpulan Husna Humaira masih berjalan bagai itik pulang petang. Berjalan dengan muka melangit.

"Eh korang tengok tu geng Husna Humaira lalu depan kelas kita!" jerit salah seorang pelajar yang menjadi tak keruan melihat gadis yang paling cantik berjalan di koridor luar kelas mereka. Semua pelajar lelaki memandang geng Husna Humaira berjalan, tidak sekali pun mata berkedip. Mulut ternganga, terpaku dengan kecantikkan gadis itu.

Siapa yang tidak gila melihat gadis yang mempunyai potongan badan yang tinggi lampai persis model antarabangsa. Bibir merah jambu yang menawan. Wajah kacukan Mat Salleh. Mata sedikit coklat cair. Rambut panjang ikal terurai melebihi paras bahu. Cukup sempurna dan menjadi idaman semua lelaki.

Husna Humaira melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Diperiksanya bawah meja terdapat banyak bunga, coklat, surat cinta dan hadiah. Hatinya mulai bangga menjadi kegemaran ramai lelaki.

"Untunglah you Maira dapat banyak gila gift and bunga. Tak macam i ni, coklat satu. Bunga pun satu je." tegur Keysha yang jelas mencemburui Husna Humaira.

"Well, actually i tak terima lah gift and barang murahan ni semua. Memang i akan bawak balik tapi at last i akan buang semuanya dalam tong sampah atau bibik i akan ambik" lagak Husna Humaira sambil mengeluarkan buku Chemistry.

"Attention semua!" tegur Guru Besar yang mematikan suasana kelas seperti pasar tadi. Lelaki nerd tadi mengikuti langkah Guru Besar masuk ke kelas 5 Sains.

"Today saya nak kenalkan kawan baru kamu, Muhammad Aiman Amzar Bin Amran." lantang suara Guru Besar memecah keheningan dalam kelas 5 Sains.

"Hi Assalamualaikum. Nama saya Muhammad Aiman Amzar. Korang boleh panggil saya Aiman je. Saya tinggal di kawasan perumahan Harmoni. Saya baru berpindah dari Johor Bahru. Saya harap korang dapat terima saya dan bantu saya dalam pelajaran. InShaaAllah." Aiman Amzar mengakhiri sesi mengenalkan dirinya.

"Okay Aiman, awak boleh duduk belakang sekali tuh, ada bangku kosong." Arah Guru Besar.

"Eh awak yang tadi tanya kami pejabat Guru Besar kan? Tak sangka awak akan duduk di kelas yang sama dengan kami.Saya Thaqif, yang ini Afifah. Selamat berkenalan Aiman Amzar" sapa Thaqif sambil bersalaman dengan Aiman Amzar. Wajah Thaqif mirip sekali dengan wajah Syahir. Rindunya suasana sekolah dulu.

Ergh no way! Dah lah budak nerd. Bukan anak Datuk pulak tuh. Macam manalah budak miskin boleh masuk sekolah swasta nih. Memalukan!

Nerdy GuyWhere stories live. Discover now