Bab 2

16.3K 745 14
                                    

Aiman Amzar POV

"Assalamualaikum ibu. Aiman dah balik nih. Adik dah balik ke ibu?" keluh Aiman Amzar sambil memanjat anak tangga untuk menuju ke biliknya.

"Belum lagi Aiman, adik ada kelas tambahan. Busy sikitlah dia tuh." jawab Datin Mariah ringkas

"Haa macam mana sekolah baru? Okay tak? Kawan-kawan okay?" tanya Datin Mariah.

"Okaylah ibu... biasalah hari pertama. Baru kenal-kenal lagi. Tadi kan ibu kat sekolah Aiman terserempak dengan gadis kaya yang sombong. Dia marah Aiman tanya pejabat Guru Besar kat mana. Sakit hati tau ibu." Aiman Amzar mengadu kepada ibunya. Datin Mariah tersenyum mendengar luahan anak terunanya.

Setelah selesai solat Zohor, Aiman Amzar membuka Ipad dan segera mencari aplikasi Skype untuk bervideo call dengan Syahir.

"Assalamualaikum bro, macam mana sekolah baru kat sana bro? Seronok tak? Tak bestlah aku kat sini tak ada kau." kata Syahir meluahkan rasa kecewanya.

"Err... waalaikumussalam bro. Sejujurnya tak bestlah bro takde kau. Hari pertama je dah kene marah teruk dengan awek berlagak. Geram betul! Ade kau kan best..." luah Aiman Amzar kepada sahabat baiknya di Johor Bahru.

Perbualan mereka dihentikan apabila Irdina menerjah daripada belakang. Ipad bergegar jatuh terlepas dari tangan Aiman Amzar. Syahir serta merta terlihat keadaan dalam bilik Aiman Amzar. Alangkah terperanjatnya dia melihat katil yang besar, mewah, dan bilik yang luas. Perbualan mereka terhenti seketika.

"Assalamualaikum bro, sorry adik aku tadi kacau tadi. Kat mana tadi kita berbual?" soal Aiman Amzar.

"Bro, kau tipu aku bro? Kau kata kau miskin. Kau kata ayah kau berniaga kat pasar malam jee. Bilik kau takde katil. Rumah kau flat je. Ape eh bro? Ape yang aku nampak tadi?" tanya Syahir dengan nada agak marah. Dia kecewa Aiman Amzar sanggup menipu.

"Sorry... aku tak bermaksud nak tipu kau bro. Aku taknak orang kawan dengan aku pandang harta. Kau lain bro, kau still accept aku jadi kawan kau even kau tahu aku orang miskin. Kau ikhlas kawan dengan aku. Sorry bro..." jelas Aiman Amzar yang menyimpan seribu satu rasa serba salah menipu sahabat baiknya.

SMK SRI UTAMA

Awal pagi lagi Aiman Amzar sampai di sekolah. Sengaja dia suruh ayahnya menghentikan kereta jauh daripada pagar depan sekolah.

"Aiman awak dah siap ke kerja sekolah addmaths semalam? Ajarkan saya satu soalan boleh tak?" sapa Afifah dari belakang. Aiman Amzar agak sibuk mengeluarkan buku latihan Addmaths sehingga buku latihan itu mengenai bahu seorang gadis yang lalu disebelahnya.

"Hey! Kau lagi? Memang hobi kau eh buat masalah dengan orang pagi-pagi? Menyemak betul budak nerd nih! Tepi!" jerkah Husna Humaira selamba menolak kuat Aiman Amzar.

Dush!

Aiman Amzar jatuh pengsan. Ramai pelajar berkurumun. Husna Humaira sedikit pun tidak menoleh ke belakang. Aiman Amzar dibawa ke klinik sekolah. Thaqif dan Afifah setia menemani teman barunya. Aiman Amzar membuka mata perlahan.

"Kau okay tak bro? Asal pengsan tadi?! Takkan sebab Maira tuh tolak kau. Mustahil lah." Thaqif sememangnya baik dan begitu mengambil berat tentang sesiapa saja kawannya.

"Aku... aku memang ada sawan pengsan. Dari umur aku 16 tahun, aku kena macam ni. Dokter cakap bila otak aku tak membekalkan oksigen yang cukup atau aku dalam ketakutan aku akan jatuh pengsan." jelas Aiman Amzar. Dia malu untuk memberitahu hal yang sebenar tapi dia terpaksa memandangkan dia sudah pun jatuh lagi.

Husna Humaira POV

"Kau tahu tak disebabkan kau, budak baru tuh jatuh pengsan!" tengking Afifah kepada Husna Humaira.

"Oh really? Sebab aku? Kau tengok aku macam aku kisah ke? Dia nak pengsan ke nak mati ke, bukan masalah aku tau. Kau takpayah nak backup sangat budak nerd tuh. Dahlah miskin." Husna Humaira terus mencaci Aiman Amzar.

Telinga Aiman Amzar panas mendengar hinaan daripada seorang gadis cantik yang berhati busuk. Sangkaannya benar, masih ramai manusia di bumi Allah yang angkuh dan lalai. Dia membiarkn saja Husna Humaira menghinanya.

"The hell lah! Dia yang pengsan, i yang disalahkan. Too much! Dia ingat dia siapa nak tengking i. Salah orang lah dia nak cari pasal dengan i. Stupid!" Carut Husna Humaira. Dia menyimpan dendam yang begitu mendalam terhadap Aiman Amzar dan Afifah.

"Hey baby, kenapa masam jeh muka pagi-pagi lagi ni. Come on. Relaxlah. I kan ada"

"Dia marahkan budak baru yang cari masalah dengan dia, Rayyan"

"Really?! Siapa budak baru tuh? Biar i ajar dia. Berani dia ganggu buah hati aku"

"Aiman Amzar nama budak baru tuh. Nerd and duduk betul-betul belakang Maira"

Rayyan bertekad mencari budak bernama Aiman Amzar. Dia pasti akan membuli budak baru itu.

"Rayyan? Today you buat apa? Kita keluar nak? I bosanlah duduk rumah mengadap orang tua i tuh."

Selepas pulang dari sekolah, Husna Humaira mencampakkan beg sekolah di atas katil berbingkai putih. Perasaan marahnya masih belum hilang. Apa yang bermain difikirannya ialah cara untuk membalas dendam kepada Aiman Amzar.

Husna Humaira berjalan ke bilik sebelah untuk memilih pakaiannya. Dia mengenakan dress hitam yang singkat, kasut tumit tinggi LV hitam dan mencapai handbag Gucci hitam. Husna Humaira mengenakan sedikit solekan nipis untuk menyerlahkan penampilannya.

Husna Humaira memecut laju kereta Mini Cooper merahnya menuju ke Pavillion. Dia melihat Rayyan memeluk pinggang Keysha, dia sudah lama perasan Rayyan dan Keysha bermesra dibelakangnya tapi dia tak pernah kisah sekalipun.

"Hey babe, i ingatkan you tak datang tadi. At last muncul jugak. Okay jom enjoy. I nak pergi karaoke lah. Lepas gian lama tak menyanyi." Sarah menyapa Husna Humaira yang datang agak lewat sedikit.

Husna Humaira mengikut saja rancangan temannya. Diikutnya pergi ke Red Box untuk berkaraoke tapi dia hanya duduk diam saja memerhatikan perangai gedik Keysha. Rayyan sedikit pun tidak melayannya.

Husna Humaira keluar daripada tempat karaoke dan menuju ke butik pakaian termahal di Pavillion. Dia perlu menambah koleksi pakaiannya. Tak mahu digelar anak Datuk tetapi seperti orang miskin. Setelah membayar tiga helai baju, dia keluar daripada butik itu dan mempercepat langkahnya berjalan menuju ke butik handbag dan kasut. Tak sampai 5 minit saja, dia sudah borong 5 handbag dan 4 pasang kasut. Semuanya berjenama mahal.

Dia berjalan ke tempat parking kereta untuk menyimpan barang beliannya tadi. Dia masuk semula ke dalam kedai buku untuk membeli beberapa majalah fashion terkini.

Ohmygod! Keciknya dunia. Kenapa aku kena jumpa dia lagi. Ergh bencinya! Ape yang dia pakai tu? Euww tshirt murah and seluar jeans murah, lusuh. Orang miskin macam dia masuk Pavillion? Eee tak layak lansunglah. Dasar budak nerd!

Nerdy GuyWhere stories live. Discover now