"Assalamualaikum ibu"
"Waalaikumussalam... siapa pulak nih, ya Allah anak ibu dah balik. Ibu rindu sangat!" Datin Mariah mencium anaknya melepaskan rindu.
"Aiman pun rindukan ibu dengan debab tuh, mana adik ibu?"
"Eh ni kenapa dahi ni? Kenapa berkapas semua nih? Aiman, jangan tipu. Baik bagitahu ibu. Jujur?"
"Taklah ibu, sikit je nih. Alaa biasalah camping jatuh kan. Takde apa yang serius pun. Alah ibu nih,"
"Sikit?! Aiman ingat jatuh perkara main-main ke? Kenapa cikgu tak telefon ibu? Ishh. Patutlah hati ibu tak tenang."
"Tengok tuh. Dah lah ibu. Benda kecik, taknak lah ibu kecoh marah cikgu. Dahlah. Lagipun ini last camping kan?"
Datin Mariah membawa masuk beg Aiman Amzar ke biliknya. Mata Aiman Amzar tertumpu pada bilik adiknya, Irdina.
"Adik? Abang dah balik ni heheheh, debab buat apa tuh?"
"Abang ni! Terkejut adik tau. Hish!"
"Eleh terkejut, oncall dengan pakwe eh? Bagitahu ibu,"
"Mana ada lah! Adik tengah buat latihan Matematik nih haa. Esok kan dah start UPSR."
Aiman Amzar mengosok keras kepala Irdina dan berlari keluar meninggalkan Irdina yang geram. Dia kembali ke biliknya dan merebahkan tubuhnya ke katil.
Selesai solat Maghrib, Aiman Amzar turun ke bawah untuk makan malam dengan keluarganya. Datuk Amran memerhatinya anak-anaknya.
"Esok adik UPSR kan? Buat betul-betul ye? Nanti dapat 5A ayah bawak kita semua pergi jalan-jalan. Nak?"
"Yay! Ayah. Adik nak handphone macam abang boleh? Bosanlah main Ipad. Dahlah besar."
"Tak baik membazir adik. Guna yang mana ada. Tak elok kan?"
"Yelah ayah."
Irdina menjawab lemah sambil memuncungkan bibirnya. Hasratnya untuk memiliki handphone canggih tidak kesampaian.
"Kenapa dahi Aiman tuh? Nak sangat pergi canping kan?"
"Jatuh sikit je ayah. Alaa dah habis camping pun kan."
Datin Mariah memujuk suaminya agar jangan terlalu berkeras dengan anak-anak. Datuk Amran hanya mengangguk dan teruskan makan.
Irdina mengendap abangnya. Abangnya memegang piala. Dia ingin tahu anugerah apa yang dimenangi abangnya.
"Piala apa tu abang? Nak tengok," tegur Irdina sambil merampas piala tadi.
"Hish adik nih!"
"Wuuu anugerah keberanian lah. Berani ke abang nih? Hahaha."
Aiman Amzar menjeling geram kepada Irdina. Kalau tak kerana keberaniannya, Husna Humaira pasti jatuh dari bukit yang sangat tinggi.
"Abang... abang cerita nih adik jangan cerita pada ayah dan ibu ye? Janji?,"
"Yelah apadia?"
"Sebenarnya... abang dapat anugerah ni sebab abang tolong orang masa night walk. Hampir orang tu jatuh dari bukit yang tinggi tau adik. Cermin mata abang pun jatuh masa tolong dia. Sebenarnya kitaorang sesat pergi jalan lain, jalan mati lereng bukit. Ada orang dengki ubah laluan. Nasib baik dia okay, abang pun okay..."
"Hish! Seramnya. Nasib baik abang okay. Kalau tak meraung ibu. Hmm 'dia' yang abang maksudkan tuh.... lelaki ke perempuan?"
"Pe..pe.. perempuan."
"Haa mesti abang sukakan dia kan?! Haaa mengaku hahaha,"
"Dah takpayah nak ejek abang. Pergi tidur. Shuh, shuh! Esok exam kan, pergi sana tidur awal!"
YOU ARE READING
Nerdy Guy
Teen FictionHusna Humaira begitu membenci Aiman Amzar, budak baru yang sangat Nerd dan berlagak alim padanya. Aiman Amzar seorang lelaki yang pada luaran nampak gagah sedangkan dia sering sawan pengsan bila stress atau terkejut. Dalam diam dia menyimpan perasa...