"Abang ada surat ni untuk abang. Abang balik rumah ye?"
Panggilan daripada Irdina dimatikan. Aiman Amzar memandu keretanya menuju laju ke rumah ibu.
"Assalamualaikum. Ibu oh ibu!"
"Waalaikumussalam. Haa datang pun. Kalau takde benda penting, takde maknanya nak datang tengok ibu. Dah lupakan ibulah tu."
"Ish ibu ni. Mana ada. Aiman tak pernah lupakan ibu."
"Haa ni abang surat untuk abang, surat ape tu abang? Bukaklah."
"Hish sabarlah. Sibuk jeh!"
Tawaran sambung belajar. Universiti Kuala Lumpur?! Alhamdulillah. Syukur. Tangannya meraba kocek mencari handphonenya.
"Syahir! Aku dah dapat surat tawaran."
"Aku pun Aiman. Alhamdulillah. Happy sangat. Aku nak balik johor sekarang. Ambik barang-barang. Esok aku bertolak datang balik."
"Okay. Kunci pintu tau. Aku bermalam rumah ibu aku. Jaga diri."
Datin Mariah memandang raut wajah anaknya yang ketawa mengekek seorang diri. Irdina melopong melihat kegilaan abangnya.
"Kenapa ni Aiman? Ketawa sorang-sorang,"
"Wire abang dah putus ibu. Dah tak betul."
"Abang dapat tawaran sambung belajarlah. Bussiness management."
"Patutlah anak ibu happy semacam. Ayah mesti suka dapat tahu Aiman dapat sambung belajar. Ayah hari minggu pun kerja."
Suasana di meja makan senyap. Aiman Amzar masih tersenyum sendiri. Irdina meratah ayam di dalam pinggannya. Datin Mariah menyapa suaminya.
"Awak, Aiman dah dapat tawaran sambung belajar. Rasanya dah boleh berhenti kerja kan?"
"Lambat lagi. Sebulan lagi. 2 minggu nak masuk belajar baru boleh berhenti kerja."
***************************
Husna Humaira POV
"Bussiness management? Alaa bosannya."
"Bosan? Eh baguslah sayang. Lepas papa pencen bolehlah Maira ganti jadi pemilik syarikat papa."
"Tapi pa... Maira tak minat semua yang berkaitan bussiness ni. Bosanlah papa."
"Try dulu."
"Mama, macam mana ni?"
"Betul cakap papa, Maira kan pewaris tunggal HAMARA Holding."
Husna Humaira mengawal perasaan. Emosinya dibuang jauh-jauh. Dia tidak mahu jadi anak yang biadap lagi. Kerjaya modellingnya dibiarkan begitu saja sejak kejadian hitam yang menimpa dirinya.
"Sarah, i dapat Universiti Kuala Lumpur in Bussiness management. I tak suka tapi..."
"Eh baguslah. I macam orang gila tadi. I memang suka pun dapat course ni. I nak bukak butik i sendiri in future."
Husna Humaira mengeluh. Dia berfikir mungkin ada betulnya juga. Siapa tahu akan datang aku akan minat bisnes? HAMARA Holdings perlukan aku akan datang.
Group whatapps berbunyi tidak sedikit pun senyap. Bertubi-tubi whatapps masuk.
"Korang i dapat UniKL lah. Bussiness management. Tak suka." - Husna Humaira
"Wow! That means we're in same place. I dengan Aiman pun sama jugak." - Syahir
"Really?! Lega lah i macam ni. Ada geng. Sarah pun sama jugak tau." - Husna Humaira
YOU ARE READING
Nerdy Guy
Teen FictionHusna Humaira begitu membenci Aiman Amzar, budak baru yang sangat Nerd dan berlagak alim padanya. Aiman Amzar seorang lelaki yang pada luaran nampak gagah sedangkan dia sering sawan pengsan bila stress atau terkejut. Dalam diam dia menyimpan perasa...