Bab 13

11.5K 601 6
                                    

"Okay siap! Hah senang jeh rupanya."

"Eh macam manalah kau pandai pasang khemah padahal kau tak pernah bercamping nih,"

"Ape kau ingat kat sekolah cikgu tak ajar aku masa pendidikan jasmani? Hapelah err."

Aiman Amzar dan Thaqif memasukkan beg dan barang mereka yang lain ke dalam khemah. Khemah Afifah berdekatan dengan khemah mereka saja. Thaqif menyapa Afifah.

"Oi lambatnya kau pasang khemah. Inilah masalah orang perempuan,"

"Ah kau! Membebel jeh tahu. Tolonglah pasangkan. Lecehlah weh."

Mata Aiman Amzar meliar mencari kelibat Husna Humaira. Di mana agaknya khemah dia? Rupanya di sebelah khemah Afifah saja. Khemah masih belum didirikan. Husna Humaira bercekak pinggang memikirkan caranya.

"Awak nak saya tolong? Ada masa lagi 5 minit jeh ni. Nanti awak lambat, cikgu denda tau."

Sarah mengangguk tanda setuju. Husna Humaira terpaksa akur kerana Sarah memujuknya. Dia juga tak mahu didenda nanti. Setelah siap dipasang, mereka sempat mencampak beg ke dalam khemah dan berlari ke tapak berkumpul.

"Ambil kertas ini, cari kumpulan anda mengikut warna kertas ini. Cepat, cepat!"

Thaqif terpisah daripada Aiman Amzar. Mereka berlainan kumpulan. Aiman Amzar menjumpai tiga lelaki yang sama kertas dengannya. Ketiga pelajar tadi nampak baik. Husna Humaira masih tercongok tak berganjak. Dari jauh dia mengangkat kertas berwarna kuning.

"Awak sama kumpulan dengan sayalah. Saya dah jumpa 3 orang yang sama kertas."

"Ohwhat?! Sama kumpulan dengan kau? Impossible!"

"Betul lah Maira, awak sama kumpulan dengan kitaorang. Kertas awak warna kuning kan?" seorang daripada tiga lelaki tadi mencelah.

Husna Humaira mendengus. Hatinya menyumpah-nyumpah. Dia merasakan hari ini paling malang. Satu kumpulan dengan orang yang dia sangat benci. Bahkan tengok muka pun dia tak sanggup.

Ahlinya sekarang 4 lelaki dan 2 orang perempuan. Seorang lagi perempuan berasal dari kelas 5 Akaun. Pelajar lelaki lain dari kelas 5 Akaun juga. Tak sangka Aiman Amzar dan Husna Humaira saja dari kelas 5 Sains.

"Dah jumpa ahli kumpulan masing-masing? Beratur dan duduk ikut ahli kumpulan kamu."

Cikgu Wahyudin tampil ke depan membaca beberapa arahan. Sesungguhnya dia benci orang yang melanggar peraturan. Baginya orang yang tiada disiplin ini orang yang menyusahkan.

"Segala aktiviti akan dilakukan secara berkumpulan, kecuali night walk. Malam night walk semua dikehendaki masuk hutan seorang demi seorang. Untuk aktiviti harini, kita akan masuk hutan petang sikit untuk belajar cara survive bila di hutan. Kat hutan saya taknak dengar pelajar yang mulut celupar! Faham?"

Semua pelajar mengangguk saja. Ada yang muka sedih mengenangkan night walk nanti terutamanya pelajar perempuan. Ada yang sanggup patah balik ke sekolah. Husna Humaira selamba saja. Dia memerhatikan Keysha yang gedik satu kumpulan dengan Rayyan. Sarah pula satu kumpulan dengan Thaqif dan Afifah.

Selepas taklimat, semua pelajar dibenarkan pulang berehat di khemah. Mereka mesti ada di kantin tepat jam 1 petang untuk makan tengahari sekaligus solat Zuhur. Husna Humaira berjalan lemah. Dia merasakan aktiviti semua bosan.

"Why Maira? Ada masalah ke? Tell me,"

"Malangnya... hmm i satu kumpulan dengan Nerd kacamata tu. Ah! I nak baliklah. Papaaaaaa!"

Husna Humaira mula merindui papanya. Dia tidak pernah berpisah dari keluarganya. Sarah semestinya sedih juga tapi dia kembali menenangkan Husna Humaira. Dia menyusun kasutnya di luar khemah dengan kemas. Dia juga menyediakan lampu jika ada sebarang kecemasan mencari barang tak jumpa.

"Rajinnya you bawak kotak kecemasan tu? I dont think you're going to use it."

"Mama i, dia paksa i bawak. I malas nak cari pasal. So i ikutkan jelah. Tengoklah, later i campak jeh dalam hutan. Menyemak je."

Tepat pukul 1 petang semua pelajar sudah ada di kantin. Cikgu memilih beberapa orang pelajar untuk ditugaskan membahagikan makanan. Walaupun Aiman Amzar tidak dipilih dia tetap ikhlas menawarkan diri untuk membantu cikgu disitu.

"Lepas makan, semua berkumpul di surau sana untuk solat Zuhur." Arah Cikgu Hasyim.

"Sarah, macam mana ni?"

"Why? Apa yang macam mananya?"

"I tak tahulah nak solat macam mana. Parent i mana pernah ajar. Pendidikan Islam pun i tak lulus. Macam mana?"

"Haih you ni... jahil-jahil i pun i tahu solat. Apelah you ni. Its okay, you just follow je apa yang orang depan you buat. After this you belajarlah. Malu je."

Husna Humaira menjeling ke arah Sarah sambil menyuapkan nasi beriyani ke dalam mulutnya. Sarah seperti ingin mengajarnya sedangkan dia benci orang berlagak alim. Afifah yang terdengar perbualan mereka hanya tersenyum sinis. Baginya memang lumrah orang kaya, dilimpahkan dengan rezeki yang banyak tapi lansung tak mahu sujud tanda syukur.

Selesai saja solat Zuhur. Mereka kembali ke khemah memakai kasut, mengambil air dan tuala untuk aktiviti masuk ke hutan. Cikgu Hasyim kembali mengarahkan mereka beratur mengikut kumpulan warna tadi.

"Ingat yaa, apa-apa saja yang kamu buat sentiasa ingat kumpulan. Jangan sesekali berpecah. Pada akhir perkhemahan saya akan mengumumkan peserta terbaik lelaki dan perempuan, kumpulan terbaik dan banyak lagi anugerah. Jadi buat yang terbaik untuk menang ye."

Mereka mula bergerak memasuki hutan tebal tadi. Satu jam berjalan baru temui sungai. Airnya sangat bersih dan jernih. Bunyi cengkerik dan binatang lain seperti burung memeriahkan lagi hutan.

"Ish nyamuk banyaklah."

Rungut Husna Humaira sambil menepuk seekor nyamuk yang hinggap di tangannya. Aiman Amzar dan ahli kumpulannya hanya tersenyum kecil melihat kerenah manja Husna Humaira.

Mereka diajar cara menghidupkan api tanpa mancis atau lighter. Cikgu Hasyim menerangkan tentang pokok yang boleh dijadikan ubat dan buah yang boleh dimakan jika terdesak di dalam hutan. Banyak ilmu yang mereka pelajari.

Waktu hampir senja mereka segera berangkat balik ke tapak perkhemahan kembali agar tidak terlepas solat Asar dan Maghrib.
Rayyan memerhatikan Husna Humaira dari jauh yang berbual mesra dengan lelaki ahli kumpulannya. Semuanya anak datuk, tidak hairanlah Husna Humaira selesa berbual.

Malam ini tiada aktiviti. Hanya setiap kumpulan dibagi tugas untuk meronda khemah. Satu jam pertama kumpulan Rayyan meronda khemah. Selepas itu bergilir kumpulan lain. Kumpulan Aiman Amzar meronda pukul 3.30 pagi sehingga 4.30 pagi.

"Ish mengantuklah. Ronda-ronda! Mengarutlah cikgu ni. Humm papa Maira nak baliklah!" Rungut Husna Humaira yang berjalan lemah terpaksa meronda.

Aiman Amzar yang kesiankan dia menyuruh dia menyambung tidur saja. Dia dah ahli lain boleh saja meronda. Husna Humaira berdegil. Dia duduk di celahan batu besar di tepi khemah. Sesekali dia tersenguk terlelap.

"Husna? Saya kesian tengok awak tersenguk macam tu. Awak tidur lah."

Husna Humaira bangun dan memarahi Aiman Amzar. Semasa dia ingin beredar kakinya tersadung batu dan dia jatuh hampir terjatuh tapi disambut oleh Aiman Amzar. Ahli kumpulan mereka bersorak mengejek mengatakan mereka sepadan.

'Kurang ajar punya jantan! Berani dia sentuh girlfriend aku. Takpe. Kau tunggu budak Nerd. Cari pasal kan? Hahaha."

Rupanya Rayyan mengendap sedikit. Dia sedang berfikir untuk mengenakan Aiman Amzar esok. Husna Humaira kembali menolak Aiman Amzar. Dia berlari ke khemah dan sambung tidurnya. Tepat pukul 4.30 pagi, Aiman Amzar mengejut semua orang yang sedang nyenyak tidur.






Nerdy GuyWhere stories live. Discover now