"London, here i came!"
Husna Humaira mula check in Hotel dan keluar mencari makanan. Tujuan dia ke London adalah untuk merehatkan otaknya yang terlampau sarat dengan timbunan kerja dan meeting. Paling penting, dia ke sini untuk mencari Aiman Amzar. Perigi cari timba? Who cares!
Hi Sarah. I'm here. London city. I'm so exited to the max. Kali terakhir i datang masa umur 7 tahun. - Husna Humaira
I'm happy to hear that. Umm are you there to find someone? - Sarah
Of course. Misi pertama. Cari Aiman dulu. Doakan i jumpa dia secepatnya. I miss him. - Husna Humaira
"Amboi awak? Rancak whatapps. Dengan siapa? Meh saya check."
"Hish. Dengan Maira lah. Kuat cemburu rupanya Syahir sado nih hee."
Tudung Sarah dibetulkan oleh Syahir. Mata mereka saling bertentangan. Secara tidak sengaja teringat saat Syahir meluahkan cinta kepadanya dulu. Gagap-gagap!
"Eh Syahir aku call Syira tak dapat. Cuba kau call dia."
"Kau nih. Tunang sorang pun tak boleh jaga. Bakal adik ipar macam gini? Mana dia nak layan, dah kau asyik melekat kat Klinik Gigi je. Dia ajak keluar pun kau cakap busy. Manjang busy."
Thaqif masih mencuba menghubungi tunangnya. Benar kata orang, dugaan bertunang itu sungguh dasyat. Syira selalu tersinggung dengan janji palsu yang ditaburkan oleh Thaqif.
"Sayang, kunci kereta saya mana?"
"Tadi kan awak bagi saya, cuba tengok dalam handbag saya." Arah Sarah.
Ligat tangan Sarah melakar design baju pengantin yang terbaru. Ideanya sentiasa mencurah.
"Muda lagi tapi dah nyanyuk."
"Ape awak cakap? Saya merajuk 2 minit."
"Biar dia Sarah, merajuk kau sorang. Abang adik dua-dua kuat merajuk. Hahaha."
Gelak tawa mereka terhenti tatkala mendengar suara seseorang memberi salam.
"Takpayah nak tercongok kat situ. Ni akulah Afifah. Brr. Kawan sendiri dah lupa.
"Ya Allah Afifah. Aku tak cam tadi. Kau cantik sangat sekarang. Yelah dulu mana ada nak pakai makeup. Dress labuh macam nih. Siapa tuh?"
"Tunang aku. Nazim. Kitaorang datang sini nak tengok baju pengantin rekaan kau. Yang dah siap, ada?"
"Handsome. Pandai cari bakal suami kan. Hehehe. Eh boleh. Tunggu aku ambik catalog ye."
Syahir mengerling ke arah Sarah. Berani Sarah memuji tunang orang. Sarah mengusiknya kembali.
******************************
"Dah dua hari aku pusing bandar London ni. Kelibat Aiman lansung tak nampak. Cuaca dahlah sejuk. Fuh!"
Sabar Maira. Ini semua dugaan. Ingat pesan Sarah, kalau dah Jodoh, Takdir... pasti Allah temukan. Dia menyandar di kerusi berdepan dengan London Bridge. Suasana yang tenang dan nyaman.
"Hello miss, tak takut ke duduk sorang-sorang. Kat sini ramai penjahat tau."
Teguran daripada seseorang agak menakutkannya. Dia mencari akal untuk menjawab kembali.
"Nak takut buat apa? Ini pun bumi Allah jugak. Allah selalu bersama dengan orang yang berani."
"Are you sure? Gadis tak elok duduk sendirian tanpa teman."
Husna Humaira masih tidak memalingkan kepalanya pandang ke belakang. Dia takut sebenarnya.
"Saya cari seseorang. Saya percaya takdir Allah. Mungkin terjumpa kat sini ke. Mungkin jugak dia dah lupa saya. Lima tahun bukan masa yang singkat."
"Husna Humaira, saya tak pernah lupakan awak. Saya tak pernah berhenti memikirkan awak. Ingatan saya masih kekal utuh seperti mana cinta saya masih saya simpan di hati untuk awak. Saya tak pernah lupa pertama kali kita berjumpa. Saya tak pernah lupa pertama kali saya jatuh hati pada awak. Saya takkan pernah lupa, sebab awak cinta pertama saya dan akan menjadi yang terakhir. Husna, look. Awak ingat lagi Nerdy Guy yang awak benci dan menyampah dulu?"
Kali ini Husna Humaira cukup tidak sabar ingin memalingkan mukanya. Suara yang amat dirinduinya selama ini. Lelaki yang meraih cintanya, berpakaian kemas dan cermin mata besar sengaja dipakai mengingatkan kenangan pahit dan indah ketika dulu.
"Where have you been? Why did you left me after i give you all of my heart?"
"Jasad saya yang pergi. Hati awak tetap disini." Tangan Husna Humaira yang ditutupi oleh sarung tangan diambilnya dan diletakkan tepat di dadanya.
Jantung Aiman Amzar berdegup laju. Cuaca sejuk bertukar menjadi hangat serta-merta. Sebentuk cincin dikeluarkan daripada kocek seluarnya.
"Husna Humaira, will you marry me your ugly Nerdy Guy and be my heart dunia dan akhirat bersaksikan bumi Allah dan keluarga saya?"
Subhanallah sungguh dia tidak menyangka Aiman Amzar melamarnya di depan ramai orang.
"Say yes! Say yes! Say yes Kak Husna.
Orang ramai yang lalu lalang disitu turut menyokong supaya Husna Humaira bersetuju dengan lamaran Aiman Amzar.
"Hmm saya setuju terima awak kerana Allah. Please guide me to be your bidadari syurga?"
Mengalir airmata bahagia Husna Humaira dan Aiman Amzar. Perpisahan yang ditakdirkan ada hikmahnya. Kini mereka kembali bertemu dengan kekuatan jodoh.
"Suka suka jugak. Balik Malaysia kita kena melamar dengan cara betul. Ini cara mat salleh." Tegur Datin Mariah.
"Takpayah melamarlah. Balik Malaysia nikah terus!" jawab Aiman Amzar spontan.
"Eh Nerdy Guy, nampak jeh poyo tapi tak reti sabar."
"Eh Maira gedik, nampak jeh berlagak tapi hati tisu sebenarnya. Hahaha."
THE END .
ALHAMDULILLAH!
Finally selesai jugak Novel Kedua saya berjudul 'Nerdy Guy'
.
.
Terima kasih yang selalu beri idea dan support supaya saya keep update this story
.
.
Maafkan saya jika ada tertypo ke, salah peribahasa ke, salah penggunaan ayat ke. Ampunkan mistake patik dalam menulis.
.
.
Keep support hakak yee. InshaaAllah next novel menyusul.
.
.
Bye. Assalamualaikum. Wink!
.
.
Lovely|Truly|Sincerely
Miss Daisy Dee
YOU ARE READING
Nerdy Guy
Teen FictionHusna Humaira begitu membenci Aiman Amzar, budak baru yang sangat Nerd dan berlagak alim padanya. Aiman Amzar seorang lelaki yang pada luaran nampak gagah sedangkan dia sering sawan pengsan bila stress atau terkejut. Dalam diam dia menyimpan perasa...