Bab 6

13K 677 6
                                    

Selepas bunyi loceng menandakan tamat waktu rehat, semua pelajar mula bergerak pantas masuk ke kelas masing-masing.

Aiman Amzar meneguk sedikit air mineral. Hatinya sedikit risau memikirkan ujian mengejut Addmaths tadi. Cikgu Wahyudin berjalan memasuki kelas 5 Sains. Semua pelajar mula senyap. Rotan sebesar ibu jari Cikgu Wahyudin letakkan di tepi meja guru.

Satu persatu nama pelajar dipanggil. Rata-rata berpuas hati dengan keputusan mereka. Aiman Amzar mula cuak namanya belum dipanggil lagi. Thaqif dan Afifah tersenyum mendapat markah yang sama. 17 soalan yang betul daripada 20 soalan. Keysha dan Sarah juga berkongsi markah yang sama 10 daripada 20 soalan mereka betul.

Nama Husna Humaira dan Aiman Amzar saja masih belum dipanggil. Aiman Amzar mula berpeluh tapi Husna Humaira hanya selamba.

"Kat tangan saya nih ada 2 kertas lagi. Seorang pelajar ni dapat markah paling tinggi. Seorang lagi dapat markah paling corot. SPM dah nak dekat. Belajar entah kemana!"

Semua pelajar menunggu dengan penuh tanda tanya.

"Aiman Amzar dan Husna Humaira ke depan. Tahniah Aiman, awak dapat menjawab 20 soalan tadi dengan betul, semuanya betul dan sempurna and Husna Humaira? Awak paling corot! 5 saja soalan yang betul. Awak ni belajar ke tidak?! Malulah sikit, anak Datuk tapi keputusan paling rendah."

Husna Humaira merasakan dia dipermalukan oleh Cikgu Wahyudin. Dia begitu marah. Ikutkan hatinya nak saja dia pecat cikgu tu sekarang memandangkan papanya mempunyai kuasa. Dimalukan depan orang yang paling dia benci, Aiman Amzar kelihatan tenang sekarang. Dia lega dengan keputusan ujian tadi.

"Husna Humaira dan Aiman, waktu balik jumpa saya di bilik guru" pesan Cikgu Wahyudin.

Husna Humaira sempat menjeling kepada Cikgu Wahyudin. Dia benci orang yang memalukan dia di khalayak ramai. Aiman Amzar juga dijelingnya.

"Eh tak sangka bro kau terror bab Addmaths nih, ajarlah kitaorang Aiman"

"Mana ada terror sangat, nasib je tadi. Takpe, harini korang datang rumah aku kita study sama-sama okay,"

Husna Humaira yang terdengar perbualan mereka mula buat muka menyampah.

"Study sama-sama? Eh muat ke korang nak masuk rumah sempit dia. Tak jijik ke nak pergi rumah buruk? Haha."

"Aku tak cakap dengan kau tau miss gedik. So sit there and shut up!"

Tengking Thaqif kepada Husna Humaira. Sekali lagi dia merasakan maruahnya dipijak hari ini. Dendamnya terhadap Aiman Amzar semakin mendalam.

"Cikgu nak jumpa kamu ni nak bagitahu rancangan cikgu. Memandangkan SPM semakin dekat, saya perhatikan prestasi pelajaran kamu, Husna Humaira semakin merosot. Saya taknak awak kecewakan orangtua awak. Jadi saya dah aturkan jadual supaya kamu, Aiman bantu Husna dalam pembelajaran terutamanya mata pelajaran Addmaths."

Mont Kiara

Petang itu juga Thaqif dan Afifah terpacak depan rumah besar Aiman Amzar. Irdina yang sedang makan di ruang tamu mengendap.

"Assalamualaikum, jadi ke harini nak study?"

"Eh jadilah masuk, masuk jangan malu, sekejap aku panggil ibu aku,"

Aiman Amzar berjalan ke dapur mencari Datin Mariah. Dia memaklumkan kepada ibunya ada kawannya yang datang nak study bersama. Datin Mariah mula menyediakan makanan dan minuman.

"Ibu yang ini Thaqif, yang ini Afifah. Doranglah kawan baik Aiman kat sekolah baru tuh. Dorang ni baik tau ibu." Puji Aiman Amzar.

"Assalamualaikum aunty, maaf ganggu aunty ye?"

"Eh tak menganggulah, lagipun aunty memang dah biasa kat dapur je."

"Korang, yang gempal tengah melantak kat sana tuh adik angkat aku hahaha,"

"Ibu! Tengok abang tuh!,"

Thaqif dan Afifah ketawa besar melihat Aiman Amzar mengusik adiknya yang comel. Memandangkan Afifah seorang saja perempuan, Datin Mariah meminta Irdina menemani mereka belajar di dalam bilik Aiman Amzar.

"Besarnya bilik kau Aiman, kagum aku. Pandai kau mengemas. Tersusun je"

"Eleh bukan abang yang kemas pun kak Afifah, ibu yang kemas." Perli Irdina.

Aiman Amzar ketawa malu. Mereka mula membelek buku dan nota. Jika ada yang tidak faham pasti salah sorang akan bertanya, yang lain akan menerangkan sampai jelas. Kaedah belajar ini lebih bagus. Boleh berkongsi ilmu yang kita dapat. Setelah hampir 2 jam belajar, mereka berehat sebentar. Makanan yang Datin Mariah hidangka dijamah oleh mereka sedikit.

Aiman Amzar mencapai Ipadnya di atas laci. Dia ingin mengenalkan Syahir kepada rakan barunya.

"Assalamualaikum bro, kau sihat? Ni aku nak kenalkan kawan baik aku kat sekolah baru. Mula-mula dorang pun tak tahu status aku, macam kau tapi kantoilah bro. Yang rambut panjang tuh Afifah, yang macho tuh Thaqif."

"Waalaikumussalam, aku sihat je. Kau memang berahsia je tahu last-last kantoi jugak kan! Hai Afifah, Hai Thaqif. Gembira kenal dengan korang. Jagakan si Aiman tu tau, dia tuh bukan reti jaga diri sendiri. Sikit-sikit pengsan! Haha."

"Kau melampau eh Syahir haha. Kitaorang tengah study Addmaths ni haa. Ada kau kan seronok bro. Oh ye jadi ke kau nak datang sini next week?"

"InShaaAllah jadi, mak abah aku izinkan. Maybe aku datang dengan adik perempuan aku kot. Okay bro, see you next week tau."

Perbualan ditamatkan. Aiman Amzar sangat gembira. Mahu saja dia melompat-lompat di atas katil gembira. Thaqif dan Afifah mula meminta diri untuk balik memandang hari sudah pun petang sangat. Walaupun dia gembira, kepalanya kembali kusut memikirkan rancangan Cikgu Wahyudin. Ajar gadis sombong tu? Haih.

Husna Humaira POV

Melampau betul semua orang harini. Diaorang ingat aku ni takde maruah ke! Cikgu Wahyudin dah kenapa nak suruh Si Nerd tuh ajar aku. Oh seronoklah kau ketawakan aku yang bodoh ni!

Husna Humaira mendengus marah. Datin Haliza masuk bilik anak gadisnya. Dia tahu anaknya sedang marah, dia tak peduli. Dia mendekati Husna Humaira.

"Kenapa marah ni Maira? Ada masalah ke? Come share lah dengan mama, mana tahu mama boleh tolong ke?"

"Just go away lah mama, Maira takde mood lah sekarang. Maira nak tidur,"

"Apenih Maira, mama just nak tolong kan. Maira halau mama? Up to you lah!"

Husna Humaira betul-betul tak mahu diganggu sekarang. Dia ingin bersendirian. Fikirannya bercelaru memikirkan Aiman Amzar manusia paling dia benci kena ajar dia. Ajar? Dia siapa nak ajar aku. Tak layak!

"Hello Sarah? You busy tak? Teman i ambik angin ? I bosanlah duduk rumah. Stress!"

"Okay boleh, nanti i datang ambik you dalam 15 minit lagi okay?"

Iphone Husna Humaira dicampaknya atas katil empuk. Dia sempat mengeluh panjang. Husna Humaira mengenakan dress singkat seperti biasa. Dia sempat menyembur perfume Dior sebelum keluar.

"Kita nak pergi mana ni babe?"

"I ingat nak pergi saloon and then nak pergi spa, nak relaxkan badan nih, stresslah."

"Eh tadi kan Cikgu Singa tuh panggil you dengan Si Nerd pergi bilik guru, ada ape eh? Sharelah dengan i."

"Sibuk je nak tahu. Hmm pasal tulah i stress sangat ni. You know what? Si Singa tuh suruh Si Nerd tuh ajar i? Dia akan guide i dalam mata pelajaran Addmaths. Erghh kenapa mesti dia tuh. Bencilah!"

"Hahahaha okay ini kelakar. So lepas nih you kena ikut cakap Si Nerd tulah ye? Yelah dia kan sifu you."

"Please stop make me annoying Sarah! I dah cukup stress dengan semua masalah i."

Sarah tahu Husna Humaira tak sukakan gurauan. Lebih-lebih lagi gurauan yang menyakitkan hatinya.

Nerdy GuyWhere stories live. Discover now