"Kau okay ke bro? Teruk lebam muka kau nih. Kalau ayah kau tanya aku nak jawab apa?"
"Takpelah. Bukannya teruk sangat pun. Aku cakap jelah aku jatuh ke ape ke."
"Kau nak pergi office jugak ke? Aku rasa baik kau duduk rumah jelah."
Aiman Amzar bingkas keluar dan menghidupkan enjin kereta Saganya. Degil betul! Syahir tak mampu menghalang lagi.
Pon!
"Ya Allah Aiman! Kau bawak kereta elok-eloklah. Subhanallah kalau berlanggar dengan lori tadi entah mati ke hidup kita! Itulah aku cakap duduk rumah kau degil."
Syahir mengucap panjang. Hampir saja kereta mereka berlanggar dengan sebuah lori besar yang datang dari arah bertentangan. Aiman Amzar mengeluh panjang.
"Sorry." Satu perkataan saja yang keluar dari mulut Aiman Amzar.
"Kau okay tak nih? Fikiran kau melayang nih. Kau turun. Biar aku drive."
Aiman Amzar tidak membantah lagi. Dia agak diam selepas ditengking Syahir tadi.
"Apa yang menganggu fikiran kau?"
"Aku... entah rasa tak tenang lepas kejadian semalam. Aku risaukan kawan aku."
"Kawan? Ke kau suka dia?"
Aiman Amzar diam membisu. Hatinya menafikan sekeras-kerasnya tekaan Syahir. Tak mungkin Husna Humaira, seorang model terkenal akan membalas perasaannya jika ada sekalipun.
"Aiman, kenapa dengan pipi Aiman ni? Lebam. Aiman bergaduh ye?!"
"Taklah Datuk, Aiman jatuh semalam." Bohong Syahir demi menyelamatkan sahabatnya.
Datuk Amran berjalan memasuki ruangan pejabatnya. Aiman Amzar menarik nafas lega. Sangat lega. Syahir terus membuka fail dan memulakan kerjanya.
KPJ MEDICAL CENTRE
"Sarah, you busy tak? I need to talk to you. Please... i'm begging."
"Hmm you nak cakap apa? I busy lah banyak kerja. Rezeki banyak sejak you buang i jadi PA you."
"Please Sarah... i merayu."
Sarah mematikan panggilan daripada Husna Humaira. Dia tidak sampai hati mendengar suara sayu sahabat baiknya. Tambah lagi bila Husna Humaira memberitahu dia berada di hospital sekarang.
"Sarah... terima kasih sangat you sudi datang jumpa i."
'Hmm you nak cakap ape nih, cepat sikit. I banyak kerja."
"You kerja apa sekarang?"
"Kerja kat butik tekstil kawan mummy i je."
"Okaylah. Sarah,i nak mintak maaf. I tahu semua yang jadi haritu salah i. I buta hati. I tak dapat bezakan yang mana baik yang mana buruk. Raziq cuba rogol i Sarah,"
Rogol? Ya Allah. Sarah terkejut. Sahabat baiknya hampir saja dirogol oleh lelaki berumur itu.
"Nasib baik ada Aiman. You still remember him? Our classmates?,"
"Ohh really? Baguslah. I hope you cepat sembuh. Okaylah. I have to go now, takecare."
Sarah serba salah meninggalkan Husna Humaira dengan raup wajahnya yang sedih. Perasaan bencinya masih ada. Dia tidak boleh melupakan peristiwa dibuang sahabat sendiri. Rasa terhina.
"Aiman tengahari ni keluar lunch sekali nak tak? Ajak your friend haritu. Lagipun butik i dengan office yang you kerja tak jauh pun. Dekat sangat."
Aiman Amzar bersetuju. Syahir menurut saja. Bagaikan belangkas berkepit ke sana sini sehingga disalah anggap mereka pasangan homoseksual. Nauzubillah!
YOU ARE READING
Nerdy Guy
Teen FictionHusna Humaira begitu membenci Aiman Amzar, budak baru yang sangat Nerd dan berlagak alim padanya. Aiman Amzar seorang lelaki yang pada luaran nampak gagah sedangkan dia sering sawan pengsan bila stress atau terkejut. Dalam diam dia menyimpan perasa...