Bab 27

12.3K 610 4
                                    

"Takkan Dokter cakap kau penat je? Dia punya bincang lama kot tadi. Kau sorok ape-ape ke?"

"Mana ada. Betul lah. Dokter cakap aku penat. Itujee."

Husna Humaira POV

"I tak rasa dia sakit biasa je."

"Habis tuh? You rasa dia tipu kita semua?"

"I just rasa sebab i tengok muka dia macam orang tak sepatutnya ketawa. Dia ketawa tak ikhlas kot. I boleh nampak."

"Perasaan you je kot. Eh sayang jugak you kat dia kan? Gelabah macam ape tadi. Hahaha."

Husna Humaira tiba dirumah. Dia mencari mamanya. Ikutkan hati, dia tak mahu balik terus. Sakit matanya terpaksa melihat orang tua gatal.

"Mama, mama kat mana?"

"Kat bilik ni sayang."

"Lah, mama buat ape nih? Selendang? Mama nak buat ape?"

"Mama nak berhijab. Mama teringin nak berubah. Mama dah jumpa ustazah ajar mengaji dan solat."

"Kalau Maira nak ikut mama sekali boleh... Maira pun teringin. Selama ni Maira asyik kisah pasal harta, pangkat, darjat."

"Alhamdulillah. Happy mama dengar."

Sejak akhir-akhir ini kehidupannya banyak berubah. Dia yakin dengan Ujian Allah. Dia lebih kuat dan tabah daripada sebelum ini. Ada satu hal yang menganggu fikirannya iaitu papa, yang masih belum sedar.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam. Eh ustazah, masuklah. Sila sila. Maira? Ustazah dah datang, cepat siap nak kita nak belajar ni."

Husna Humaira hanya menutup sebahagian rambutnya turun memegang Alquran. Datin Haliza hanya tersenyum melihat kesungguhan anak gadisnya serius ingin belajar.

"Untuk permulaan kita kena mula balik. Dari iqra, muqadam kemudian baru Alquran. Saya akan ajar cara solat dengan betul."

Datin Haliza dan anaknya hanya mengangguk faham. Ustazah berjubah dan bertudung labuh, sejuk matanya memandang wajah tenang ustazah.

Universiti Kuala Lumpur

"Sarah, you rasa kalau i pakai tudung okay?"

"Okay sangat Maira tapi kenapa tiba-tiba je?"

"Saja."

Sarah memandang Husna Humaira. Pelik. Bertudung? Tak pernah terlintas di fikirannya.

"Maira, you belum cerita kat i lagi kenapa you hilangkan diri haritu."

"Look Sarah. Ini aib keluarga. I taknak you tahu. Ini maruah keluarga i."

"Tapi i dah lama kawan dengan you... kenapa i tak boleh tahu?"

"Hmm... okaylah fine. Papa i curang. I tak boleh terima Sarah. I ingatkan dia papa terbaik.

"What?! Seriously. Hmm. I'm sorry. I dont know. I tahu you tabah. I tahu benda ni berat bagi you. Demi mama, you have to be strong girl. Come hug me."

Berlinangan airmata Husna Humaira di pelukan Sarah. Bagai satu batu berat dilepaskan. Hatinya lebih lega dan tenang.

"Eh kenapa awak nangis Husna?"

Aiman Amzar terpinga-pinga melihat gadis kesayangannya berair mata. Bila ditanya dia cepat-cepat menghapus airmatanya.

"I'm okay Aiman. You dont worry. Look i'm okay. Haha."

"Dah jangan sedih-sedih. Jom masuk class. Dah nak mula ni."

Syahir berjalan di depan diikuti Husna Humaira dan Sarah. Aiman Amzar jauh ketinggalan di belakang. Kepalanya seperti dicucuk paku. Sakitnya tak tertahan. Dia sempat berpaut pada dinding.

Nerdy GuyWhere stories live. Discover now